Sebelum ini ada yang berkongsikan tip menggunakan panadol atau paracetamol untuk menyuburkan tanaman.
Walau bagaimana pun, Dr. Azila Mohd Kasim, berkongsi pandangan mengenai hal ini. Menurutnya petua yang tidak relevan dan boleh memberi kemudaratan, sebaiknya jangan dikongsi kepada orang lain.
Kalau nak guna, simpan petua tersebut untuk diri sendiri sahaja. Panadol untuk manusia, panadol bukan untuk tumbuhan atau memberi kesegaran pada tumbuhan.
APAKAH PANADOL?
Paracetamol atau lebih dikenali dengan pelbagai nama dagang contohnya Panadol™ atau Uphamol™.
Ia digunakan secara meluas sebagai ubat demam dan ubat tahan sakit.
APAKAH KEGUNAAN PARACETAMOL?
Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan pada label.
Tahukah anda PARACETAMOL BOLEH MENDATANGKAN MUDARAT SEKIRANYA DIAMBIL DALAM KUANTITI YANG BERLEBIHAN.
Pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan PENYAKIT PADA HATI.
Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau.
CARA PENYIMPANAN :
Simpan semua ubat-ubatan anda jauh daripada cahaya dan kelembapan dan jangan simpan di dalam bilik air.
Dalam pada itu Dr Azila turut berkongsi tip memastikan kesegaran daun herba seperti daun saderi, daun bawang dan daun limau.
Daun herba ini jika diletakkan dalam peti sejuk, semua daun dan batang ini akan layu kering dan busuk.
Maka terpaksa dibuang ke tong sampah meskipun belum habis digunakan. Membazirkan kan?
TIPS UNTUK MENYIMPAN TUMBUHAN HERBA AGAR TAHAN LAMA ADALAH;
1️⃣ RENDAM DALAM AIR BESERTA AKARNYA.
Cara:
Pastikan beli tumbuhan yang masih ada akarnya. Balik rumah cuci bahagian daun dengan air paip dan rendam akar dalam air.
Untuk lebih segar dan lebih tahan lama, letak dipintu peti sejuk. Dapatlah feel rasa macam ala-ala Cameron Highlands.
Tukar air setiap hari sambil renjiskan air pada daunnya. Ia boleh tahan 1-2 minggu. Cubalah..ini yang saya amalkan.
2️⃣ BEKUKAN DAUN HERBA.
Teknik membekukan tumbuhan jenis aromatik ini dibuat agar ia boleh disimpan lebih lama. Bukan 1 atau 2, malah boleh bertahan sampai 3 bulan.
Akan layu sedikit namun aromanya masih kekal segar seperti asal. Contoh daun limau.
Caranya:
Daun-daun tersebut dicuci sebersih-bersihnya menggunakan air paip.
Kemudian, masukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia lalu isikan air masak sehingga penuh lalu ikatkan dengan kemas.
Masukkan dalam tempat sejuk beku. Semasa mahu memasak nanti, cairkan ais batu untuk bahagian yang mahu dimasak.
Sumber 2: Pengguna TikTok @farahiylia.
Sekian, kongsikan ilmu dapur ini kepada yang tersayang.
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club