Ramai orang sering memperkatakan mengenai larangan pada ibu hamil bermain dengan kucing. Sebenarnya untuk bermain dengan kucing ketika hamil tidaklah menjadi satu kesalahan.
Malah menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) hendak memelihara kucing atau mendekati kucing tidaklah menjadi larangan pada ibu hamil akan tetapi kenalah berhati-hati.
Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii.
Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing.
Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.
Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.
Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.
Ads
Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap ‘keadaan biasa’ oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya.
Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia.
Menjangkiti Bayi
Seorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung.
Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta). Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk ‘retardasi mental’.
Ads
Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.
Peringatan Untuk Ibu Hamil
Peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu.
Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain. Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan.
Ads
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan.
Rawatan
Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.
Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya menjadi seorang wanita yang tabah itu bukan sesuatu yang mudah. Perjalanan hidup penuh suka duka menjadikan ia sebuah pengalaman yang yang memberikan kekuatan dalam diri.
Memang benar, seorang isteri harus dilayani penuh kasih sayang, namun tidak semua bernasib baik untuk menjalani kehidupan bahagia sehingga til jannah.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Ustazah Asma Harun mengenai suka duka seorang wanita yang tabah menjalani kehidupan.
Ikuti perkongsiannya.
Ada seorang isteri, dengan air mata yang tidak pernah kering, sentiasa mendoakan kebaikan demi kebaikan buat suaminya. Bila ditanya kenapa terusan mendoakan kebaikan sedang sekarang segalanya begitu menyakitkan?,
Jawapannya, beliau sedang cuba membina cinta kerana mencari redha Allah, bukan redha suami. Kedua, kerana yakin setiap doa yang baik merupakan satu ibadah walaupun belum nampak hasil setelah sekian lama, beliau yakin bahawa setiap doa yang tertahan digantikan dengan yang lebih baik daripada Allah, Alhamdulillah, sentiasa ada rezeki untuk dia dan anak-anak, mereka sentiasa saling berkasih sayang dan menguatkan. ketiga, baginya tidak ada satu pun usaha yang akan disia-siakan Allah, lambat atau cepat sahaja, jika tidak didunia insyaAllah di Syurga Allah. Dia mohon doakan agar terus kuat berdoa dan menjadi isteri yang baik buat suaminya.
Isteri Teguh Membina Cinta, Namun Suami
Dahulunya mereka saling mencintai, suaminya seorang yang penyayang dan sangat prihatin, bahagia sekali wanita ini dikurniakan suami yang sempurna bagi dirinya. Susah payah membina kehidupan bersama 5 orang anak dirasakan sungguh indah. Namun sekelip mata suaminya mula berubah, meninggalkan solat, pemarah, bahkan sudah mulai memukul dan memaki hamun, sakit makan minum pakai sang isteri dan anak terabai sama sekali, suaminya dilamun cinta asmara yang merosakkan sehingga zina itu menjadi kebiasaan.
Wanita ini memilih untuk terus bertahan dalam rumahtangga yang dilihat sudah hancur, namun hatinya yang pecah sedaya upaya dicantumkan dengan kekuatan solat, doa, zikir dan alQuran. Dia sentiasa senyum sahaja, katanya.
Sumber bahagia bukan hanya daripada seorang suami, dia melihat dengan mata hatinya, dia nampak wajah anak, ibu ayah, adik beradik, kawan, jiran dll. Banyaknya nikmat Allah.. InsyaAllah doa yang baik-baik sahaja, akan dapat yang baik.
Kisah sebegini sangat banyak, tidak kurang juga suami yang bersabar dengan kecurangan isteri. Semuanya bermula dengan mata yang tidak dijaga, lidah mula berkata-kata, telefon lah penghubung segalanya.. Maksiat dirasakan Indah lalu ketagihan.
Nauzubillahi min zalik ya Allah.
U.Asma’ Harun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peti ais yang dah lama sangat tak dicuci memang meninggalkan bau yang kurang enak. Lebih-lebih lagi bila ada makanan atau sisa makanan yang tertumpah dan melekat pada peti ais.
Bau hanyir ikan dan bahan basah lain yang melekat pada bahagian pembeku juga akan meninggalkan bau yang kurang enak pada keseluruhan bau peti ais.
Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini. Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar
Selamat mencuba!
Foto: Ceritera cinderella.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penularan virus COVID-19 di negara ini sudah sampai ke tahap yang membimbangkan, di mana kerajaaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Kerana itu, semua dilarang keluar rumah tanpa sebarang urusan. Bagi anda yang ingin keluar membeli barang, ikut kaedah yang dikongsikan ini demi mengelakkan diri dari virus tersebut.
Kalau yg keluar beli makanan di pasaraya tatacara yg betul adalah:
1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil brg di rak2 pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.
2. Pakai mask. Elak both direction. Pembawa xsebar virus, virus pun xbleh masuk ke rongga hidung, mulut dr luar.
Langkah slps balik dr membeli makanan.
1. Jgn disambut oleh ahli keluarga terutama anak2. Elakan dr terus bertemu ahli keluarga lain.
2. Terus masuk kedlm toilet, buka semua pakaian dan masukan dlm beg plastik utk dicuci terus.
3. Baru buka mask dan sarung tangan.. terus buangkan dlm plastik khas. Jgn buang dlm tong sampah biasa. Virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa2 makanan dlm tong sampah.
4. Mandi dan cuci dgn sabun, detol.
5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.
6. Barang2 yg dibeli, jgn terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yg dibeli, boleh mati slps 8 jam.
Jika beli makanan siap masak.
1. Pastikan kedai yg bersih
2. Pastikan tiada crowd yg ramai menunggu
3. Beli dan terus balik.
4. Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti diatas td.
Makanan siap masak yg dibeli boleh terus dihidangkan.
Sebaiknya elakan beli di luar. Masak sendiri di rumah.
Cara ini telah dibuat di China oleh mereka yg kena kawalan pergerakan/lockdown. Baru lah efektif.
Susah tak…. ya amat menyusahkan.
Stay at home…kita disiplin ikut arahan kawalan pergerakan..maka cepatlah ianya berakhir.
Doa, solat, mengaji al Quran dan jaga diri…✌
#copypaste
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di