Strok Haba! Mungkin ramai yang tidak mengambil berat mengenainya namun kehadirannya harus diperakui. Orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak harus mementingkan diri dengan memandang remeh dan langsung tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Semalam, dalam kemeriahan menyambut Syawal seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah maut akibat strok haba dan dehidrasi dan pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak berusia setahun setengah akibat perkara yang sama.
Menurut bapanya, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya iaitu Nur Imani telah seminggu mengalami batuk dan muntah-muntah.
Bimbang melihat keadaan mangsa, pasangan suami isteri itu terus membawa anak mereka ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu sebelum diberi ubat dan membenarkan anak mereka pulang ke rumah.
Bagaimanapun, keadaan Nur Imani dikatakan semakin teruk sehinggalah jam 7.20 pagi Selasa, sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Ads
Keputusan bedah siasat yang dilakukan mendapati, punca kematian Nur Imani adalah disebabkan strok haba di mana air dalam badannya telah mengering dan paru-paru pula sudah mengecut.
Seperti yang diketahui ramai, Malaysia kini mengalami cuaca panas yang agak tinggi di atas 34 darjah celsius di mana suhu sedemikian boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Ads
Pakar kesihatan telah mengeluarkan peringatan dan nasihat kepada orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dan memperbanyakan minum air kosong.
Sebagai ibu bapa, anda seharusnya mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan anak-anak anda berada dalam keadaan yang baik.
Tahniah kepada anak yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Bagi yang sebaliknya usah rasa kecewa dan rendah diri. Masih jauh lagi perjalanan anak-anak. Sebagaimana nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh yang menyatakan bahawa kegagalan bukan penentu masa depan anak-anak. Moga menjadi inspirasi buat ibu bapa supaya sentiasa memberi kata-kata semangat kepada anak tersayang.
Ini pula sebahagian murid kelas 6 Arif. Kelas paling hujung. Kelas paling perlahan. Aku juga ajar kelas ini.
Setiap kali peperiksaan, pentadbir akan tanya aku sambil lihat slip keputusan mereka,
“Cikgu Fadli, agak-agak berapa orang murid 6 Arif boleh lulus Matematik tahun ni?”
Aku meneliti keputusan mereka. Exam sebenar kurang dua bulan pun markah mereka majoriti bawah 10%.
“Puan. Saya cuba target untuk dua orang ni lulus. Markah mereka 13% dan seorang lagi 15% ni. Kalau drill betul-betul, boleh pergi kot,” balas aku yakin tak yakin.
Ye lah, masa suntuk sangat dah. Kemampuan murid aku, aku tahu lah. Namun aku tak putus asa.
Aku masuk ke kelas mereka, aku cakap kat mereka,
“Cikgu tahu awak semua perlahan dalam pelajaran. Awak pun sedar awak jawab periksa pun main hentam.
Tapi tadi cikgu pergi jumpa Guru Besar. Cikgu cakap kat dia awak semua rajin belajar. Awak semua mampu buktikan sesuatu.
Cikgu cakap, semua murid kelas ni nak lulus dalam Matematik. Nak ke tak nak?”
“Nakk, cikgu!”
“Tak dengar! Jawab biar sampai dengar kat pondok jaga sana. Nak ke tak nakkkk?”
“Nakkkkk, cikguuuuu!!!”
Bergema laungan murid-murid ini. Semangat betul.
Dan ya, macam kau orang maklum, semangat mereka macam tahi. Panas sekejap je. Lepas tu main tak ingat dunia. Haha.
Nak belajar ke paksa. Kena smackdown, kena kejar, kena marah. Baru buat.
Aku tidak menaruh harapan tinggi pada mereka. Selain cuba memberi faham, aku cuba merapatkan diri dengan mereka.
Selami dunia mereka, berkawan dengan mereka. Agar mereka tahu, aku bukan sekadar guru yang hanya tahu marah-marah.
Agar mereka sedar bukan semua guru harus ditakuti. Aku ajar mereka sikap. Aku ajar mereka adab. Aku ajar mereka realiti kehidupan. Aku mendekati mereka sebagai seorang guru dan kawan.
Pernah suatu hari, aku terdengar salah seorang dari mereka berkata kat kawan mereka,
“Kau ni tak patut betul lah. Kesian Cikgu Fadli. Dia buat kelas tambahan kau tak datang pun. Kau dah la bodoh, datanglah kelas. Asyik main basikal saja.”
“Ah, kau pun bodoh juga.”
“Aku tahu lah aku bodoh, tapi aku datang kelas tambahan.”
Lepas tu aku masuk dan sergah,
“Apa hal main gelar orang bodoh ni?”
Terkejut mereka tiba-tiba aku masuk dari pintu belakang. Kemudian aku bercerita tentang kisah hidup kawan-kawan aku dan tokoh yang dulunya tak pandai akhirnya menjadi orang yang berjaya.
Khusyuk mereka keliling aku, siap ada yang picit bahu picit lengan lagi waktu aku bercerita.
Lepas aku cerita, mereka nampak bersemangat sungguh. Bermotivasi nak belajar rajin-rajin. Tapi macam biasa, macam tahi juga. Hangatnya sementara. Hahaha.
Tak apalah. Mungkin kali ini mereka belum berjaya. Masa depan siapa tahu. Dan walau berapa results mereka pun, aku sentiasa berbangga dan dengan megah akan berkata,
“Ini anak-anak murid yang aku ajar.”
Lihatlah mereka. Lihatlah kami. Menikmati moment persekolahan diluar dari kebiasaan orang lain. Kami nikmati cara kami, kami belajar cara kami, kami enjoy cara kami, dan kami bersemangat macam tahi. Haha.
27 orang semuanya murid kelas ini. Disaat hendak meluluskan seorang dua pun menjadi misi mustahil, ye lah. Apa logik akal peperiksaan percubaan markah 8% pun nak target lulus?
Hari ini 7 orang dari mereka LULUS Matematik UPSR 2018!
Allahu, rasa nak sujud syukur weh.
Dan buat 20 orang lagi ‘kawan-kawan’ cikgu yang belum lulus, teruskan usaha. Cikgu sentiasa menyokong kalian. Cikgu sentiasa bangga pernah mendidik kalian.
“Keturunan Apak Suara Sedap-sedap Eh..” Netizen Suka Lagu Sayunk I Love You, Trending No 1!
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah yang dapat diibaratkan mengenai bakat seni penyanyi lagu “Sayunk I Love You’ bernama Chombi yang juga merupakan anak kepada pemuzik, komposer dan penyanyi, Harry Khalifah atau Apak.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa lagu Sayunk I Love You yang viral ini juga merupakan ciptaan ayahnya sendiri.
Difahamkan lagu ini telah dilancarkan sejak dua minggu lalu di platform YouTube dan hingga kini telah mencatat 3 juta tontonan bahkan menjadi semakin popular dan hangat diperkatakan apabila lagu ini turut digunakan dalam laman TikTok.
Apa tidaknya lagu Sayunk I Love You ini juga berjaya menarik tumpuan ramai pengguna platform tersebut apabila terdapat juga cabaran berbentuk tarian dan dijadikan lagu latar sebuah content dalam video mereka.
Ternyata penangan lagu ini, membuatkan Chombi berhasil mendapat tempat di hati pendengar. Lantaran itu penyanyi ini turut meluahkan rasa syukurnya di atas sokongan yang diberikan oleh semua.
“Alhamdulillah terima kasihh semua yang support lagu baru chombi ” SAYUNK I LOVE YOU”, terima kasih jugak buat TIKTOKERS,” ujarnya.
Setiap antara kita tentu ada kelebihan tersendiri dan begitu jugalah dengan pasangan suami isteri ini.
Dianugerahkan daya kreativiti dalam menghasilkan setiap kelengkapan dekorasi untuk kediaman mereka. Ini sekali gus menjadikan setiap sudut ruangan punya sentuhan yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, malah pasangan ini bijak menggayakan barangan yang berharga bajet untuk nampak wow!
Untuk itu, jom kita lihat hasil sentuhan kerja tangan pasangan suami isteri ini.
Deko bajet ciput dr kami suami isteri hihi..kami mula deko ni sejak 3 tahun yg lepas masa mula2 masuk rumah sampai sekarang, buat slow2 n bukan sekaligus.
Kebanyakan brang kami beli di kedai rm2, mr diy, romantika,mydin & giant..brang ikea pon ade jgk ckit2..teringin nk g ikea tp belum berkesempatan,jd kami order dgn PS jela..
Sy share ni utk suka2 jer..berkongsi dgn semua yg kaki deko/diy.. Mgkin blh bg inspirasi jgk la kut ? walaupon sy tau, biase2 je deko/diy kami ni.. utk deko bajet ciput, ni harrr hasilnya.
1. Bahagian Depan Rumah
2. Bahagian Ruang Tamu
3. Ruang Dapur
Kabinet yang cantik ini juga dibuat oleh suaminya dan nampak cukup menarik.
4. Ruang laundry
5. Hiasan dalaman
Hiasan dinding ini juga dihasilkan sendiri. Menurut Nasibah, bingkai gambar dibeli dikedai RM 2 dan kemudian di cat dengan warna hitam.
Manakala ayat-ayat menarik yang dipamerkan adalah diprint sendiri hasil carian di dalam internet. Memang bagus idea ni, menjimatkan!
Selain itu, dinding batu bata di kediaman pasangan ini juga dibuat sendiri dengan teknik menggunakan cat. Nampak specialkan?
“Maaf bgtau awal2 ni, kami x amik sebarang tempahan yer. Ni sy himpunkan semua pic diy by en suami.. Blh wt rujukan utk korang & sy jgk dimasa hadapan..”
Sumber : Nasibah Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.