“Keturunan Apak Suara Sedap-sedap Eh..” Netizen Suka Lagu Sayunk I Love You, Trending No 1!

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah yang dapat diibaratkan mengenai bakat seni penyanyi lagu “Sayunk I Love You’ bernama Chombi yang juga merupakan anak kepada pemuzik, komposer dan penyanyi, Harry Khalifah atau Apak.

“Keturunan Apak Suara Sedap-sedap Eh..” Netizen Suka Lagu Sayunk I Love You, Trending No 1!

Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa lagu Sayunk I Love You  yang viral ini juga merupakan ciptaan ayahnya sendiri.

Difahamkan lagu ini  telah dilancarkan sejak dua minggu lalu di platform YouTube dan hingga kini telah mencatat 3 juta tontonan bahkan menjadi semakin popular dan hangat diperkatakan  apabila lagu ini turut digunakan dalam laman TikTok.

“Keturunan Apak Suara Sedap-sedap Eh..” Netizen Suka Lagu Sayunk I Love You, Trending No 1!

Apa tidaknya lagu Sayunk I Love You ini juga berjaya menarik tumpuan ramai pengguna platform tersebut apabila terdapat juga cabaran berbentuk tarian dan dijadikan lagu latar sebuah content dalam video mereka.

Artikel Berkaitan : “Semua Rasa Ada. Sedih, Terharu & Gembira.” Timang Anak Ke-8, Harry Khalifah Pertama Kali Temani Isteri Masuk Bilik Bersalin!

Artikel Menarik : “Asalkan Jadi Pitih Dan Halal..”-Danny X-Factor Tak Malu Buat Grab, Demi Cari Rezeki Untuk Keluarga!

Ternyata penangan lagu ini, membuatkan Chombi berhasil mendapat tempat di hati pendengar. Lantaran itu penyanyi ini turut meluahkan rasa syukurnya di atas sokongan yang diberikan oleh semua.

“Alhamdulillah terima kasihh semua yang support lagu baru chombi ” SAYUNK I LOVE YOU”, terima kasih jugak buat TIKTOKERS,” ujarnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sitimaryam_chombi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata  warganet mengakui kemerduan suara Chombi dan tumpang bangga dengan pencapaian lagu tersebut.

“Hari2 dengar lagu ni smpai anak hafal dah.. bila dgar je follow nyanyi 🤣,” komen warganet.

“Keturunan apak suara sedap-sedap Eh”,tulis yang lainnya.

Kata yang lain pula, “Yang buat aku suke lagu ni music dia best..👏”

“Lagu yg buat aku senyum ja bila dengaq 😂👍🏻”, ujar yang lain pula.

Ekstra Info tentang Chombi.

Nama penuh : Siti Maryam Ahmad Sairi

IKLAN

Nama Pentas :  Chombi

Umur : 15 Tahun

Adik beradik : Anak kedua daripada lapan adik beradik (adiknya, Mizan Harry Khalifah juga seorang penyanyi)

Laman sosial : @sitimaryam_chombi

 

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

“Keturunan Apak Suara Sedap-sedap Eh..” Netizen Suka Lagu Sayunk I Love You, Trending No 1!

 

 

 

.

 

 

 

.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI