Lain orang lain erti bahagia buat mereka. Tetapi dikelilingi orang yang tersayang adalah kebahagiaan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Saling memerlukan antara satu sama lain, dan tolak tepi kekurangan diri menjadikan sebuah keluarga itu lebih kuat ikatannya.
Seperti kisah keluarga ini, meskipun ibu dan ayah mempunyai kekurangan dari sudut penglihatan, tetapi anak-anak terima dengan kekurangan tersebut dan tetap di sisi. Didikan orang tuanya sememangnya patut diberi pujian!
Menerusi perkongsian anisa_samsudin di laman TikTok, kelihatan dia bersama suami sedang menyambut ulang tahun kelahiran zuriatnya yang bernama Amani. Walaupun mengalami masalah penglihatan, namun mereka tetap berada di sisi anak demi bersama-sama meraikan majlis kecil itu.
Ads
Selain itu, mereka juga turut bersama-sama menyanyikan lagu birthday sebelum berakhir dengan tiupan lilin. Namun, timbul pula satu detik paling hiba ketika si anak menyuap kek kepada ibu bapanya.
Ads
Walaupun dia tidak dikurniakan dengan orang tua yang sempurna, namun ia bukanlah alasan daripada mengecapi kebahagiaan. Dalam masa sama, Anisa juga turut mendoakan agar anaknya mampu membesar menjadi insan yang mulia serta solehah.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai tidak henti-henti menitipkan ucapan tahniah serta doa kepada mereka semua. Malah, berharap agar si anak mampu menjadi insan yang solehah serta dapat membanggakan kedua ibu bapa.
Koleksi kereta Hot Wheels pastinya anak-anak kita ada memilikinya. Dek kerana harganya yang tidak terlalu mahal kita pula tidak terasa beban untuk membelikan setiap kali diminta oleh anak-anak. Sudahnya, bukan satu atau dua kereta Hot Wheels dimiliki malah kalau hendak di kira lebih daripada 10 koleksi.
Pun begitu itu tidak menjadi masalah lagi, yang geramnya bila anak-anak kita biarkan mainan Hot Wheels tersebut bersepah hingga sering juga kita terpijak semasa berjalan. Sakitnya hanya kita yang tahu!
Tidak mahu perkara yang sama terus terjadi, apa kata ibu-ibu lakukan seperti mana yang dihasilkan oleh Puan Meersha ini. Kreatif dengan menggunakan rak kasut untuk dijadikan rak kereta Hot Wheels yang praktikal.
Jom semak cara-cara membuatnya sebagaimana yang dikongsikan di akaun fbnya.
*UPDATE*
Ni saya sertakan cara-cara nak buat
Bahan-bahan :
– Rak kasut kayu..saya beli yang 4 tier (RM35 beli kat tesco..diy pun ada tapi 2 tier ke 3 tier je rasanya)
– Cable tie
Cara-cara:
1. Doublekan rak tu..susun bagi sama rata.
2. Pastu ikat guna cable tie..kalau nak skru pun boleh je.
3. Susun sampai abis rak yang ada..ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah..saya buat memanjang ke bawah..tapi mesti double kan tau..kalau tak, tak muat nak letak kereta.
4. Ketat-ketatkan ikatan tu pastu potong cable yang lebih.
5. Dah siap. Drill letak kat dinding. Susun la kereta yang ada.
Bercuti bersama keluarga adalah moment yang indah untuk di kenang. Biarpun destinasi yang dipilih dalam negara ia tetap meninggalkan kenangan manis!
Bagi keluarga ini percutian dalam suasana luar bandar dan kehijauan, destinasi ke Dabong Kelantan menjadi pilihan mereka. Menerusi perkongsian di facebook miliknya, Felicia Ramzi berkongsi tip bercuti selama 4 hari 3 malam.
Jom ikuti perkongsiannya. Menarik boleh jadi panduan!
DARI KAJANG KE DABONG Hai semua. Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong. Tips and tricks beli tiket: 1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo. 2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi. 3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak. 4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil. 5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang. 6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas. 7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40. 8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan. 9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
Tempat makan best di Dabong. WAJIB cuba.
1. Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap namatey. 2. Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jarey. 3. Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menanges. 4. Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang. 5. Dodol lemak – sebagai souvenir Tempat penginapan: 1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam. 2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport.
Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen. Tak menyesal trip kali ni. Pergilah warga BBM walaupun sekali, kena cuba.
Sungguhpun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia. Priceless! Perkongsian: Felicia Ramzi
Memiliki set pinggan mangkuk dengan pelbagai pilihan jenama seperti Corelle, Vintage, Luminarc, Duralex dan pelbagai lagi jenama lainnya seakan satu kepuasan bagi kaum ibu jika memilikinya.
Bukan sahaja kerana terpesona dengan rekaan pinggan mangkuk tersebut, malah tidak dinafikan dengan penggunaan pinggan mangkuk ini akan memberi gaya dan aura istimewa ketika di meja makan.
Pun begitu, tidak kurang hebatnya pula bila menggayakan set pinggan mangkuk legend masyarakat kita iaitu pinggan seramik bercorak bunga kangkung ini. Menghargai kecantikan dan keistimewaan pinggan mangkuk jenis ini, keluarga Puan Nora Sheka menggunakan pinggan mangkuk ini sebagai pinggan harian keluarganya. Jom kita baca perkongsiannya.
“Banyak orang guna pinggan mangkuk ikea, corelle, vantage dan sebagainya. Pilihan saya tetap pinggan bunga kangkung untuk kegunaan harian. Biarlah orang kata taste nenek-nenek makcik-makcik pun. Haha biarpun umur saya 34 tahun. Pinggan ni baru lepas dicuci area sinki.”-
Mengulas lanjut posting berkenaan idea untuk menggunakan pinggan mangkuk yang penuh nostalgia ini, nyata Puan Nora Sheka, ada cerita menariknya.
Mulanya saya saja suka tengok post-post di fb dan ig ada hidang makanan pakai pinggan tu. Macam menarik nampaknya. Jadi itu yang tiba-tiba timbul idea untuk memiliki pinggan-pinggan lama ni walaupun saya sebenarnya bukanlah collector barang-barang lama pun.
Jadi saya beli daripada orang kampung, semuanya baru ada ada 21 pcs dan saya beli dengan harga RM170 macam tu la….
Apa yang ingin saya kongsikan, bila kita menggunakan pinggan-pinggan lama dengan corak bunga kangkung ni, jujur saya katakan saya dapat rasakan seakan sedang makan di kampung. Terus teringat nostalgia dulu-dulu, kiranya lagi berselera lah saya makan guna pinggan tu. Komen anak dan suami pula, mereka suka lihat bila makanan dihidang dalam pinggan bercorak klasik seperti itu, katanya pinggan-pinggan tersebut nampak cantik di meja makan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.