Pasangan suami isteri rentung dalam kebakaran rumah di Kota Belud. Sepasang suami isteri ditemukan rentung selepas kediaman mereka di Kampung Sangkir musnah dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.
Pasangan Suami Isteri Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Kota Belud
Mangsa, Mamat @ Jamrin Sinti, 47, dan isteri beliau, Noorijah Rashid, 47, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bilik mandi rumah mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 2.52 pagi.
Susulan panggilan itu, seramai 10 anggota bomba bersama sebuah jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat terbakar sepenuhnya. Turut terbakar, sebuah kereta Proton Saga.
“Sebaik api berjaya dikawal jam 3.22 pagi, terdapat dua mangsa ditemui rentung di bilik mandi rumah berkenaan,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
“Operasi ditamatkan jam 4.55 pagi,” tambah beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, jenazah pasangan itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud bagi tujuan bedah siasat.
“Lelaki berkenaan bekerja sebagai penoreh getah dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.
Tidak dinafikan ada segelintir ibubapa menghadapi anaknya tidak suka berkongsi. Terutama barang mainannya, meskipun dengan ibubapa atau adik beradik mereka sendiri. Perkara ini bukanlah masalah pokok tetapi ia boleh menjadi serius apabila anak tersebut mempunyai masalah pertuturan atau lambat bercakap.
Kenapa boleh jadi begitu? Selain eye contact, berkongsi juga adalah sebahagian elemen asas pra-komunikasi. Contohnya; sekarang kita berkongsi cerita yang sama, topik yang sama, membaca artikel yang sama dan berkongsi masalah yang sama. Iaitu topik anak sukar berkongsi. Begitulah juga dengan anak-anak kita, sekiranya mereka sukar berkongsi, tiada komunikasi 2 hala yang sihat bakal berlaku.
Bukan sahaja komunikasi, malah perkembangan vocab, perkembangan interaksi sosial, dan emosi juga boleh menjadi terhad dan terganggu. Kanak-kanak perlu bermain dengan rakan sebaya untuk rangsang perkembangannya. Secara tidak langsung idea dan kebijaksanaan mereka bertambah.
Bagaimana hendak atasi masalah ini? Di sini saya sertakan 5 teknik yang mungkin berguna buat ibubapa dirumah.
Pilih Mainan yang Betul
Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego . Pasti untuk siapkan satu lego anak perlukan bantuan ibubapa. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin.
Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh
Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibubapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham kosep berkongsi dan main bersama.
Saya pernah didatangi oleh anak yang sangat pandai berkongsi. Inilah teknik yang beliau suami isteri lakukan.
Puji dan Galakkan Mereka
Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi.
Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan Aiman. Bagus dia main sama-sama” Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”
Bincang & Pujuk
Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan.
Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?”
Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak” . Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti”. Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.
Kuatkuasakan Undang-undang
Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.”Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.
Ia mampu mengubah sikap dan cara anak bermain. Matlamat kita adalah untuk mereka terus boleh berkongsi dan berkomunikasi. Sebagai ibubapa kita perlu sabar dan berdoa. Tiada apa yang berlaku sekelip mata. InsyaAllah semua usaha ini ada balasan dariNya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak geram melihat wajah anak pasangan sama cantik sama padan, Nur Fazura dan Fattah Amin ini. Wajahnya yang comel dengan senyuman manis itu membuatkan ramai yang teruja.
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Wajah comel Nur Fatima Aisya pastinya diwarisi oleh baka cantik dan kacak ibu bapanya.
Terbaru foto selfie Fazura bersama Fatima telah berjaya membuatkan ramai jatuh hati dan geram.
rata-rata mengatakan wajah Fatima saling tak tumpah seperti daddynya, Fattah. Tengok sahaja lah cara senyum senget tu memang sama dengan Fattah kata peminat pasangan tersebut.
Hidup ini penuh dengan cabaran. Bagi yang berumahtangga sudah pasti banyak cabarannya. Ia termasuk sibuk menguruskan ahli keluarga demi memastikan rumah tangga bahagia. Namun sesibuk mana pun kita dengan urusan harian jangan lupa ‘Me Time’ untuk diri sendiri. Jika diabaikan tentu merana diri.
Sebuah perkongsian yang dipaparkan oleh pengguna facebook puan Suzy Sharif mengenai kisah seorang isteri yang sanggup berkorban diri hingga lupa tentang masa rehat buat dirinya, hingga ‘makan diri’ hingga jatuh sakit .
Lebih menyedihkan hingga meragut nyawanya. Namun mengejutkan, suami arwah rupanya boleh menyediakan pembantu untuk menguruskan keluarga.
Ikuti perkongsian ini, moga jadi teladan.
Hal ini serius tapi saya nak sampaikan sehabis ringkas untuk bacaan semua kawan-kawan Facebook saya.
Pagi tadi adalah sahabat saya share satu perkongsian ni kat group Whatsapp kami. Gigihlah saya baca dari awal sehingga akhir.
Dan akhirnya saya setuju dengan si penulis.
Kisah dia pasal seorang isteri yang terlalu sibuk menguruskan hal ehwal keluarga sehinggalah dia jatuh sakit dan kemudiannya menemui ajal.
Setelah dua bulan pemergian wanita tersebut, penulis ni sahabat si isteri pun bertanya khabarlah dengan sang suami tu.
So dia expect si suami ini masih berdukacita dan asyiklah terkenangkan budi baik si isteri dan susahnya hidup dia tanpa isteri di sisi.
Ya lah semasa hayat sahabatnya tu, tak habis-habislah dia memikirkan tentang hal rumah tangga, pelajaran anak-anaklah, menjaga mentua yang sudah tua dan kurang sihatlah, melayan saudara maralah. Pokok pangkalnya semua dialah.
Seringlah dia mengadu dan merasakan yang keluarga dia sangat memerlukan dia. Tapi sayang dia tidak pernah dapat sebarang pernyataan terima kasih atau penghargaan atas apa yang dia buat selama ini untuk keluarga.
Haaa jangan cakap pasal ikhlas ya. Come on kita manusia sesekali perlu jugak sentuhan dan kata-kata yang indah sebagai pembakar semangat untuk terus hidup.
Plot twist.
Rupa-rupanya suami sahabatnya itu sedang menikmati hidup dia. Dia dah upah maid untuk uruskan rumah tangga dan anak-anak dia. Dan sempat jugak hire seorang caretaker untuk jaga parents dia yang dah tua.
Jadi apa makna kesetiaan yang tak berbelah bahagi daripada isteri dia dulu? Pandai pulak dia cari jalan keluar untuk membantu diri sendiri.
Dan apa je yang sahabat dia yang dah mati tu ketinggalan?
Ketinggalan untuk berjumpa kawan-kawan lama kerana menguruskan mentua yang tua dan sakit.
Ketinggalan untuk bertemu dengan siblings se ndiri di majlis keluarga kerana perlu menunggu orang datang repair kerosakan rumah.
Ketinggalan untuk bersendiri dan buat apa yang dia suka kerana perlu membantu anak-anaknya belajar untuk exam.
Ketinggalan untuk membelai diri sendiri kerana perlu memasak macam-macam di dapur untuk kepuasan tekak orang lain.
Jadi kesimpulannya.
Tak ada maknanya di dunia ini yang kita ini diperlukan sangat-sangat oleh orang lain. Jika dirindui sekalipun, sifatnya sementara sahaja. Yang hidup pasti akan cari jalan bagaimana hendak meneruskan hidup.
Jadi pastikan diri kita ini yang pertama untuk difahami dan disayangi. Jangan ajar orang lain yang perasaan kita harus ada di tempat kedua.
Saya tak cakap yang kita orang perempuan kena abaikan semua tanggung jawab.
Cuma, sesekali dalam hidup kita kena tarik hand brake dan berhenti sebentar untuk melayan diri sendiri.
Find your own me time.
Buat apa yang kita suka dan ingat stop ambil pusing dengan kata-kata manusia sekeliling kalau kita nak hidup tenang.
Selagi apa yang kita buat tidak melanggar hukum agama dan nampak canggung di sisi dunia, kita buat je.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.