Tahniah diucapkan buat penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billaz yang menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu.
Menerusi Instagramnya, pasangan selebriti popular itu berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua.
“Alhamdulillah, berita gembira menyelubungi kami sekeluarga kerana pada 25hb, ketika jam sudah masuk waktu subuh, kami mendapat ahli keluarga baru iaitu seorang puteri cantik berwajah cantik dan pipi merah jambu.
Ads
“Pandangannya membuatkan saya kagum dengan tangisannya yang memecah suasana ketika subuh bersiap sedia untuk ketibaannya.
“Selamat datang ke dunia puteri cantik Papa dan Ibu.
Ads
“Dunia yang tidak selalu membawa kebahagiaan kepada kamu tetapi akan sentiasa ada cinta dan kasih sayang dari kami kamu,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi entri itu juga, sekeping gambar ketika proses kelahiran menyambut puteri kesayangan itu turut dikongsikan Rizky dan Lesti. Sekeping gambar penuh kenangan untuk hari-hari mendatang.
Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut sama menitipkan ucapan tahniah diruangan komen.
Terdahulu Lesti Kejora dan Rizky Billar turut dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Muzhaffar Wahab, atau lebih mesra dipanggil Muz, sejak muda memang hidupnya tak pernah lepas dari bola sepak. Dari jadi pemain futsal bawah 18 yang terbaik, penjaring terbanyak Liga DBKL, sampai wakili Putrajaya SPA ke kelayakan Liga Futsal Malaysia; bola sepak adalah dunianya. Namun seperti banyak kisah atlet lain, satu kecederaan lutut buat impian profesionalnya terkubur.
Titik Balik yang Mengubah Segalanya
Selepas kecederaan itu, hidup Muz makin sibuk dengan kerja yang memerlukan masa banyak. Masa paling pedih bila anak pertama mereka lahir pramatang, tapi dia tak sempat temani isteri ke hospital sebab masa dan kerja yang tak mengizinkan. Momen tu buat Muz sedar, dia kena ubah jalan hidup kalau nak jadi ayah yang betul-betul hadir untuk keluarga.
Fleksibiliti Kerja Grab, Jalan Baru Muz
Muz pilih jadi rakan penghantar Grab sebab kerja yang fleksibel bagi peluang dia atur masa sendiri. Tak macam kerja sebelum ini yang makan masa dan buat dia jauh dengan keluarga.
Dengan jadual kerja yang boleh dia kawal, Muz boleh luangkan masa lebih banyak dengan anak dan isteri. Ini bukan saja buat dia rasa tenang, tapi juga bagi ruang untuk dia kembali ke hobinya yang lama iaitu bola sepak.
Bola Sepak dan Brotherhood di Piala Rakan Grab
Bersama rakan-rakan Grab lain, Muz tubuhkan pasukan bola sepak dan mereka pernah menyertai Piala Rakan Grab 2024 – sebuah kejohanan bola sepak anjuran Grab Malaysia. Walaupun tak berjaya jadi juara, perjalanan sampai ke separuh akhir sudah cukup buat dia merasa puas.
Ia bukan sekadar bola sepak, tapi satu ruang untuk Muz membina persahabatan baru, berkongsi pengalaman dan semangat yang sama.
Semangat Ayah dan Anak, Lebih Dari Sekadar Bola
Hari-hari Muz kini banyak dihabiskan dengan anak lelakinya, mengajar dan berkongsi minat bola sepak. Lebih dari itu, masa bersama anak memberi peluang Muz tunjukkan apa makna sebenar kasih sayang ayah — bukan sekadar beri nafkah tapi hadir dan berinteraksi.
“Sebab impian saya tak dapat capai nak jadi pemain profesional, tapi saya ada anak lelaki jadi harapnya dia boleh sambung legasi saya dan pergi lebih jauh dari yang ayah dia buat. Saya akan train dia selagi dia happy dengan futsal atau bola sepak.”
Mungkin impian Muz jadi pemain profesional tak tercapai, tapi dia berharap anaknya akan meneruskan legasi itu dan pergi lebih jauh. Kini, cinta dua beranak terhadap bola sepak menjadi Satu Impian, Dua Generasi.
Grab: Bukan Sekadar Kerja, Tapi Jambatan Kasih Sayang Keluarga
Kisah Muz sebenarnya menunjukkan satu perkara penting — kerja yang fleksibel seperti jadi rakan penghantar Grab bukan sekadar sumber pendapatan, tapi juga pembuka ruang bonding antara ayah dan anak. Fleksibiliti masa bagi ayah macam Muz membolehkan mereka berada lebih dekat dengan keluarga, jadi sebahagian daripada momen-momen berharga yang tidak boleh diulang.
Tunggu apa lagi, jika anda juga mahu mencipta kenangan terindah bersama keluarga, sertai Grab kerana #GrabBersamaMalaysia!
Tonton video penuh inspirasi di sini:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah kehilangan seorang murid suatu ketika dahulu telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia dengan doa semoga anak itu kembali dijumpai.
Walaupun sudah lebih setahun kehilangan Adik Muhammad Zahiruddin Putra atau nama panggilan Zahir, ahli keluarga dan orang ramai meneruskan pencarian walaupun kehilangan anak ini menemui jalan buntu.
Sebagaimana perkongsian ayah kepada kanak-kanak yang hilang, tetap menaruh harapan agar anak tersayang ditemui kembali dalam keadaan selamat. Begitulah kasih seorang ayah sepanjang masa.
KELUARGA AMAT MERINDUI ZAHIR
1 Tahun 4Bulan.
Assalamualaikum.w.b.t…. Ya allah, aku memohon padamu, selamatkan lah anakku Zahir. Walaupun dimana jua. Walau pun telah aku Ikthiar berbagai cara, aku tetap memohon pada mu ya allah . Selamatkan lah zahir dari segala mala pertaka. Aku memohon padamu ya allah, kembalikanlah zahir pada kami yang amat merinduinya.
Ikthiar sebelum ini , aku dapat rasakan zahir makin dekat. Aku sekeluarga makin kerap bermimpi, Zahir balik kerumah. Kadang-kadang seperti kelibat zahir berada dirumah. Ya allah…… kembalikanlah Zahir ke dunia yang nyata.
Sekarang ini , aku berhenti sementara mencari zahir, kerana keadaan aku sakit semula dan kewangan yang berkurangan. Aku akan mencari semula apabila aku sihat semula. Ya allah , aku radha ketentuan mu ya allah. Tidak bergerak sebesar zarah dgn izin mu….. Aku tahu , ini adalah ujian ku daripada mu ya allah… Ya allah, izinkan lah zahir kembali kepada kami. Kerinduan ini tidak tertahan rasanya.
Malah menerusi perkomhsiannya, rata-rata netizen menitipkan doa agar Zahir kembali bersatu kepada keluarganya.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak-anak mereka bijak pandai. Justeru, sejak kecil lagi pelbagai perkara dititikberatkan termasuklah pemakanan.
Jom dengar perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang makanan yang boleh meningkatkan prestasi otak anak-anak.
Kadang-kadang saya tengok mak ayah bagi jajan kat anak bukan sebab nak bagi sangat tapi sebab keliru dan tak tahu nak bagi makan apa kat anak.
Takpe, slow-slow kita belajar bab makanan terbaik untuk anak ye. Makanan ni la nanti yang akan jadi darah daging anak kita sebab tu la pemilihan makanan pun akan bagi efek pada perkembangan otak si comel kita.
Ni antara #5 makanan terbaik yang kita boleh bagi kat anak kita.
#1 – Salmon
Memang salmon ni agak mahal tapi sebenarnya salmon ni antara sumber terhebat Omega 3 Fatty Acid ( DHA ) dan EPA yang membantu perkembangan dan fungsi otak si comel
#2 – Telur
Nampak lekeh tapi sebenarnya telur ni antara sumber protein yang hebat. Kuning telur pula kaya dengan choline yang membantu perkembangan memori si comel
#3 – Oat
Rasa oat ni tak ramai yang suka tapi kalau kita latih anak makan oat daripada kecil, memang sampai besar dia boleh terima. Tak sedap tu cuma persepsi je. Saya pun tengah latih anak saya makan oat. Dia bedal sorang je sepinggan oat sekarang ni!
Oat kaya dengan dengan tenaga untuk otak. Paling bagus kalau buat oat sebagai sarapan si comel kita supaya tenaga pertama yang otak si comel kita dapat nanti adalah daripada oat, bukannya daripada teh tarik yang penuh susu dan gula tu!
#4 – Sayur sayuran yang bervariasi
Penuhkan je peti ais rumah kita dengan sayuran seperti tomato, lobak, bayam dan lain-lain. Biasanya sayuran yang berwarna camni banyak antioksidan yang membuatkan otak si comel kita kuat dan sihat. Antioksidan ni jugak boleh mengurangkan risiko kanser pada anak-anak kita juga. Kenapa nak penuhkan peti ais dengan hotdog, jajan dan nugget yang memang terbukti merbahaya pada otak si anak kan?
#5 – Susu dan Yogurt
Kedua sumber makanan ni kaya dengan protein dan vitamin B. Sangat penting untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Cuma kena hati-hati sikit bab yogurt. Banyak yogurt sekarang tak berapa nak asli dah. Banyak yang tambah gula. Tu yang rasa manis melampau-lampau tu.
Tolong ajar info ni pada keluarga dan pasangan masing-masing ye. Benda ni kalau diamalkan, kesan baiknya boleh dilihat sampai tua pada anak-anak kita. InsyaAllah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.