Pasca jangkitan Covid-19 bukan biasa-biasa. Ramai yang telah sembuh virus ini mengakui kesan pasca jangkitan lebih dahsyat daripada simptom awalnya.
Walaupun rata-rata yang dijangkiti varian Omicron mengalami gejala-gejala ringan dan sederhana dan sembuh tanpa rawatan khusus, tetapi ramai juga yang mengadu mengalami pelbagai gejala lain seperti batuk, sakit tekak dan sukar bernafas selepas sembuh.
Menurut Dr. Mohd Shaiful Ehsan seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazette, negara kita sememangnya masih dibebani dengan pandemik COVID-19.
Meskipun kebanyakan pesakit mengalami gejala-gejala ringan dan sederhana, dan sembuh tanpa rawatan khusus, namun tidak semua pesakit sembuh sepenuhya dalam tempoh yang sama.
Ini lebih ketara bagi pesakit yang mengalami jangkitan COVID-19 yang teruk seperti kegagalan fungsi organ dan memerlukan rawatan rapi di hospital. Kajian menunjukkan pesakit masih mengalami pelbagai gejala setelah jangkitan akut yang teruk.
Ads
Gejala selepas pasca jangkitan COVID-19
Secara umumnya, sebahagian besar pesakit pasca jangkitan COVID-19 akan mengalami beberapa gejala ringan mahupun ada yang terus bebas dari sebarang gejala. Gejala tersebut ada kalanya tidak khusus dan mungkin juga tidak berkaitan dengan gejala asal COVID-19. Ianya juga boleh berubah-ubah mengikut masa.
Antara gejala-gejala pasca jangkitan yang boleh terjadi termasuklah: bunyi desing di telinga, sakit telinga, sakit tekak, kurang deria rasa atau bau, sesak nafas, batuk – batuk, dada sempit, sakit dada, berdebar – debar, sakit perut, loya, cirit birit, kurang selera makan, keletihan, demam, sakit-sakit badan, sakit sendi, ruam-ruam kulit, sakit kepala, pening kepala, gangguan tidur, kemurungan mahupun merasa cemas.
Photo by Anna Shvets
Gejala-gejala ini boleh berterusan selama tiga sehingga enam bulan selepas jangkitan akut COVID-19. Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pihak pesakit mahupun pihak warga kesihatan dalam menilai gejala-gejala ini samada merupakan penyakit yang lain atau pun merupakan kesan lama dari jangkitan COVID-19. Namun begitu, kebanyakan gejala selepas pasca jangkitan COVID-19 ini hadir dalam sekumpulan gejala dan bukannya satu gejala semata-mata.
Apa yang perlu dilakukan?
Pemantauan berkala oleh pihak kesihatan terhadap pesakit pasca COVID-19 ini sangat penting untuk menilai gejala pesakit ini secara menyeluruh. Matlamat utama pemantauan ini adalah untuk mengenalpasti sekiranya berulang kembali jangkitan COVID-19 dan menjalankan ujian COVID-19 sekiranya perlu.
Ads
Untuk pesakit yang tidak memenuhi kriteria jangkitan semula COVID-19 dan tidak disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lain melalui penilaian menyeluruh, rawatan simptomatik boleh diberikan untuk mengawal gejala yang ada. Pesakit juga boleh melakukan pemantauan kendiri di rumah.
Pesakit ini seperti juga pesakit yang lain, perlu dirujuk segera ke hospital jika mengalami sebarang tanda-tanda berbahaya seperti sukar bernafas, kurang kandungan oksigen dalam badan, sakit dada yang tiba-tiba tanpa sebab yang jelas, sebarang gejala saraf dan apa jua kecelaruan kognitif pemikiran.
Pesakit ini juga sekiranya mengalami sebarang komplikasi juga perlu dirujuk untuk dirawat dengan segera oleh jabatan berkaitan.
Secara umumnya, tiada jangkaan jelas berkenaan sejauh mana jangkitan COVID-19 akan memberi kesan dalam jangka masa panjang kepada pesakit, termasuklah ketika pasca jangkitan.
Ads
Walau bagaimanapun, kebarangkalian gejala berterusan selepas jangkitan COVID-19 ini boleh berlaku di mana pemantauan kendiri, pemakaian pelitup muka, mengelakkan kawasan sesak, penjagaan kebersihan dan pengambilan vaksin perlulah diutamakan.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengambilan makanan tambahan menjadi trend sekarang untuk meningkatkan imun badan agar terhindar dari serangan jangkitan penyakit.
Selain itu, ada juga antara kita memilih cara alami untuk kesihatan diri. Sebagaimana menerusi facebook ini berkongsi petua untuk meningkatkan imun badan.
Bahan-bahan hanya halia dan lemon untuk menjadikan badan sihat.
Ikuti perkongsian ini.
MINUM TEH HALIA LEMON SETIAP PAGI TINGKATKAN IMUNISASI PESAN Dr Eliaz
“Salah satu cadangan utama saya untuk imuniti dan kesihatan keseluruhan adalah untuk memulakan pagi anda dengan secawan air panas dengan lemon segar dan halia,” – Dr Eliaz
Teh ni menawarkan dos antioksidan yang kuat, vitamin C, dan sebatian meningkatkan imuniti.
Dengan mendapatkan dos antioksidan, vitamin, dan mineral dalam bentuk cecair, anda akan memudahkan sistem anda untuk mencerna dan menyerapnya.
Cecair tambahan dapat membantu anda terhidrasi, meningkatkan komunikasi antara sel-sel imun, dan menyingkirkan penceroboh asing dalam tubuh badan.
Cara cara;
1️⃣ Halia seketul sebesar ibu jari di sagat halus dan diambil jusnya sahaja
2️⃣ Masukkan jus halia tu dalam 1 cawan air panas
3️⃣ Perah 1-2 hirisan lemon
4️⃣ Minum suam suam. Jika hendak rasa sedap sedikit tambah sedikit madu asli.
5️⃣ Minum setiap pagi
Cuaca yang terlalu panas ketika ini tentu sahaja ada antara kita mudah dijangkiti penyakit. Selain kerap demam mungkin ada juga yang menanggung batuk berpanjangan. Hal ini jika tidak dirawat, pasti sahaja akan mengganggu kerja-kerja harian.
Selain kita boleh usahakan dengan makan ubat yang disarankan oleh pegawai kesihatan, ada baiknya kita juga cuba beberapa petua yang diamalkan dan terbukti berkesan.
Ini sebagaimana meredakan batuk dengan menggunakan buah oren. Menariknya petua ini diperolehi daripada pengamal ubatan Cina bagi mengatasi masalah batuk berpanjangan.
Jadi apa kata anda cuba dahulu sebagaimana yang dikongsikan ini.
Disini saya nak kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini.
ﺇﻥ ﺷﺎءﺍﻟﻠﻪ
Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit.
*Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.
* Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist)
Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.
*Boleh digantikan dengan buah limau mandarin
Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.
.
*** sekadar perkongsian ***
Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?
Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.
Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.
Geram tengok kotoran dalam telinga anak terutamanya yang baby, tapi boleh ke kalau nak cuci telinga bayi ni?
Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr. Nik Hisyam, Perunding & Pakar Bedah ENT.
Sesetengah ibu bapa bertanya adakah perlu telinga anak mereka dicuci dan dibersihkan.
Sebenarnya permasalahan tahi telinga selalu berkumpul dalam telinga kita. Sebenarnya tahi telinga ini tak perlu diusik dan dikacau pun ataupun dikorek dengan cotton bud dan apa jua cara sekalipun.
Kalau mak ayah ada nampak kotoran di bahagian luar kawasan telinga, hanya bersihkan bahagian luar sahaja. Jangan sekali-kali memasukkan apa-apa alat ke dalam saluran telinga kerana berisiko berlaku pelbagai masalah.
Contohnya tahi telinga akan masuk ke dalam dan sampai satu tahap tak boleh keluar. Lama-kelamaan tahi telinga ini akan menjadi keras dan menyebabkan dia berkumpul dan susah nak keluar dengan sendiri.
Ini menyebabkan anak merasa sakit jika terlalu banyak dan pendengaran anak juga akan terjejas.
Yang kedua, sekiranya penggunaan alatan mengorek telinga seperti besi, kayu dan sebagainya akan menyebabkan risiko dimana saluran telinga akan luka, berlaku pendarahan dan bengkak. Malah boleh juga berlaku jangkitan kuman pada saluran telinga.
Sebaik-baiknya janganlah dikorek telinga anak-anak. Kalau nampak terlalu kotor, hanya bersihkan bahagian luar sahaja dan ada caranya.
Tip cuci
* Guna cotton bud, celup dengan minyak bayi dan bersihkan kawasan cuping telinga sahaja.
* Elakkan dicuci masuk ke dalam saluran telinga bagi mengelakkan kecederaan, implikasi dan sebagainya.
Penggunaan cotton bud ini disarankan untuk cucian sahaja tetapi bukan untuk mengorek telinga.
Dihujung saluran telinga letakkan di mana gegendang telinga dan apabila tahi telinga menghampiri gegendang ini, memang susah akan keluar dengan sendirinya.