Suatu ketika, pastry fruit cake ini pernah menjadi viral dan saat itu ramai warganet berkongsi resipi dan gambar di media sosial. Namun kini seakan kek ini sedikit tenggelam popularitinya dan terkini, digantikan pula dengan kek marble pelbagai corak yang memukau.
Pun begitu, sama ada kek marbel atau kek buah ada keenakan rasanya yang tersendiri. Jadi untuk yang telah lama tidak mencuba rasa Fruit Cake ini , apa kata kali ini sediakan sekali lagi untuk dihidang kepada keluarga tercinta.
Resipi bolehlah dirujuk daripada perkongsian ini dan semoga bermanfaat.
Dulu viral kek ni..Sekarang makin ramai lupakan dia..Sekarang zaman kegemilangan Kek Marble Jelita pula. Saje ungkit kisah lalu..supaya ramai tak lupa keenakan kek ni.
Saya share resepi yang saya guna. Resepi Asal Blogger Masakan Kak Azlita Masam Manis.Tapi ada sikit-sikit sahaja saya adjust dan ringkaskan penulisan resepinya.
Semoga bermanfaat.
Fruit Pastry Cake
Ads
Bahan A
100g Butter
160g Gula
60g Plain Yogurt
Bahan B
4 biji telur gred B
1st esen vanila
Bahan C
210g Tepung gandum
1st Baking powder
**ayakkan
Cara-Cara
Bahan A dipukul sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan Bahan B. Telur dimasukkan satu per satu
Ads
3. Masukkan Bahan C. Putar bahan hingga sebati
4. Masukkan dalam loyang size 7X7 @ 8X8 inch yang telah dilapik baking paper.Saya guna 7X7 inch sebab suka tebal sikit keknya.
5. Susun buah-buahan yang telah dipotong. Buah-buahan yang boleh digunakan strawberry,blueberry,kiwi,peach,mulberi.
6. Bakar mengikut suhu oven masing-masing
Ads
Tips
Untuk elak kek mengecut lepas bakar atau buah tenggelam lepas bakar,setelah masukkan telur,jangan putar adunan terlalu lama.Sekadar adunan sebati sahaja
2. Gaul buah-buahan yang telah dipotong dengan gula sebelum letakkan di atas adunan kek
3. Buah-buahan yang dipotong juga jangan dipotong telalu nipis atau terlalu tebal.
4. Yogurt boleh guna apa-apa jenama dan mestilah perisa plain.
Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga. Jom cuba respi yang dikongsikan oleh Sheena Supramaniam .
Bukan jer sedap malah ringkas cara buatnya. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan. Boleh buat menu Chicken Perattal makan tengah hari ni.
Hi semua… Ni sy nk share resepi simple tp sedddaapp… Chicken perattal Mana tau dpt idea nk masak utk petang ni kan… #sheenasupraskitchen #theangelskitchen
Edit: Ada org tanya s.cili brand apa sbb colour cantik… Serbuk cili tu sy guna brand babas ye… tq
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Sebiji tomato,
Daun kari sikit
Daun ketumbar
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 halia saiz ibu jari
kayu manis
5 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 sudu kecil jintan manis
2 1/2 sudu besar serbuk cili’
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging.
Cara membuat:
1. Kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan halia, lalu dibiarkan dahulu. 2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari. 3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. 4. Masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak. 5. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan kunyit, kacau sebati. 6. Masukkan tomato diikuti dengan serbuk cili dan serbuk kari. 7. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana dan kaca sekali sekala dalam 20 minit. 8. Masukkan daun ketumbar, kacau sebati dan masak untuk 5 minit lagi. Siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja nuget, pasti anak-anak paling teruja. Jika ke pasaraya pasti tak sah jika tidak singgah di ruang yang menempatkan makanan ini.
Sebenarnya nak buat nuget ayam sangat mudah. Malah, air tangan ibu pasti lebih menyihatkan dan terjamin kebersihannya. Maklumlah, semua bahan yang digunakan tentu lebih terjamin.
Jom kita lihat resipi yang dikongsikan oleh saudari Noor Liyana cara membuat nuget ayam tempura homemade.
Tempura nuget homemade..
Asalnye nak buat sosej.. tapi takde plastik aiskrim tu,terjadi lah nuget ni.. hehe.. lembut, takde lemak atau keraguan sebab totally isi ayam bahagian dada yang digunakan.. senang nak buat tapi leceh sikit part nak potong ayam kecik2 sebab saya kisar guna pengisar biasa je..
Bahan-bahan
1. isi ayam (saya pakai bahagian dada dipotong kecil2) dalam 700gm 2. telur 2 biji 3. bawang putih 5 ulas 4. bawang merah 2 biji (saiz sedang) 5. lada hitam (ditumbuk) ikut suka nak banyak mana 6. tepung ubi kayu 3 sudu 7. garam dan perasa (ikut suka) 8. tepung goreng serbaguna (saya guna brand aroma. sedap sebab dia ade rasa pedas-pedas sikit. brand aji pun sedap.) 9. sedikit butter
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan (boleh guna food processer jika ada. kalau tak, boleh guna blender. tapi kisar perlahan2 sebab takut blender rosak.
2. kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 mnt. (sebelum masuk adunan, saya ada sapu butter sikit di loyang supaya nuget cake senang dikeluarkan)
4. kemudian, potong nuget cake mengikut saiz dan bentuk yang kita suka. 5. bancuh tepung serbaguna dengan air. jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.
6.celupkan nuget dalam tepung serbaguna dan goreng sehingga garing.
kalau nak rasa lebih sihat, boleh juga grill nuget cake tu..
selamat mencuba..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sebut ‘Tumis Darat’, pasti orang utara sangat sinonim dengan kaedah ini. Lebih-lebih lagi jika mahu masak ikan kering. Nak nak lagi dicampur dengan Nenas, Terung atau pun Pisang muda. Perghhhh meleleh liur tau!
Bagi ibu-ibu yang tak pernah tapi nak cuba kaedah ini, jom ikut perkongsian dari Hasnita Shaari ini. Moga bermanfaat untuk anda sekeluarga. Petang ini boleh cuba kan kalau ada bahan-bahannya!
Gulai kari tumis darat. Arwah Opah yang ajar. Teknik memasaknya lebih mudah berbanding kari biasa yang bumbunya ditumis dahulu. Jika guna ikan kering lagilah sedap. Ayam dan daging saja yang tak berapa kena dengan gulai cara begini.
Cara memasak:
1) Di dalam belanga gabungkan serbuk kari, santan, ikan, sayuran kegemaran dan asam keping. Tanak atas api sederhana.
2) Sementara itu tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing. Api jangan kuat sangat ya.
3) Apabila gulai sudah menggelegak, tuang tumisan bawang dan minyak yang masih panas itu semuanya ke dalam gulai kari. Tutup api. Perasakan garam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di