Tidak dinafikan, tipikal budaya masyarakat kita, menganggap bahawa tugas orang perempuan ini di dapur manakala tugas orang lelaki mencari rezeki.
Hakikatnya ia tidak relevan diguna pakai begitu lantaran dalam Islam pun menyentuh bahawa lelaki melakukan tugasan dalam rumah.
Jadi, seharusnya kita buka minda bahawa lelaki harus didedahkan dengan kerja-kerja rumah.
Sebagaimana perkongsian yang diberikan oleh Najmi Nawawi.
TUGAS ANAK LELAKI DI RUMAH
Ads
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Ads
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
1.minta anak lelaki cuci pinggan 2. suruh anak lelaki buang sampah 3. ajar anak lelaki sidai kain 4.tegas dan pastikan mereka mengemas 5.biasakan anak lelaki memasak
Ads
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Melihat rumah kebun milik keluarga puan Hani Hamzah ini nampak begitu tenang dan mendamaikan.
Rumah yang didirikan dengan konsep English Farm House dengan tema hitam putih ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda yang bercadang memiliki rumah di kampung suatu masa kelak.
Sebelum itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Hani berkenaan Rumah Kebunnya ini.
BELI TANAH KAMPUNG
2 tahun lepas kami membeli tanah kampung kepunyaan bapa saudara suami di Seri Menanti bersebelahan dengan Istana Seri Menanti.
Niat kami nak buat rumah persaraan nanti. Kami sekarang tinggal di Selangor. Jadi sementara waktu, idea suami isteri untuk buat pondok kecil sebagai rumah kebun terlebih dahulu sebab kami ada menanam pokok durian dan pokok-pokok buah yang lain.
BERSAMA SUMBANG IDEA
Jadi rumah kebun terbina dengan konsep english farm house.Binaan luaran idea suami dan susun atur dalamam saya yang buat. Tema hitam putih.
Rumah kebun ni jadi rumah singgah sahaja. Sebelum pkp memang setiap minggu kami balik menguruskan kebun. Kebetulan rumah ibubapa suami juga di Seri Menanti, jadi semasa pkp pokok-pokok dijaga oleh bapa suami. Hari-hari bapa siram pokok.
RUTIN PENJAGAAN
Manakala 2 kali sebulan kami akan mesin rumput sendiri untuk keluasan 1.2 ekar tanah. Tak pernah upah orang. Itu sebagai exercise rutin suami isteri. Masa pkp bila dapat surat kebenaran kami balik jenguk kebun untuk membaja 2x sebulan
TENANG & DAMAI
Saya suka cari ketenangan di rumah kebun. Suasana di kampung berbeza. Laman yang menghijau berlatar belakang bukit-bukit, udara yang bersih & sejuk di pagi & malam hari.
Bahkan suasana di malam hari cukup istimewa bila dapat dengar bunyi-bunyi hutan seperti ada bunyi cengkerik, katak.. terubat rindu suasana hutan.
Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Namun, hati ibu dan ayah ini cukup besar dan cekal orangnya. Betapa kuatnya suami isteri ini melangkah, kental jiwanya biar diduga dengan ujian yang sedemikian hebat. Bukan calang-calang orang dan mereka adalah antara insan terpilih.
Keterbukaan Muhammad Hamka menceritakan perihal anak istimewanya pasti memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Namun Muhammad Hamka atau dikenali sebagai Hamka Mekar menerusi facebooknya, dan isteri Nurhaniza memilih untuk REDA, kekal KUAT demi anak-anak tanpa menyimpan rasa kecewa mahupun mahu mempersoalkan apa yang sudah ‘dihadiahkan’ oleh Yang Maha Pencipta untuk mereka.
“Iman sekarang berumur 6 tahun, dulu kami tak tahu apa-apa tentang OKU ( Orang Kelainan Upaya), autism, anak 3 tahun tak bercakap ingat dia normal sebab anak bongsu, manja sikit, tapi hinggalah waktu hantar anak ke tadika 4 tahun, gurunya kata Iman tak sama dengan kanak-kanak lain, mungkin dia anak OKU kata gurunya.
“Tapi ibu bapa mana yang mahu anaknya OKU, lalu kami nafikan dan tetap hantar sekolah tu walaupun tahu anak tak belajar apa sebab bukunya kosong, cikgu cakap, anak banyak tidur dan jika tak tidur kacau orang, lalu saya baca di internet masalah anak dan syak anak saya ni autism.
“Bila bawa dia jumpa doktor tak boleh sahkan, banyak ujian cara kerja, pertuturan, bertulis tapi tak dapat sahkan kerana bukan pakar, masa terbuang, sementara itu anak di sarankan hantar ke tadika lain oleh guru tadika sebab tak normal. Masa tu susah cari tadika yang boleh terima anak OKU, tadika khas untuk anak autism dah penuh dan kena tunggu giliran,” ujar Muhamamd Hamka memulakan bicara awal tentang anak istimewanya. Nampak tanda autism pada anak
Nasib menyebelahi mereka kerana kebetulan kawan Muhamamd Hamka membuka tadika sendiri, Lalu pasangan ini mengambil keputusan menghantar anak mereka ke sana.
“Walaupun Iman di hantar belajar ke sana, namun dalam masa yang sama saya masih terus buat ujian masalah anak di hospital. Sambil tu berdoa agar doktor cakap anak kami bukan OKU cuma speech delay.
“Dipendekkan cerita, masalah timbul bila bisnes tadika kawan saya itu rugi dan tadika terpaksa ditutup. Jadi saya terpaksa menjaga anak sendiri. Jadi saya terpaksa bawa dia ke mana-mana, masuk pejabat sama-sama, Bersama dengannya 24 jam, saya tak boleh nafikan lagi, memang saya nampak tanda autism yang jelas pada anak saya lalu saya minta doktor yang selalu saya jumpa agar dapat tulis surat untuk saya rujuk pakar kanak-kanak.
“Waktu tu umurnya sudah lima tahun, baru dapat jumpa doktor pakar, dan terus disahkan autism. Maka saya terima, saya ada anak OKU, dan saya pun belajar uruskan anak ini, rupa rupanya bila hati kita dah terima, maka mudah sahaja nak jaga anak OKU ni. Yang susah bila kita tak terima, jadi pesan saya, apa pun masalah anak, kita niat nak uruskan. Sebab hidup ini bukan untuk dirisaukan, tapi untuk di urus. Ramai orang gagal urus kejayaan hingga buat maksiat, dan lebih ramai lagi yang gagal urus ujian hidup hingga juga buat maksiat, jadi saya ada anak OKU dan saya okey,” ujar Muhammad Hamka lagi. Bertanya soalan aktiviti bonding time
Biarpun memiliki anak istimewa, namun Muhammad Hamka dan isteri memastikan ‘bonding’ antara keluarga dipraktikkan sebaik mungkin.
“Kami akan cari sebanyak masa yang ada untuk buat aktiviti bersama. Dengan anak normal, saya banyak ajar mereka bertanyakan soalan, apa sahaja soalan dan jika mereka tiada soalan, saya akan tanya. Dari situ akan dapat tugasan atau sasaran untuk di selesaikan bersama, bagi anak syurga pula saya ikut nasihat pakar dan cuba bermain permainan yang mampu meningkatkan kemahiran motor, pertuturan dan pergaulan.
“Dalam permainan anak tanya ayah jawab (biasanya dalam kereta, di meja makan, atau sebelum menonton) dari kesempatan saya menjawab soalan tentang masalah hidup dari anak-anak, dari masa ke semasa saya terangkan kelebihan ada adik syurga, kenapa dia adik syurga? Bagaimana dia bantu kita di sana dan bermacam macam lagi semuanya melalui komunikasi bersemuka.
“Memandangkan anak saya tiga di asrama, dua di rumah, maka memang banyak masa bersama anak istimewa, jadi tak dapat di nafikan layanan pada anak istimewa ini lebih sebab dia pertama seumpamanya dalam keluarga kami dan semoga anak- anak lain faham kenapa ayah terpaksa pecah kecilkan kasih sayang dan untuk anak syurga, potongan ‘kek kasih sayang’ itu tidak dapat tidak, lebih besar,” jelas Muhammad Hamka lagi.
Bersyukur dan bersabar tip elak hidup tertekan
Dalam pada itu, Muhammad Hamka turut berkongsi tip mengelakkan diri dari tertekan.
“Saya dan isteri mengamalkan dua perkara dan cara ini membolehkan semua masalah hidup menjadi mudah insya-Allah. Dua cara tersebut adalah bersyukur dengan segala nikmat walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabar dengan segala ujian walaupun sekecil kecil ujian, saya bersyukur juga dikurniakan pasangan yang berjiwa ‘fighter’.
“Teringat saya pada kisah di mana ada orang jumpa Nabi dan beritahu tak pernah cium anak-anak sebab sibuk beribadat, dan Nabi kata, sebaik baik manusia tapi masih mencium anak, memeluk dan berkasih sayang. Ada juga pesan ulamak: Siapa yang tak bagi masa pada anak dia, maka anak dia akan hilang dari dia. Suami yang tak bagi masa pada isteri dia, maka isteri akan hilang dari suami dia. Orang yang tak bagi masa pada agama, maka agama akan hilang dari orang itu. Orang yang tak bagi masa pada al-Quran, maka al-Quran akan hilang dari orang itu.
“Demi masa, semua manusia dalam kerugian. Maka silalah kreatif dalam mencari masa untuk banyak bersama anak- anak, dalam kereta main teka teki, mesyuarat bila di rumah, bincang isu semasa waktu makan, dan banyak bermain bersama mereka, sungguh anak cepat membesar, maka banyakan masa ‘peluk’ mereka agar ‘lambat’ membesar,” jelas Muhammad Hamka tatkala diminta memberikan tip ‘bonding’ yang dipraktikkan mereka sekeluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bermula 1 Ogos, kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam yang sesak dengan orang ramai.
Sekiranya pihak berkuasa mendapati bahawa ada yang tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka itu, mereka boleh mengeluarkan kompaun yang berjumlah RM1,000 kepada orang awam yang ingkar.
Pun begitu, seperti yang kita ketahui, tidak semua orang mampu untuk membeli pelitup muka. Perkongsian ini dimuat naik menerusi laman twitter oleh seorang guru bernama fazri_hassan ini, dirinya terkejut melihat pelitup muka seorang muridnya yang kelihatan kotor dan talinya berjahit.
Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia.
Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia. pic.twitter.com/5LQevPvKAm
Lebih menyedihkan bila mana di tanya pada pelajar lain, ada yang mengakui menukar pelitup muka yang baru selepas 2-3 hari memakainya.
Apabila tanya murid lain ada juga yang tukar baharu selepas 2-3 hari pakai. Apa apa pun, ini sekadar kisah murid saya tapi mngkin juga boleh terjadi dgn murid murid cikgu yg lain. Semoga kita sentiasa cakna dan prihatin untuk mereka. #jomspotcheck#ayuhprihatin
Justeru, guru ini mengambil inisiatif dengan membeli dan memberikan kepada pelajarnya pelitup muka yang baru.
Dah tukar pelitup muka murid dengan yang baharu dan siap sedia pelitup muka percuma untuk murid yang tidak berkemampuan kat kelas. pic.twitter.com/h0bxB3v2pm
Dalam pada itu Guru ini turut membuka ruang kepada mereka yang bermurah hati untuk menyumbang pelitup muka kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
Oleh kerana ciapan ini mndpt perhatian ramai, dan ramai sbenrnya yg bermurah hati & kisah mengenai isu² pelitup muka ini, saya mahu ambil kesmpatn ini utk mrk yg ada rezeki lbh utk sumbangkn pelitup muka, handwash & hand sanitizer kpd…
Kisah yang cukup menyentuh hati itu nyata mendapat reaksi warganet. Ada yang berkongsi kisah yang sama di tempatnya.
ye betul. saya mengajar luar bandar dan ada sesetengah pelajar saya merupakan orang asli. memang begini keadaan mask mereka. sebagai seorang guru dan manusia punya hati, saya telah menggantikan mask dengan yg baharu.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.