Melihat keakraban ayah dan anak tentunya hubungan mesra terjalin indah. Lebih manis lagi,bila anak perempuan rapat dengan ayah.
Melihat paparan video yang dipaparkan di instagram Fizo Omar menunjukkan anaknya begitu mesra dengan ayahnya. Walaupun Fizo sedang tidur, anaknya leka menyolek wajahnya.
Menanam kesom ada orang pengalamannya berbeza. Ada yang sangat mudah, dengan sekadar mencucuk keratan batang, tanaman boleh hidup dengan subur.
Namun tidak kurang juga, puaslah menanam beberapa kali namun tanaman tidak juga ‘menjadi’.
Di sini dikongsikan cara yang cukup unik dan mudah untuk dibuat. Mana tahu selepas ini kesom yang ditanam hidup subur.
Semai kesom..boleh try kawan-kawan..cuma masa semai..pastikan pokok kesom yang diambil tu segar tak layu..lepas tu..semai ditempat yang redup…sehingga berakar. InsyaAllah akan hidup subur selepas dialihkan. selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Gunting
Pinggan kertas
STEP 1 : Sediakan keratan kesum yang segar dan pastikan jika ada yang kurang segar dibuang dahulu daunnya.
STEP 2 : Ambil piring kertas dan tebuk menggunakan gunting seperti ini.
STEP 3 : Masukkan keratan kesum pada bahagian kertas yang ditebuk tadi.
STEP 4 : Buat sehingga penuh bahagian yang ditebuk seperti di dalam gambar.
STEP 5 : Rendam di dalam takungan air sehingga keluar akar sebelum dialihkan ke tanah.
sumber : Asrul Achoi via Kelab kaki Kebun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tika ini filem Mat Kilau meniti di bibir masyarakat, bahkan pelakon Fattah Amin antara yang menerima tempias baik peminat seni mahupun pengkritik filem.
Pelbagai respond diperoleh baik yang memuji tak kurang yang mengkritik. Namun, dalam perkongsian ini berbeza sentuhan.
Siapa tak kenal dengan Fattah, pelakon ‘kayu’ yang dikritik suatu ketika dahulu, namun kini pujian mencurah-curah usai membawa watak Awang menerusi filem Mat Kilau ini.
Saudara Da’i Wan berkongsi pandangan, bukan filem atau jalan cerita yang disentuh, sebaliknya penghargaan serta peranan seorang isteri yang berdiri teguh di sebelah suami sehinggakan kini menampakkan ‘belang’.
Assalammu’alaikum
Mungkin orang semua, sedang berduyun-duyun ke panggung wayang akibat dari viralnya cerita Mat Kilau hasil arahan Syamsul Yusuf yang kita sedia maklum tentang bakatnya mengarah dan mengadaptasi satu-satu filem itu diluar kotak pemikiran dan menjangkau banyak langkah kedepan utk mengejar pengarah2 hebat diluar negara.
Ramai orang telah berikan review terhadap filem ini.
Tapi kali saya tampil memberi review diluar tekaan kalian.
Ya, tentang pasangan ini.
Saya tahu, saudara Fattah Amin dulu banyak kali dikecam kerana lakonan dia. Tapi satu benda yang saya selalu nampak dan nak buat sharing pada kalian hari ini.
Tentang kehadiran seorang ‘Isteri’.
Sekiranya posisi kalian sekarang adalah seorang isteri, ketahuilah. Betapa pentingnya peranan kalian dalam mengubah seorang suami itu juga. TIdak semestinya dgn didikan dan bebelan sahaja.
Tapi ramai yang terlupa, khususnya isteri hari ini.
Cuba duduk, dan muhasabah.
Bila kali terakhir kamu puji suami kamu? Bila kali terakhir kamu senantiasa menjadi penyokong dia walaupun dia banyak kekurangan?
Jangan jadi seorang perempuan yang sering minta dipuji ‘Cantik’, tapi kamu tak pernah sebut suami kamu ‘Handsome’ di depan dia. Jangan jadi seorang isteri yang tahu bercerita tentang penat kamu. Tapi kamu tak pernah pun beri ruang utk suami menceritakan ‘Penat’ dia.
Jangan hanya memikiran tentang ‘Perasaan’ dan ‘Hati’ kamu tapi kamu terlupa tentang suami yang juga punya perasaan dan hati sama. Jangan bercerita tentang dirimu shj.
Hidup berdua adalah hidup utk berkongsi bersama. Ia bkn tentang dirimu shj, duhai seorg perempuan. Hiduplah dgn hati dan perasaan seorang suami juga.
Walauapapun orang kata diluar sana, yg kamu dgr tntng dia, ingatlah dia tetap suami kamu. Hadirlah menjadi isteri yg matang seperti Ibunya Imam as-Syafie yg bijak, cerdik, namun tetap menghormati keputusan suaminya yg mengikut jalan agama.
Sebenarnya, senang nak tahu keikhlasan kamu bersama suami itu. Bila orang berkata tentang kelemahan dia, kamu menyetujui dan kamu minta suami kamu ubah, atau kamu sanggah kenyataan itu dgn kebaikan dia, dan dibelakang tabir, kamu tetap percaya pd dia, dan dia adalah yg terbaik dlm version dia skrg, dgn ujian itu, dia akn melonjak jauh lebih baik. Itu menunjukkan kamu seorg isteri yg telah terbuka hatinya utk hidup berdua dgn dia, dan InsyaAllah akan saling menyokong sesama sampai mati.
Isteri begitu adalah persis Fazura. Saya perasan Pn Fazura, telah pun meletakkan kepercayaan itu pd suami dia, walaupun dia lagi sibuk sebagai seorang usahawan dan selebriti tanah air, tapi dia tetap percaya suami dia istimewa, risaukan keadaan suami dia, dan suami dia dapat buktikan yg ‘He can do it’.
Tahukah kalian, bagi para suami.
Cukuplah itu menjadi pendorong kami utk menjadi pemimpin yang terbaik. Pujian yg tulus itu memang akn dapat dirasai buat isteri yg suka memberi dan mengenang keadaan suami dia. Ada isteri diluar sana hanya bercerita tentang dia, pentingkan diri dia, dan apa lagi ’Untuk’ dia. Sdgkan sudah hidup berdua dan memiliki pasangan yg bernama suami.
Betulkan ia, perbaiki ia, kita banyak dgr tentang pujian kpd seorang isteri. Tapi kita terlupa ‘Pujian’ kepada seorang suami.
Lihat, kata2 Mrs Fattah Amin. Isn’t that beautiful? What an encouragement for her husband.
Yang benar, seorang hamba Ilahi yg suka berkongsi tentang kehidupan apa yg dia nampak- Da’i Wan.
Ragam dan ketelah anak-anak tidak dinafikan kadang-kala boleh membuatkan kita pening kepala dan dalam masa yang sama perangai mereka ini juga boleh buat kita ketawa dan terhibur.
Ini sepertimana kisah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di negara China menangis selepas diberitahu bahawa dia memiliki wajah yang seiras dengan bapanya.
Keletah kanak-kanak berkenaan itu menjadi tular dan mendapat perhatian netizen selepas dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi Weibo.
“Semuanya orang di tadika cakap, ”Ibu adalah yang terbaik di dunia”, mana ada orang cakap ”ayah yang terbaik di dunia”,” kata kanak-kanak itu dalam video merujuk kepada sajak yang diajar di taska yang dihadirinya. Sajak itu dipercayai sebuah sajak yang memuji peranan ibu.
Memetik laporan Next Shark, kanak-kanak itu kelihatan memuncungkan mulutnya sambil mengadu tentang penampilannya yang tidak memuaskan hati.
Kanak-kanak itu kemudiannya bertanya soalan yang lucu apabila mempersoalkan kenapa wajahnya mirip dengan ayah sedangkan dia dilahirkan oleh ibu.
Si ibu difahamkan terkejut dan mati akal untuk menjawab pertanyaan tersebut. Situasi berkenaan dipercayai tercetus selepas salah seorang rakan mereka yang berkunjung ke rumah pasangan itu dan mengatakan wajah kanak-kanak itu sama seperti ayahnya.
“Ia berlaku ketika usianya hampir mencecah 6 tahun dan salah seorang rakan kami datang menziarah pada hari tersebut dan mengatakan wajahnya mirip dengan wajah si ayah.
“Kemudian, dia mula menangis dan mengatakan bahawa dia tidak mahu kelihatan seperti ayahnya sebaliknya mahu kelihatan seperti saya. Dia fikir ayahnya kelihatan buruk.
“Pada pandangannya, dia sepatutnya kelihatan seperti saya kerana saya yang melahirkannya. Jadi, dalam hatinya, dia mungkin berfikir bahawa saya lebih baik dari ayahnya,” jelas Zhang dalam video, memetik Next Shark.
Sementara itu, Zhang menyatakan bahawa anak perempuannya percaya dia tidak akan kelihatan cantik jika wajahnya sama seperti ayah.
Menurut Next Shark, Zhang terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh anak perempuannya dan berkata bahawa suaminya pasti akan kecewa melihat reaksi anaknya itu.
Disamping itu, dia menambah bahawa penampilan suaminya itu tidaklah terlalu buruk dan menjelaskan bahawa suaminya sangat menyayangi anak mereka serta sering menghabiskan banyak masa bersama.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.