Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening. Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.
1) Makanan masin
Garam yang banyak dalam makanan yang dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej, daging dan keju dalam tin boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.
2) Gula berlebihan
Gula yang berlebihan ditambah dalam makanan yang dijual secara komersial dan minuman seperti minuman ringan berkarbonat, gula-gula, coklat susu, jeli dan jem untuk disapukan ke roti, kek dan roti yang ditambah gula di atasnya juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.
3) Makanan yang mecetuskan migraine
Bagi individu yang sedia mengalami migraine, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migraine juga boleh menyebabkan mereka merasa pening. Bagi mereka yang sering mengalami migrane dinasihatkan agar mencatatkan jenis makanan yang mencetuskan sakit kepala dan pening, kerana setiap individu yang mempunyai penyakit migraine mempunyai makanan tertentu yang berbeza.
4) Kafein dan Alkohol
Walaupun kafein dapat dinikmati oleh ramai orang, sebahagian individu yang sensitif terhadap kafein akan merasa sakit kepala dan pening. Kafein diketahui menyebabkan kita kehilangan banyak air, secara tidak langsung mengubah keseimbangan cecair dalam organ pengimbang dalam telinga. Minuman beralkohol pula secara langsung memberikan kesan negatif dan menyebabkan pening.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Petua Turunkan Berat Badan Dari Seberang Hanya Dengan Habatussauda. Boleh Hilangkan Selsema & Batuk.
Wanita dan kecantikkan tidak dapat dipisahkan. Ada yang nak cantik wajah dan ada juga nak kelihatan ramping. Untuk kelihatan cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, ramai wanita sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli pelbagai jenis produk kurus dan wajah.
Selain membeli produk ini, apa kata cuba petua secara alami. Hanya menggunakan bahan-bahan herba yang memang tersedia di rak dapur.
Ikuti perkongsian ini, menarik petua ini untuk turunkan berat badan dalam dalam tempoh 20 hari.
Ikuti perkongsian ini.
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.
Bahan-bahannya:
2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-caranya adalah :
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya, korang rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.
3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.
5- Kacau rata. Dan taraaa. Dah siap. Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri.
AMALKAN SEBELUM SARAPAN
Amalkan sehari sekali sebelum sarapan. Kalau korang nak tahu, dalam habatussauda ni terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan.
That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringaaan je. Tak de mengah-mengah lagi.
Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum.
Selamat mencuba.
Sumber: Zaiton Abdul Manaf
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pesan Dengan Orang Tua Kita Yang Ada Diabetes, Kena Makan Buah Sebelum Pukul 12 Tengah Hari. Dr Noordin Darus Jelaskan, Ni Sebabnya!
Makan buah, kedengarannya biasa-biasa sahaja hingga tidak perlu rasanya diajar, apatah lagi anak-anak kecil kita juga suka makan buah tanpa perlu kita suruh. Pandai sahaja dicapai oleh mereka andai terhidang di atas meja.
Pun begitu, adakah kita yakin cara, jumlah dan pengambilan buah-buhanan tersebut menepati keperluan tubuh? Dan bolehkah buah-buahan yang kaya dengan serat ini dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh bagi ibu ayah kita yang telah tua dan mengalami penyakit diabetes.
Untuk mengetahui jawapan setiap persoalan ini, ayuh kita fahami perkongsian Prof Datuk Dr Noordin Darus ini.
Buah digalakkan makan sebelah pagi sebelum pukul 12 kenapa?
Ingat dalam DNA diet bagi yang ada penyakit diabetes atau untuk orang yang kena kanser, saya menggalakkan makan buah-buahan sebelah pagi. Di dalam kajian, waktu inilah yang terbaik untuk kita menjamu selera kepada bakteria-bakteria yang baik dalam badan kita.
Sebab maklum sahaja, semalaman mereka membantu pencernaan yang diketuai oleh hati untuk proses semua bahan-bahan makanan kita makan, sama ada elok atau tak elok. Lebih-lebih yang makan dalam bentuk protien, susu atau gula. Jadi dia pun penatlah kan…. Pastinya bakteria yang jahat memang suka makan makanan berbentuk gula, susu dan juga benda yang berdaging.
Saya nasihatkan, untuk mereka yang hendak memperbaiki kesihatan, menyembuhkan terutama yang berpenyakit supaya kita boleh detok, alkalikan dan memberikan enzim-enzim yang hidup. Maka buahlah yang merupakan makanan asas yang utama.
Formula pengambilan buah
Paginya bila bakteria yang baik itu boleh terima makanan, maka dia kena diberikan makanan secukupnya. Jadi kalau makan buah jangan makan terlalu sikit, ada formulanya. Berat badan anda dalam kg di darab dengan 10.
Contoh macam saya 70kg x 10 = 700 gm adalah timbangan minimum perlu dimakan sebelah pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Buah itu haruslah dicampur minimumnya 3 atau 4 jenis atau sekurang-kurangnya 2 jenis.
Bantu hasilkan insulin
Setelah buah-buahan dijadikan makanan, bakteria ini memang membantu banyak proses-proses penghadaman dan juga proses-proses pengeluaran hormon yang paling utama saya selalu cerita kepada orang diabetes jangan harapkan pankreas sahaja yang bekerja untuk keluarkan insulin. Rupanya bakteria ini banyak membantu untuk memberi ransangan pada pankreas untuk keluarkan insulin.
Lagi satu, kita semua tahu makan buah mesti dimakan sebelum makan makanan lain. Buah tidak boleh dimakan selepas ambil makanan lain. Sebab orang sudah tahu, buah cepat diproses, bila dimakan senang dia turun.
Jadi kalau buah dimakan akhir sekali, ini bermakna buah tersebut akan melalui proses yang lama dan orang panggil macam basilah. Dan sebab itu juga akan menyebabkan ada gas dalam perut, angin, kembung dan senak perut.
Pengambilan Terbaik
Makan buah yang paling bagus, adalah makan macam mana dia datang macam itu kita makan. Basuh dululah. Apa yang penting, kalau tak larat makan buah, apa yang boleh buat adalah dengan buat green smoothies seperti bayam, bunga kubis dicampur dengan buah-buahan. Sedap campurkan pisang, nanas, betik dan mangga. Itu memang baik dan campur juga dengan kurma. Itu lagi sedap.
Boleh juga buat dalam bentuk jus, pengisar moden sekarang ada diantaranya perah habis sampai tiada serat. Sedangkan serat itulah sebenarnya yang terbaik jadi jangan buang serat.
Ingat amalkan pagi banyak makan buah dan petang banyak makan ulam dan salad.
Sumber : Video Dr. Nordin Darus
Ni Sebabnya Perlu Jadikan Buah Pisang Stok Kena Ada Di Rumah, Rugi Kalau Tak Tahu!
Jika sebelum ini buah pisang dilihat seperti biasa-biasa sahaja, tapi setelah membaca perkongsian ini barulah kita melihat keunikan dan keistimewaan buah pisang ini. Jom semak perkongsian ini.
Kenapa dirumah perrlu ada pisang. Baca surat Al Waqi’ah Di-tengah ayat ke 29 cukup hairan. .. artinya luar biasa
قال الله تعالى : وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ
( سورة الواقعة – 29 )
Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):29 – dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),
Ternyata pisang itu buah syurga…..Saya hairan kenapa Allah menyatakan Pohon Pisang … lalu saya cari Web, kenapa pohon pisang….kan biasanya Kurma.
Ternyata MASYAA ALLAH manfaat buah pisang, menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Dan ini telah ada yang meneliti :
INFO SIHAT
“MANFAAT BUAH PISANG”
Ini Menarik.
Setelah membaca ini, Anda tidak akan pernah melihat Pisang dengan cara yang sama lagi. Pisang mengandung tiga jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Sebiji Pisang memberikan dorongan instan pada pecernaan secara berkelanjutan dan energi substansial. Penelitian telah membuktikan bahawa dengan hanya dua biji Pisang akan memberikan energi yang cukup untuk sebuah latihan berat selama 90 minit.
Tidak hairan mengapa Pisang adalah buah bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Supply energi bukan satu-satunya yang didapati dari Pisang tetapi Pisang dapat membantu kita agar tetap fit.
Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang fit, sehingga Pisang merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian.
Depresi
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit penderita Depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan *Pisang.* Hal ini terjadi kerana Pisang mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.
Bagi Penderita Diabetes : Makanlah Pisang setiap hari. Karena Vitamin B6 terkandung dalam Pisang akan mengawal tingkat glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati Anda.
Bagi Penderita Anemia :Pisang mengandung Zat Besi Tinggi, Pisang juga dapat merangsang produksi hemoglobin dalam darah dan membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah).
Bagi Penderita Tekanan Darah Tinggi
Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga _US Food and Drug Administration (Departmen ) baru saja mengizinkan perkebunan Pisang untuk melakukan ujian rasmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan stroke.
Menambah Kemampuan Otak
200 siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) sangat terbantu dalam ujian mereka tahun ini kerana memakan Pisang pada saat sarapan, saat istirehat dan saat makan tgahari dalam upaya untuk meningkatkan kekuatan otak mereka.
Penelitian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka utk berfikir.
Sembelit
Pisang mengandung Zat Fiber dalam kadar yang tinggi, Pisang dapat juga membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda, Pisang akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus kembali ke ubat yang jelas BAB anda akan jadi semakin lancar .
Ubat Mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk _(Darat , Laut dan Udara)_ adalah dengan meminum milkshake Pisang ditambah dengan madu sebagai pemanis . Milkshake Pisang akan berkesan menenangkan perut anda dan dengan bantuan madu akan mengontrol kadar gula darah anda untuk menjadi normal kembali, sementara susu akan menenangkan perut dan sistem pencernaan anda.
Mulas Dan Sakit Perut
Pisang memiliki efek antasid pada tubuh, jadi jika Anda menderita mulas dan perut terasa senak maka cubalah makan Pisang untuk mengurangi sakitnya.
Mual di Pagi Hari (Morning Sickness)
Ambil *Pisang* antara waktu makan membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual dipagi hari.
Gigitan Nyamuk
Sebelum anda meraih krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok daerah yang terkena gigitan nyamuk dengan bagian dalam kulit *Pisang.* Banyak orang yang sudah merasakan hebatnya Kulit *Pisang* krn akan mengurangi pembengkakan dan gatal pada kulit .
Saraf
Pisang mengandung *Vitamin B* dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf.
Bagi Penderita Obesitas Yang Bekerja ?
Kajian Institut Psikologi di Austria menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan seperti, snack, coklat dan kerepek. Setelah meneliti 5.000 pesakit di rumah sakit, para peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang yg menderita kegemukan lebih sering berada dalam tekanan kerja yang tinggi.
Banyak Laporan yang menyimpulkan bahwa untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan nafsu yang tinggi untuk memakan makanan apapun, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.
Usus
Pisang boleh digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi penderita luka usus, Pisang akan mencegah gangguan pencernaan hal ini disebabkan texturnya yang sangat lembut dan halus. Pisang adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes penyakit yang parah. Dan Pisang juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam usus
Kontrol Suhu
Banyak budaya lain melihat Pisang sebagai buah “Pendingin” yang dapat menurunkan suhu baik fisik dan emosional, para ibu hamil Di Thailand misalnya, mereka akan makan Pisang sebelum melahirkan dengan keyakinan bahawa si bayi akan lahir dengan suhu dingin.
Bagi Para Perokok
Buah Pisang dapat membantu orang yang mencuba untuk berhenti merokok. Vitamin B 6, B 12 yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari efek penghentian nikotin.
Stress
Kandungan Kalium dalam Pisang adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan detak jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangi kadar Kalium. Ini dapat dineutralkan (rebalanced) dengan bantuan snack Pisang yang tinggi Kalium.
Stroke
Menurut penelitian di _The New England Journal of Medicine,_ makan Pisang sebagai bagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana stroke sebanyak 40% !
Kutil
Mereka yang suka pada pengubatan tradisional sudah banyak yang tahu bahawa Pisang bisa Menghilangkan atau Mengecilkan Kutil, jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong Pisang dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar , tampal itu dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tghari, setelah beberapa hari lalu lihatlah !!!
Jadi ingatlah, Pisang adalah ubat alami untuk berbagai penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal misalnya, maka Pisang mengandung ; Protein empat kali ganda Karbohidrat dua kali , Zat Fosfor tiga kali Vitamin A dan zat besi lima kali dan ada pula dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral lainnya. Pisang juga kaya kalium dan merupakan salah satu makanan dengan nilai terbaik, Jadi mungkin sekaranglah saatnya untuk mengubah pandangan kita terhadap Pisang dan makanlah Pisang setiap hari.
NB: Pisang jugalah yang menjadi alasan monyet untuk begitu berbahagia setiap saat dan selalu sihat² saja dalam jangka panjang !Saya akan menambahkan satu manfaat lagi disini; Apakah anda ingin sepatu anda bersinar dan berkilat dalam waktu singkat ? Ambil Dalam kulit Pisang, lalu gosok langsung pada kulit sepatu … lalu lap lah dengan kain kering seperti orang mengilap sepatu … lihatlah hasilnya … !!!
Sungguh Buah yang Menakjubkan !
Warning
Jangan simpan Pisang anda di fridge kerana struktur buah Pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan itu akan menghilangkan banyak sekali manfaat buah Pisang
Sampaikan pesan ini kepada semua rakan atau kerabat anda agar mereka juga bisa merasakan hebatnya Buah Pisang ini.
Semoga manfaat bagi anda semua.
Sumber : Majlis ilmu