Patutlah kadang-kala, tengok anak tak dengar cakap. Rupanya ada kesilapan yang kita tak sedar. Bukan mudah rupanya bergelar ibu bapa. Walaupun sudah mempunyai tiga orang anak atau lebih, kita merasakan cara didikan betul, rupanya ada juga yang tersilap. Kita juga sebagai ibu bapa kadang alpa tentang peranan kita sebagai role model.

Jom kita selidik diri kita di mana silap tu. Ikuti perkongsian oleh Dr Taufiq Razif moga menjadi manfaat bersama.


Patutlah Bila Nasihat Anak Tak Ikut, Rupanya Ada Kesilapan Yang Ibu Ayah Tak Sedar

5 Sebab Kenapa Anak Boleh Jadi Biadap. Mak Ayah Wajib Tahu!

1. Tengah Fasa Egocentric

IKLAN

? Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric lagi. Yang ni takpe, jangan risau. Anak kita nampak macam biadap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.

2. Anak Rasa Tak Selamat

? Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya TRUST anak kita pada kita jadi hancur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada someone yang dia TRUST. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :

IKLAN

I. Fight  melawan. Ni la antara punca biadap
II. Flight  dia akan jadi penakut dan pasif
III. Freeze  anak jadi konfius dan pendiam

3. Pengaruh Eksternal

? Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap handphone 24 jam je maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.

IKLAN

4. Mak Ayah Pendengar Yang Teruk

? Anak biadap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!

5. Mirroring
? Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kurang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, biadap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!

p/s : Ilmu ni pasangan kita pun perlu tahu ye. Belajar lebih banyak ilmu parenting penting di Telegram saya ye. Install Telegram dan klik sini ye t.me/NotaTaufiqRazif

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI