Kepada yang suka makanan fresh dan homemade tentu sentiasa mendapatkan menu masakan yang mudah dan cepat untuk hidangan buat ahli keluarga. Bagi yang suka memasak kek, boleh cuba resepi kek coklat versi kukus yang mudah cara penyediaannya. Hanya menggunakan pengisar untuk mendapatkan kek coklat yang gebu. Memang menarik perkongsian oleh Puan Nora Syikin
Kek coklat blander
Versi kukus
Resepi
Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
– semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.
Ads
Bahan-bahan ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
– adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak
Ads
Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.
Ads
Sumber: Nora Syikin via Masak Apa Hari Ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bertuahnya jika petang-petang begini dapat melayan selera anak-anak dan seisi keluarga dengan menu pasta yang istimewa ini. Tentu kenyang perut dibuatnya dan tidak hairanlah juga membuatkan ahli keluarga makan bertambah. Pasti puas hati dibuatnya.
Assalamualaikum & Hai semua
Dah fikir ke menu apa nak masak & makan ?
Pernah tak kawan kawan rasa macam muak bila makan apa apa yang butter based ? Kalau ya – apa kata cuba resepi ni pula. Harini saya nak kongsikan resepi Creamy Curry Pasta with Prawn yang senang sangat ! Bau aroma bahan tumisan dan serbuk kari, rasa manis udang dan lemak manis susu betul betul membuka selera !
Cara caranya ada saya tuliskan di setiap gambar. Selamat mencuba !
Baiklah bahan bahan –
Sepaket pasta pilihan yang direbus (saya guna spiral)
Udang (boleh ditukar dengan protein lain spt ayam)
Susu ( saya guna low fat)
Cheese (saya guna mozarella)
Sedikit butter
1 sudu makan serbuk kari ikan
Bahan tumis (bawang putih, cili padi, daun kari)
Garam, gula & perasa jika perlu
Cara penyediaan:
2. Bila udang dah masak, masukkan pula bahan tumisan yang dicincang halus. Saya chopkan aje. Kalau tak suka pedas taknak buh cili padi pun takpe atau kurangkan amountnya. Tumis sehingga agak garing. Masa ni mesti korang dah x sabar nak makan, bau dia naik wangi sangat !
3. Bila bahan tumis dah wangi, masukkan satu sudu makan serbuk kari ikan yang telak dibancuh dgn air – biarkan sedikit pekat. Saya gunakan serbuk kari ikan sebab rasa rempahnya agak mild berbanding serbuk kari daging. Terpulang pada citarasa anda. Jaga api jangan sampai hangit.
4. Bila bancuhan serbuk tadi dah pecah minyak, masukkan lah pula susu kotak. Ikut lah kalau nak agak basah boleh bubuh lebih. Saya letak dalam 1 gelas je rasanya – agak agak. Perasakan juga dengan garam,gula dan perasa jika suka.
5. Masukkan pasta yang dah direbus awal tadi. Gaul rata.
6. Bila pasta dah tersalut semuanya, rasa pun dah kena dengan citarasa kita, masukkan cheese. Tak kisah nak guna apa pun, saya guna mozarella. Tutup kuali biar cheese cair. Kalau tak suka cheese atau tak de cheese kat rumah, taknak letak pun takpe 😊 Sebelum hidang, nak tabur emping daun kari & cili flakes pun boleh sekadar untuk warna yang lebih menarik.
7. Okay dah siap ! Hidangkan lah Creamy Curry Pasta tadi dengan veggies platter, meatballs mayo, meatballs blackpepper, garlic bread & mushroom soup. Semuanya homemade. Dah lama x masak banyak macam ni sesekali balik kampung – lambat juga saya nak cari rentak semula. Kawan kawan cuba lah buat, tak rugi punya, insyaAllah.
Inilah rupa Creamy Curry Pasta with Prawn – kami satu keluarga suka sangat !!
Setiap kali hari raya resipi rendang sentiasa mendapat perhatian ramai.
Bagi yang tidak ada pengalaman membuat rendang boleh ikuti resipi ini iaitu resipi Resepi Rendang Tok Asli.
Jom cuba resipi ni.
Saya bukanlah orang Perak. Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak² versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya
Teksturnya yang kering² tak berkuah, pedas² rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.
Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.
Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.
Semua bahan² rencah dikisar kering.
Saya halalkan resepi ni untuk yang suka mencuba
Resepi Rendang Tok Asli
Bahan² hiris :
10 biji bawang rose dihiris halus
1-2 labu bawang putih dihiris halus
4 inci halia dihiris halus
Bahan² kisar :
2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas
– dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya.
– disangai dalam kuali sampai kering
– blend kering TANPA AIR
2 ketul lengkuas
5 batang serai
– dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya
1 senduk biji ketumbar
(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau suka)
– disangai dan dikisar kering
Bahan² utama lain:
1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)
900 gm limpa
– daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.
– maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.
2 kg santan asli pekat
2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
2 senduk kerisik, daun kunyit hiris
Cara masak :
1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.
2. Masukkan bahan² hiris.
3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.
4. Masak sampai terbit minyak sikit.
5. Masukkan daging & limpa.
6. Masukkan bahan² kisar yang lain.
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan kerisik dan gula nisan.
9. Masukkan perisa & garam.
10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.
**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.
Kentang antara bahan masakan yang selalu ada di dapur. Kegunaannya banyak, baik untuk sup mahupun dijadikan kudapan atau boleh juga dibuat inti karipap dan sebagainya lain. Ada ibu-ibu yang selalu membeli dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan bagi kegunaan di lain masa.
Namun, masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu adalah kentang yang lama dibiar tidak dimasak akan keluar tunas. Dek kerana sayang dan rugi jika dibuang begitu sahaja, ada antara ibu-ibu yang tetap memasak kentang tersebut. Tanpa anda ketahui kentang yang sudah bertunas sebenarnya boleh mendatangkan bahaya pada tubuh anda dan keluarga. Jom semak artikel ini!
Awas! Boleh Sebabkan Sakit Perut
Kentang yang sudah bertunas warnanya akan berubah menjadi kehijau-hijauan. Rasa kentang pun jadi pahit sedikit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun. Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang.
Rupanya bukan setakat kentang, lobak merah, bawang bombay dan sebagainya jika sudah mengeluarkan tunas, ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.
Sakit Kepala Salah Satu Punca
Jika anda mengambil dalam jumlah yang sedikit, ia mungkin tak memberi kesan. Tapi jika makan dengan kadar yang banyak, ia berisiko bukan setakat mengganggu sistem pencernaan. Malah boleh menyebabkan mual, perut menjadi kejang, muntah dan sakit kepala.
Kentang Kulit Hijau Beracun
Kentang yang berkulit hijau ni biasanya kita jumpa pada kentang yang dah tersimpan lama sampai ia mengeluarkan tunas. Kentang jenis ini mengandungi solanin dan ada alkaliod jahat.
Dalam tanaman kentang sendiri ada solanin, iaitu bahan kimia yang memberikan rasa pahit. Dan ianya beracun. Solanin ini boleh ditemui pada daun batang dan sesetengahnya di bawah kulit ubi kentang itu sendiri. Sebab itulah anda perlu menanam saja bila kentang di dapur sudah bertunas.
Sudah Kehilangan Nutrisi
Semasa kentang bertunas, pati yang ada di dalam kentang akan diubah menjadi gula. Penyelidik mendapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika keadaan kentang itu mengecut, ia tidak boleh dimakan. Nutrisinya hilang sama sekali.
Mengundang Risiko Kanser
Dalam kentang terdapat sejenis zat beracun dipanggil akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan, akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan kanser yang menyerang ginjal, endometrium dan ovari.
Sebab itu dilarang menyimpan kentang dalam peti ais. Sebaiknya simpan di kawasan yang gelap yang tidak terkena matahari. Ini untuk mengelakkan kentang daripada bertunas. Kentang yang sudah bertunas sudah tentu mempunyai akrilamida yang banyak.
6 Tip Pilih Kentang Terbaik
#Permukaan Kentang Biarlah Yang Licin
Permukaan kulit kentang yang licin dan tak beralun mempunyai rasa yang manis berbanding permukaan kulit kentang yang kasar.
#Kalau Berat.. Dah Betullah Tu
Kentang yang baik, ia perlulah berat. Mak-mak takkan jumpa lubang dekat permukaannya, tak merekah apatah lagi busuk pada sesetengah bahagian. Cari yang kulit tebal dan ada garisan warna coklat pada kulitnya.
#Warna Kentang Kena Kuning Muda
Jangan sesekali ambil kentang yang berwarna hijau. Ia sudah mengandungi racun sebenarnya. Nanti rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.
#Jangan Pilih Yang Dah Bertunas
Dah taukan sebabnya, jadi bila nampak yang dah bertunas elakkan membeli. Melainkan anda mahu menanamnya di rumah untuk dijadikan ubi kentang.
#Saiz Kentang
Kalau anda hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bersaiz besar. Jika mahu dijadikan kentang bakar, yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.
#Jangan Simpan Dalam Plastik
Seeloknya segera keluarkan kentang yang anda beli di pasaraya dari dalam plastik. Ini untuk mengelakkan daripada ia cepat busuk. Anda tak perlu mencucinya, sebaiknya simpan dalam bekas yang tidak terdedah dengan matahari.
sumber: Mingguan Wanita
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...