Sebut je biskut coklat memang ramai peminatmya tak kira peringkat umur semua suka. Rasa coklat yang manis membuatkan satu balang biskut coklat tak cukup.
Misalnya biskut badam coklat yang disaluti coklat ditambah dengan badam pasti membuatkan makan sekeping dua tak cukup. Bayangkan jika ahli keluarga yang ramai.
Kalau nak beli biskut ni boleh tahan harganya. Jadi nak makan hingga puas apa kata buat sendiri di rumah. Tak perlu guna oven. Nak buat memang sangat mudah,
Boleh jadi kudapan sambil santai-santai dengan keluarga ketika PKP ni.
Nak tahu lanjut cara penyediaan biskut badam coklat ikuti perkongsian Mashitah Amin di facabook miliknya ini.
Beliau menggunakan coklat beryl’s yang rasanya sangat sedap, confirm licin satu balang dalam satu malam!
Resipi Biskut Badam Coklat
Bahan:
Badam
Coklat beryl’s
Cara penyediaan:
Coklat Badam Crunchy dua bahan tak perlu pakai oven. Sangai badam sampai perang dan sejukkan. Cairkan coklat. Masukkan badam dalam coklat yang dah cair, gaul dan masukkan dalam acuan kemudian sejukkan. Mudah sangat dan cepat!
Ads
Dah siap! Dah boleh makan terus!
Selamat mencuba!
Khasiat badam
Badam merupakan kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi baik untuk kesihatan dan kecantikan telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.
8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat
Merendahkan Risiko Darah Tinggi Dan Serangan Jantung
Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%.
Ads
Ini adalah kerana badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.
Menurunkan Berat Badan
Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing.
Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.
Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.
Jadikan badam sebagai snek sihat anda setiap hari , boleh ambil 5 ke hingga 6 biji badam semasa snek, ini membantu anda mengawal selera makan.
Menguatkan Memori
Badam adalah sumber zat yang dikatakan membantu dalam perkembangan otak. Sebab itulah,beribu-ribu tahun dahulu,ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan juga India, untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, hadis dan juga pelbagai ilmu.
Jadi, anda disarankan memberikan badam sebagai makanan wajib buat anak-anak anda yang sedang membesar.
Membantu Menghalang Osteoporosis
Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis kerana kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.
Ads
Seperti kita tahu,kalsium sangat diperlukan untuk menghalang osteoporosis malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.
Menghalang Batu Karang
Terdapat kajian yang mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam atau mentega kacang badam dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang
Melancarkan Peredaran Darah
Sekiranya tekanan darah seseorang itu turun,ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi stress. Oleh itu vitamin dan mineral yang terdapat pada almond bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress terjadi.
Mengelakkan Kecacatan Kepada Bayi
Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat sangat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.
Badam Mencantikkan Kulit
Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit.
Manakala,dalam rawatan terapi wangian(aromaterapi),minyak badam berperanan sebagai memainkan pelindung kepada kulit daripada terbakar. Ia dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit.
Ayam goreng menjadi kegemaran ramai anak-anak. Kalau ke pasar malam, pasti tak sah kalau tak singgah gerai yang menjual ayam goreng kan.
Memandangkan sekarang ni tengah lockdown ,nak keluar pun susah, jadi ibu-ibu cuba buat sendiri ayam goreng ala-ala pasar malam. Cukup mudah resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi. Yang penting simple dan confirm sedap.
Resepi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ni masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin. Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini? Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.
Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan. Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit.
Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja. Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama. Betul tak?
Resepi untuk seekor ayam
– Ayam kerat 18
– Basuh ayam sebersihnya dan toskan.
Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
Perap ayam selama lima jam.
Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah:
– 500 gram tepung bestari asli Belian Online DI SINI
– 100 gram tepung gandum Belian Online DI SINI
– 100 gram tepung beras Belian Online DI SINI
Gaul rata.
Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.
Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas. Nampak sedap kan? Jimat pun jimat.
Selamat mencuba.
Boleh bantu cikgu tekan butang kongsi banyak-banyak. Mana tahu amal jariah yang kecil ini sangat membantu kawan yang memerlukan. Semoga bermanfaat.
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di