HomeKekeluargaan“Patutlah Rasa Berdebar-Debar, Tak Sangka Petanda Anak & Menantu Akan Pergi Selamanya.”...
“Patutlah Rasa Berdebar-Debar, Tak Sangka Petanda Anak & Menantu Akan Pergi Selamanya.” Suami Isteri Maut Rempuh Motosikal, Dua Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata
Sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan apabila melihat wajah anak-anak yang masih kecil yang tidak mengetahui apa yang berlaku.
Namun siapa kita yang mampu menolak takdirNya. Demikian juga yang berlaku apabila pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Muhammad Hamadi Zakaria dan isterinya, Nur Syuhadah Zaini, masing-masing berusia 31 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi Honda CBR 500R dinaiki pasangan ini tidak sempat mengelak dua motosikal bergesel di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Mangsa gagal mengelak dua motosikal jenis Yamaha LC135 dan Suzuki Axelo yang bergesel di tengah jalan lorong motosikal berkenaan. Dua lagi penunggang motosikal yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut. Mereka yang parah dikenali sebagai Mohd Saad Ismail, 45, dan Sainuddin Sukur, 51.
Menurut Fatimah Mohd Yatim, 60 ibu kepada Nur Syuhadah Zaini, pasangan ini juga telah mengambil cuti untuk menghantar ibu bapa mentua mereka mengerjakan haji.
Ads
“DIA dan suami mengambil cuti esok untuk menghantar ibu bapa mentuanya ke Kompleks TH (Tabung Haji) di Sepang, tak sangka hajat mereka itu tak kesampaian,” kata Fatimah Mohd Yatim,60.
“Saya terkejut apabila dihubungi polis menggunakan nombor telefon Hamadi mengatakan bahawa anak dan menantunya maut dalam kemalangan.
“Kali terakhir saya bertemu dengan Syuhadah adalah semalam ketika bersarapan pagi bersama dengannya, namun dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya semalam.
Menurutnya lagi, pasangan itu tinggal di Seksyen 19 bersama dua anak perempuan mereka iaitu Hana Safiyyah, 6, dan Hani Safina, 2.
“Anak mereka seolah-olah faham dengan apa yang berlaku, namun masih dalam keadaan kebingungan.
Ads
“Patutlah perasaan saya berdebar-debar sejak daripada semalam dan tidak sangka sebenarnya itu adalah petanda dia dan menantu akan pergi selamanya,” katanya.
Sementara itu, Ibu kepada Muhammad Hamadi, Halimah Mohd Isa, 60-an, kelihatan sugul dan menitiskan air mata di surau manakala suaminya Zakaria Tajudin, 60-an, sesekali dilihat mengesat air mata.
Zakaria ketika ditemui berkata, segala yang terjadi itu adalah ketentuan Yang Maha Esa. Jelasnya, anak dan menantunya menaiki motosikal setiap hari ke tempat kerja.
“Terlalu sedih namun saya sekeluarga reda dengan kemalangan yang mengorbankan nyawa anak dan menantu.
Ads
“Saya dan isteri akan berangkat mengerjakan ibadah haji, esok (hari ini) dan kedua-dua mereka sudah merancang untuk menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji (TH), namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya,” katanya.
Jenazah pasangan ini dikebumikan bersebelahan di antara satu sama lain. Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara serta kenalan kedua-dua pasangan berkenaan menghadiri upacara pengebumian itu.
Lebih menyayat hati, kedua-dua cahaya mata pasangan itu, Hana Safiyyah, 6 dan Hana Safina, turut hadir mengiringi jenazah kedua-dua insan tersayang mereka ke tanah perkuburan.
Anak kecil itu dipangku datuk serta ahli keluarga lain dan reaksi wajah mereka seolah-oleh mengerti bahawa tiada lagi tempat mengadu serta bermanja.
Hidup ini tidak pernah sunyi daripada pelbagai ujian hidup, sama juga halnya dalam ujian hidup berumah tangga.
Begitulah nampak gayanya, bila dilihat kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana, 37, dan Syamsul Yusof, 38, masih belum menemui titik noktah penyelesaian.
Terdahulu, Syamsul memberitahu dia mahu memfailkan saman terhadap Jawi yang didakwanya mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa dia sudah berkahwin lagi.
Hal ini dikongsikan olehnya melalui insta story yang telah pun mencuri tumpuan umum.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, meninjau di Instagram Puteri Sarah lain pula ceritanya di mana aktres itu mendesak suaminya untuk mengaku perkara sebenar selepas mengeluarkan kenyataan mahu memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana menabur fitnah.
Saman buat apa? Mengaku sajalah..
Menerusi hantaran dibuat di laman Insta Story miliknya, Puteri Sarah mempersoalkan tindakan saman suaminya terhadap pihak Jawi.
Sebaliknya, dia menuntut agar Syamsul mengaku gossip berkenaan dirinya yang sudah berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar.
Pasangan sama cantik sama padan, Wawa Zainal dan Aeril Zafril sering mengundang perhatian apabila berkongsi aktiviti mereka di media sosial.
Terbaru menerusi laman Instagram ibu kepada empat cahaya mata ini, dia memuatnaik satu video yang merakam aktiviti suaminya sedang digunting rambut.
Menurut Usahawan dan juga pelakon ini, Aeril terpaksa memotong rambunya sebagai syarat untuk membeli sebuah motorsikal baru.
“Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motorsikal sebenarnya. Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena potong rambut.
“Barulah handsome kacak bergaya,” kata Wawa sambil tertawa.
Begitupun, Wawa meluahkan rasa bersalah apabila meletakkan syarat tersebut.
“Berdosakah Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia sayang. Korang rasa? Tibe rasa bersalah,” tulisnya.
Walaupun Aeril amat menyayangi rambutnya yang telah panjang, namun demi memenuhi permintaan isteri tersayang dia akur. Apa yang lebih menjadi tumpuan ramai adalah rambut Aeril telah dipotong oleh ibu mentuanya.
Ada yang memuji kepandaian ibu Wawa memotong rambut menantunya Itu. Tak kurang yang berseloroh lebih fokus pada gelang ditangan ibu Wawa berbanding wajah Aeril.
Sebelum itu, Wawa memuat naik gambar bersama suaminya dan mengatakan rimas melihat rambut Aeril yang panjang.Justeru, dia meminta pandangan pengikutnya sama ada boleg dipotong atau tidak.
‘Bedtime story’ merupakan sesi ibu bapa membaca buku cerita atau berkongsi kisah-kisah menarik mahupun kisah tauladan kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Sesi ini penting dan menjadi lebih bermakna kerana ia melibatkan hubungan emosi diantara anak-anak dan ibu bapa.Jalinan erat dan kualiti masa bermasa anak-anak pasti dapat dimanfaatkan ketika sesi bedtime stories ini.
Namun, jika tidak pernah lakukan ‘Bedtime stories’ dengan anak-anak,baik mulakannya dari sekarang.Ini kerana waktu masuk ke bilik tidur adalah waktu minda kita mula relaks berbanding waktu lain. Begitu jugalah pada anak. Suasana bilik yang samar-samar serta pengudaraan yang selesa akan membuatkan emosi anak-anak juga lebih tenang. Gelombang otak pula berada pada gelombang Alpha yang lebih baik untuk saranan positif dalam menasihati anak-anak.
Menerusi perkongsian Asrulnizam Abas, beliau berkongsi perkara yang Ibu Bapa boleh lakukan ketika sesi ‘Bedtime stories’ ini.
1.Bercerita
Berceritakan kisah pendek yang kurang dari 10 minit. Sebab biasanya kita masuk bilik pun tak terus tidur. 10 hingga 15 minit juga baru boleh lena. Ceritakan sahaja kisah rasul, kisah nabi asalkan ada value positif yang diterapkan. Sebenarnya bukan cerita yang nak disampaikan, tapi nilai dari cerita.
Di hujung sebelum tidur, berikan penerapan kepada nilai diri supaya anak-anak faham tentang konklusi kepada apa jua cerita dan ilmu yang kita cuba terapkan. Lepas ending cerita, terus baca doa tidur bersama mereka. Peluk dan cium mereka dengan ikhlas.
2.Ajarkan doa
Doa yang mula-mula lekat pada minda anak saya adalah doa tidur walaupun ada banyak doa lain saya ajarkan. Kenapa begitu? Seperti yang saya bagitau, waktu tersebut lebih fokus dan bertenang jadi mereka lebih cepat ingat. Ajarkan juga doa lain bila anak anda dah pandai doa tidur. Jika 1 bulan satu doa, satu tahun dah 12 doa. Banyak tu.
3.Questionaire
Yang ni adalah yang selalu saya buat. Sebab kekadang rasa kekok nak bercerita, jadi saya suka sharing berkaitan sains atau maklumat waktu nak tidur. Contoh; “Man, tahu tak kenapa telinga gajah sangat besar?” So anak-anak akan mula menjawab. Jika salah biarkan sahaja. Kemudian saya akan terangkan jawapan supaya mereka faham.
4.Rasionalkan situasi
Biasanya satu hari kita akan ada marah-marah pada anak kita. Percayalah, ini selalu kita buat. Dan selalu ya waktu marah kita sendiri tak rasional dan tak boleh jelaskan kepada mereka dengan baik. Jadi, waktu ini adalah waktu paling sesuai untuk rasionalkan situasi negatif yang berlaku pada hari tersebut.
Yang penting, 10 minit, tetapkan value. Buat ulangkali.
Semoga bermanfaat
Sumber Facebook: Asrulnizam Abas
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di