Kepada yang suka makan kedai mamak tentu suka makan ayam gorengnya. Memang menjilat jari. Makan pula ketika masih panas aje bersama kuah kari mamak memang superb!
Malah tidak dinafikan, harga makanan menu ini agak mahal, tetapi ia tetap ada peminatnya. Malah anak-anak pun suka rasa ayam mamak ni.
Kepada penggemar ayam mamak, apa kata cuba resipi ayam goreng mamak ni.
Memang sedap dan rangup.
Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih
Ads
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Ads
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
Ads
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
Tentu ada yang mengidam nak makan kek keju atau cheese cake. Mana taknya, nak pergi kedai confirm tak boleh. Apa kata kita buat aje di rumah. Bahan nak buat kek keju ni pun guna tiga bahan aje.
Ikuti perkongsian ini.
3 Bahan je boleh buat kek sedap gila yg sgt mabelessss..
*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
CARA-CARA
Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.
1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat
Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.
Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
2. Asingkan Telur Putih & Pukul
Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.
Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese
Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
4. Campurkan Semua Bahan
Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
5. Tuang Dalam Loyang
Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
6. Bakar
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).
Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
Cara bakar secara ‘waterbath’.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
7. Sejukkan
Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
8. Topping
Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.
Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
MEMANG GEBU & LEMBUT!
Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!
Apa yang menyelerakan agaknya untuk hidangan tengah hari? bila mengikut selera masing-masing mungkin banyak pilihan kan. Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat resipi Sup Daging pula.
Simple je tapi rasanya sedap macam makan di kedai. Yang penting bahan asas untuk menyedapkan resipi ini kena ada. nak tahu apa dia jom baca perkongsian dari puan Nik Hakimah ni. Selamat mencuba!
saya nak share buat Sup Daging ala kedai tomyam zero failure. Sesuai untuk yang baru belajar masak. Jangan risau. Saya dulu pun tak pandai. Puas bubuh segala rempah apa bagai tetap tak macam sup kat kedai tomyam siam tu.
Selain sup ayam, tomyam juga merupakan pilihan santai dan ringan untuk anak-anak di rumah. Tidak pedas malah kaya dengan taburan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Walaupun nampak mudah, boleh campak-campak pun menjadi, namun tomyam kena ada caranya untuk memasak. Lapan langkah ini wajib buat!
Tumis Dahulu
Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
Serai & Daun Limau Purut
Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
Kisar Tomato
Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
Letak Susu
Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
Campak Pun Sedap
Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
Hancur Dengan Minyak
Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
Kena Pedas
Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
Lengkuas Kena Ada
Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...