Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
Ads
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung cdan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
Ads
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
Ads
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjaga muka saban hari perlukan usaha yang bukan sedikit. Namun tidak perlulah berbelanja mahal untuk pastikan kulit wajah sentiasa cantik, bersih dan gebu.
Mungkin jika anda punya bajet yang lebih tidak salah mencuba produk berjenama mahal dan diyakini. Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupa paras yang menawan dan bentuk tubuh badan yang kekal ‘bergetah’ tentunya menjadi aset berharga seorang isteri yang harus dijaga rapi agar suami semakin hari semakin bertambah sayang.
Caranya bagaimana? Selain perlu aktif melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup sihat, ada baiknya turut juga amalkan minum jus campuran daripada bahan istimewa ini yang boleh dihasilkan sendiri. Cukup mudah dan kesannya ternyata hebat!
Untuk itu ayuh kita ketahui info lanjut tentang jus ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Mastura Rashid ini yang sememangnya ramai mengenalinya sebagai seorang yang suka dan selesa sebarkan ilmu petua berasaskan bahan-bahan semulajadi .
Oleh itu, jom semak perkongsiannya kali ini.
KHASIAT JUS OREN CAMPURAN MADU, KUNYIT DAN HALIA BARA
Bagus untuk memperkemaskan peranakan wanita. Mak pesan, jaga badan, jaga peranakan biar kemas macam arwah tok wan (nenek).
Di usia 80 tahun, sehelai uban pun tak ada. Badan masih kuat dan tegap, cantik, tak rabun dan tak ada langsung masalah kewanitaan. Masih boleh kejar fiona dengan penyapu bila nampak anak-anak ayam dia kena pijak sampai mati.
Oh waktu tu umur fiona 7 tahun ok. Memang nakal dan buas macam lelaki. Panjat bumbung rumah, grill tingkap dapur, bergayut, bakar pacat sampai garing, itu hobi gengster umur 7 tahun.
JUS OREN CAMPURAN MADU, KUNYIT DAN HALIA BARA
BAHAN-BAHAN : Oren (navel/valencia) 1 biji Kunyit 1 inci Halia bara/bentong/biasa 1 inci Madu 1 sudu besar Air 2 cawan
CARA: 1. Kupas kulit semua bahan. Jangan blend pulak dengan kulit.
2. Blend semua bahan dengan air.
3. Last sekali campur madu.
ATURAN: Minum pagi sebelum sarapan. 3X SEMINGGU. Biar badan kemas, pejal dan wangi.
APA FUNGSI JUS NI?
Dari pembacaan dan juga perkongsian mak, kunyit boleh
1. Kecutkan peranakan wanita
2. Bagi panas badan dan sembuh luka dalaman dengan lebih cepat
3. Badan akan sentiasa kemas dan cantik, tak menggelebeh
4. Bagi muka nampak segar dan tak pucat
5. Elakkan kenyanyukan. Wanita india yang dah tua jarang alami masalah nyanyuk sebab amalan makan kunyit dalam culture mereka
6. Legakan batuk kahak jika ambil dengan susu suam (boleh search petua yang fiona pernah kongsi untuk legakan kahak)
Okay, sila guna kunyit segar.Bukan kunyit serbuk ok. Fiona tak jamin anda dapat efek sama dari kunyit proses. Kalau nak goreng ikan atau ayam bolehlah guna kunyit serbuk.
Tapi itupun mak lebih suka tumbuk kunyit segar dan lumur di ikan atau ayam, berbanding guna kunyit serbuk.
OREN:
1. Vitamin C booster untuk kulit dan dalaman
2. Sumber fiber supaya nak ke toilet pun mudah
3. Penyedap jus semulajadi
HALIA:
1. Panaskan badan
2. Ubati cirit birit
3. Rawat masalah sakit sendi
4. Tingkatkan metabolisma badan supaya cepat lemak dibakar dan badan pun tak montel
Menamatkan pengajian dalam penuh emosi. Apa lagi kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara mudah untuk dihadam. Yang pernah melalui tahu akan perasaan tersebut. Namun, berkat doa, sokongan dan dorongan suami tersayang, wanita ini berjaya juga menghabiskan PhDnya selepas 8 tahun.
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter @tunfairuz yang juga suami kepada wanita tersebut. Perkongsian beliau mendapat lebih 13,000 Retweet dan rata-rata kagum dan memujinya sebagai suami yang menjadi tulang belakang kepada isteri sehingga berjaya menghabiskan PhD.
Menurut empunya diri Tun Fairuz, 8 tahun masa yang diambil isterinya untuk melengkapkan pengajian sekali gus berjaya menggengam PhD.
Wife aku ambil jubah hari ni (28 September). Aku bangga gila dengan dia. 8 tahun beb nak habiskan study. Dari dia bujang, kahwin, kerja, ada anak, mati anak, ada anak balik. Dia dah nak berhenti dah. Lepas viva pun nak berhenti sebab tak ada semangat dah lepas Dewi pergi.
Tapi setiap kali dia kata nak berhenti, aku pujuk dia tiap-tiap hari. Aku cakap tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, balik kerja awak buat jela awak punya correction tu. Dia buat jugaklah lepas aku marah-marah.
Aku faham dia nak juggling semua kerja, suami, emosi kehilangan anak, major correction, tapi aku pujuk cakap kat dia yang kalau dia quit semua sacrifices dia akan worthless. Selalu aku cakap, “ini last fight you dalam PhD, lepas habis ni tak payah pikir dah!”
A THREAD
Wife aku ambil jubah harini. Aku bangga gila dengan dia. 8 tahun beb nak habiskan study. Dari dia bujang, kahwin, kerja, ada anak, mati anak, ada anak balik. Dia dah nak berhenti dah. Lepas viva pun nak berhenti sebab takde semangat dah lepas Dewi pergi… pic.twitter.com/M1F8ersRy3
Tapi setiap kali dia kata nak berhenti, aku pujuk dia tiap-tiap hari. Aku cakap tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, balik kerja ko buat jela ko punya correction tu. Dia buat jugakla lepas aku marah-marah kahkahkah
Aku faham dia nak juggling semua kerja, suami, emosi kehilangan anak, major correction, tapi aku pujuk cakap kat dia yang kalau dia quit semua sacrifices dia akan worthless. Selalu aku cakap, “ini last fight you dalam PhD, lepas habis ni tak payah pikir dah!”
Wife aku ambik Applied Science, dunia yang jauh berbeza dengan aku Political Science. Aku tak paham kerja lab dia, dan dia tak paham macam mana politik dunia. Tapi sekurang-kurangnya kami cuba ambil tau sikitla fields masing-masing.
So harini dia pergi ambik jubah. Dulu masa dia viva, kakak Dewi teman dia dalam rahim. Tapi yang ada rezeki attend konvo, adiknya Haydar. Aku tak dapat teman wife aku. Sedih gila sebab masa aku ambil jubah Master dia ada. Takpelah adalah hikmah kut.
Ramai gile RT. Aku harap jadi inspirasi la kat aku jugak. Aku baca satu-satu komen korang ni. Terima kasih banyak. Wife aku bising jugak tapi dia ucap terima kasih atas kata-kata kau orang yang baik. Semoga tuhan membalas kebaikan semua.
You’re really good husband for your wife. Tulang belakang segala kepenatan dia menghabiskan sisa baki phd. Semoga yang baik sahaja untuk korang berdua. Salute 🙏🏻
u r strong!my dad pun habiskan phd dia dgn problem mata dia (retinitis pigmentosa),plus ada dua anak syurga.hajat dia mau bawa his mom & my late younger sister. at last both passed away😭 my late sis passed away 2 weeks sblm convo😭
Congratulations to you and your wife. The success here is not the PHD. It’s the fact that both of you were there for each other during ups and downs. Would really love to read your story when it’s out. Congrats again!
Sementara itu, Nor Farhana Jasmi, 31, menerusi perkongsiannya bersama Haroan Metro, mengakui bukan mudah baginya menghabiskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam pengkhususan Sains Gunaan selepas tertangguh bertahun lama.
“Daripada saya bujang, berkahwin, bekerja, dapat anak pertama, kehilangan anak dan sehingga ada anak balik, saya akui perlu melalui pelbagai pahit getir untuk menamatkan pengajian.
“Saya hampir berputus asa ketika itu dan sudah tidak dapat fokus lagi untuk menghabiskan baki pengajian kerana terlalu rindukan anak. Atas dorongan suami, Fairuzzaman Shaharuddin, 31, dan keluarga yang mahu dia menghabiskan pengajian menguatkan lagi tekad saya.
“Saya perlu reda dengan kehilangan Dewi Faleesya, walaupun ketika saya dalam persiapan ‘viva’, arwah berada dalam rahim saya. Tapi ternyata benar apabila kita reda dengan satu ujian, Allah SWT akan beri lebih rezeki lagi.
“Saya mendapat anak kedua, Khayr Al-Haydar yang kini berusia dua bulan manakala suami kini berada di Jerman untuk menyambung pengajian PhD di University Goethe Frankfurt.
“Allah SWT sentiasa bersama hambanya yang reda dengan setiap ujian, bagaimanapun rindu saya terhadap arwah tidak pernah padam dan saya mengharapkan arwah menunggu kami di sana,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.