Cuti hujung minggu ni jika masak kek, tentu anak-anak seronok ni. Lagi best bila aroma kek yang harum dan rasa yang enak. Lebih nikmat bila kek ni dimakan panas-panas. Anak-anak tentu happy bila mama masak kek. Bau kek pasti menyusup ke rongga hidung sebaik sahaja mak-mak mengeluarkan kek dari oven. Fresh homemade dari dapur anda.
Hari ni sempena cuti-cuti sekolah ni, Keluarga nak share cara buat kek cheese yang mudah aje sehingga viral dengan share 2K daripada peminat cheese. Nama kek tu Burnt Cheesecake yang dikongsikan oleh puan Atie Halpi (resepi oleh bakerAinie Syeema ) ini disebuah laman sosial memasak. Jom pagi ni singgah kedai shopping bahan nak buat kek ni. Mudah aje. Jom masak kek pagi ni!
————————————————————-
Penggemar tegar cheese korang patut cuba.
Burnt cheesecake
250gm cheese (kalo guna philadelphia konfem lagi meletop)
85 gula (atie kurangkan ke 75gm)
2 biji telur
9gm tepung gandum
120gm whipping cream
Sedikit esen vanilla (ni atie tambah)
Putar sebati cheese dan gula. Masukkan telur. Putar sebati. Ketepikan. Campurkan tepung dengan whipping cream. Gaul sebati. Satukan dengan adunan cheese tadi. Masukkan esen vanilla. Kaup balik sampai semua bersatu elok.
Lapikkan loyang dengan baking paper. Tak payah cantik2 tak pe. Sebab konsep kek ni memang kek yang tak de rupa.. haha.. Jangan lupa panaskan oven suhu 200 darjah. Bakar kek ni selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan. Masuk peti semalaman. Esok pagi tu korang makan konfem berslice2 masuk perut korang tanpa sedar. Nak makan terus pun boleh. Tapi lagi sedap kalo dah simpan dalam peti ais.
*atie guna bekas 5inch + tau.. kalo korang nak kek ni besar, sila doublekan adunan.
Siap! Yummy
Selamat mencuba!
Sumber: Atie halpi via FB ainie syeema
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang sudah maklum bahawa negara kini menghadapi musim tengkujuh. Malah tiga buah negeri iaitu di Pahang, Johor dan Selangor kini sedang mengalami banjir yang situasinya semakin membimbangkan.
Malah laporan juga mendapati lebih 10,501 mangsa banjir daripada 2,949 keluarga ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) . Lebih mengejutkan, banyak kenderaan terkandas yang melalui negeri tersebut ekoran jalan raya di tutup.
Begitulah situasi yang dikongsi saudara Hazidi , menerusi Twitternya. , berkongsi pengalaman apabila mereka sekeluarga terkandas di Kuantan, Pahang
My family stranded dkt pahang and otw balik kl. Terpksa ikut jln kampung sbb hway tutup. Jem sgt trok and org kg bg mknn. tq org pahang
Alhamdulillah family sy smpi dlm pkol 1130 mlm. Prjalanan selama 11 jam dr kuantan ke KL. On behalf of my family, Thanks sgt2 kat org kampung area mempaga (tak sure kg mne) Appreciate a lot.
My family stranded dkt pahang and otw balik kl. Terpksa ikut jln kampung sbb hway tutup. Jem sgt trok and org kg bg mknn 😭. Tq org pahang 🥰😭 pic.twitter.com/im3eLOyrDr
keadaan kami semalam, stuck semalaman dekat Kampung Tersan, tidur pun dlm kereta sebab jalan dua2 hala naik air, orang2 kampung sangat baik masakkan makanan bagi sorang sikit alhamdulillah lepas stranded lebih 24 hrs, dapat balik kl ikut jalan kampung peruang pic.twitter.com/JY6liRKjqk
Seakan tidak dapat hendak dibayangkan bagaimana perasaannya bila kita yang telah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak, tiba-tiba dapat pula adik kecil seusia anak sendiri.
Seakan mustahil namun kisah ini memang benar-benar terjadi kepada seorang wanita ini yang turut berkongsi video di aplikasi Tiktok yang menarik perhatian wargamaya.
Bulan 4 Aku Bagi Cucu Baru Kat Abah
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatin, ia berkongsi wajah anak lelakinya yang dilahirkan pada bulan April yang lalu dan difahamkan sebelum ini anak pertamanya adalah seorang perempuan.
Bulan 6 Abah Bagi Adik Lagi
Namun bila namanya rezeki, tiada siapa dapat menolaknya. Bayangkan selang beberapa bulan abahnya pula ‘hadiahkan’ adik lelaki kepadanya dan apa yang lebih mengujakan bayi tersebut kembar.
Ini sekali gus menjadikan usia pakcik dan anak buah sebaya!
Memang boleh dikatakan 1 dalam 1000 terjadi kisah seperti ini, jarang-jarang sekali kita dapat lihat di zaman sekarang.
Video tersebut nyata mencuri tumpuan umum dan sekali gus tular di aplikasi Tiktok dengan meraih tontonan hingga melebihi 800 ribu tontonan setakat ini.
Meninjau di ruangan komen kebanyakan netizen tumpang gembira dan kagum dengan rezeki cahayamata yang dianugerahkan kepada keluarga ini.
Malah ada antara ramai berkongsi pengalaman membesar dengan anak buah dan pakcik masing-masing.
Sumber : [su_button url=”https://www.tiktok.com/@fatinrawkk?” style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]TikTok @fatinrawkk[/su_button]
Seorang wanita yang menderita akibat berat badan naik mendadak sehingga mencecah 200 kilogram (kg) meninggal dunia malam tadi di Kampung Gaung, Tendong.
Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam tadi.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.
Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya lagi.
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.
Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.
Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...