







Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kematian adalah perkara yang pasti dilalui oleh setiap manusia. Semalam, ibu kepada penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor, Norlia Abd Majid telah menghembuskan nafas pada 12:30 malam Isnin.
Khabaran duka ini Adibah berkongsi melalui Instagram kira-kira jam 6:30 pagi tadi.
A post shared by adibahnoor (@adibah_noor) on
Terdahulu, Adidah berkongsi kesihatan ibunya semakin merosot pada pertengahan Februari lalu.
Sementara itu, hari ini instagramnya menjadi tumpuan peminatnya bagi mengucapkan takziah atas kehilangan ibu tersayang serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Takziah!
Sumber: Instagram adibah_noor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Fedtri Yahya berkongsi peringatan mengenai bahaya sihir pemisah yang dipercayai menjadi antara perbuatan syirik paling merosakkan kerana mampu menghancurkan hubungan suami isteri serta menggugat keharmonian sesebuah keluarga.
Menurut personaliti televisyen itu, sihir pemisah bukan sekadar menyebabkan perselisihan faham antara pasangan, malah boleh memberi kesan berpanjangan kepada emosi anak-anak, hubungan kekeluargaan dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Fedtri Yahya menjelaskan bahawa sihir pemisah merupakan antara bentuk sihir yang telah wujud sejak awal tamadun manusia.
Beliau menegaskan bahawa institusi keluarga adalah benteng utama dalam agama dan masyarakat. Justeru, apabila hubungan suami isteri rosak tanpa sebab yang munasabah, kesannya bukan sahaja dirasai oleh pasangan tersebut, malah turut menjejaskan anak-anak serta generasi akan datang.
“Sihir pemisah ialah antara sihir terawal wujud dalam tamadun manusia.
“Keluarga ialah benteng agama dan masyarakat. Apabila suami isteri bermusuhan tanpa sebab munasabah, kesannya berpanjangan kepada anak-anak dan keturunan.
“Syaitan sendiri mengutamakan usaha memisahkan suami isteri,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Fedtri Yahya turut memetik hadis sahih yang menjelaskan bagaimana Iblis memberikan penghargaan kepada syaitan yang berjaya memisahkan pasangan suami isteri.
“Dalam hadis sahih, Iblis memuji syaitan yang berjaya memisahkan pasangan suami isteri, lebih daripada syaitan yang melakukan maksiat lain. Sahih Muslim.
“Orang yang terlibat dengan sihir, memang telah hitam hati,” katanya.
Perkongsian itu dibuat sebagai reaksi terhadap hantaran seorang warganet yang meluahkan rasa hairan terhadap sikap segelintir individu yang sanggup mengganggu serta merosakkan rumah tangga orang lain.
Fedtri Yahya secara tidak langsung mengingatkan masyarakat supaya menjauhi segala bentuk hasutan, fitnah, dengki dan campur tangan dalam rumah tangga orang lain yang boleh mengundang perpecahan.
Pasangan suami isteri pula disarankan supaya sentiasa memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadah, doa dan amalan yang dianjurkan dalam Islam. Pada masa sama, komunikasi yang baik serta sikap saling mempercayai antara pasangan amat penting bagi mengelakkan salah faham daripada terus berpanjangan.
Selain itu, setiap konflik wajar diselesaikan secara matang dengan mendapatkan nasihat daripada individu yang berilmu dan dipercayai sekiranya diperlukan, bukannya mudah mempercayai hasutan atau khabar angin daripada pihak luar.
Perkongsian Fedtri Yahya menerima perhatian ramai yang bersetuju bahawa institusi keluarga perlu dipelihara kerana ia menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang harmoni.
Rumah tangga sememangnya tidak pernah sunyi daripada ujian. Namun setiap pasangan disarankan supaya sentiasa bersabar, memperbanyakkan doa serta berusaha menyelesaikan setiap cabaran dengan penuh hikmah.
Paling penting, jangan biarkan kebencian, prasangka, hasutan atau campur tangan pihak luar meruntuhkan sebuah keluarga yang dibina atas dasar kasih sayang, kerana kesannya bukan sahaja dirasai oleh pasangan, malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada anak-anak dan generasi akan datang.
BACA SINI : “Ibu Bukan Bibik”, Fedtri Yahya Tegur Anak Jangan Bebankan Nenek Jaga Cucu
Sumber : Threads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Sukar diungkapkan dengan kata-kata perasaan empunya diri. Setahun terpisah dek tuntutan kerja, namun pertemuan semula sang suami hanya mampu memandang jasad insan tersayang tanpa dapat menyentuh, jauh sekali memberi pelukan buat kali yang terakhir.
Paparan kisah LKpl Mohd Noh bin Samsudin memberikan penghormatan terakhir buat isteri kesayangannya Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru cukup menyentuh hati warganet.
Sementelah beliau terpaksa mengharungi perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia. Namun ketentuan Ilahi mengatasi segalanya. LKpl Mohd Noh bin Samsudin tidak berkesempatan berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam seluruh dunia dilanda wabak pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM.
Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 2020.
Kisah yang cukup memilukan ini dikongsikan oleh MyJointForce menerusi facebook rasmi page berkenaan.
PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7
Kehilangan insan yang dicintai sangat memilukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati. Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta yang pergi buat selama-lamanya.
Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah Negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.
Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wabak Pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM. Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE).
Beliau dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 20.
Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.
Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.
#setiapyangbernyawapastiakanmerasakanmati
#MALBATT8507
#DEVOTEDTOWARDSPEACE
Sumber: MyJointForce & Irdina Qaisara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
