Kalau makan menu westerseperti chicken chop atau lamb chop, yang penting gravy atau sosnya. Kalau sedap sosnya maka berselera kita nak makan. Sebab tu penting ikut cara yang betul hasilkan sosnya.
Untuk ibu-ibu nak cuba buat sendiri boleh tiru resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba! Anak2 bosan makan nasi, sesekali tukar selera, duduk dlm rumah, tak blh keluar jadi makan makan makan je la! Kawan yang dah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Langsung tak muak. Silakan resepi lengkapnya. 1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam
gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak
silap). Tambahkan air suam 1 tin. 3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese.
(Optional) Kalau ada lagi sedap. 4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.
Tip:* jangan guna kicap masin* 5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam
kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula. (Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah
selamat). Kacau sebati. 6. Tutup api setelah semua rasa sebati. Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedapp sangat. Nak tengok resepi lengkap bergambar atau banyak resepi lain yang mabeless, boleh follow fb cikgu.
Dalam situasi sekarang, mendidik dan mengajar anak-anak di rumah kena ada caranya. Sabar adalah sangat penting terutama jika anda mempunyai anak-anak yang agak lemah dalam bab pembelajaran.
Kerana itu ada antara sesetengah ibu bapa yang jenis hilang sabar akan menganggap hukuman atau denda adalah jalan penyelesaian bagi membentuk anak-anak.
Apatah lagi jika mendapat anak yang lambat ‘pick up’ , berulang kali benda yang sama masih tidak memahami.
Walhal, dengan mengambil jalan mudah begini, anak-anak lagi memberontak dan hubungan itu akan menjadi semakin jauh.
Ikuti perkongsian guru ini Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa cara betul mengajar anak-anak dirumah tanpa perlu marah atau menghukum mereka.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Begitulah.
#MFS – Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah bagi setiap ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, pasti momen si kecil yang sedang membesar diambil untuk dijadikan kenangan kelak.
Demikian juga dengan pasangan muda yang sama cantik sama padan ini. Selepas berkongsi berita kelahiran dan nama anak lelaki mereka, pelakon Zahiran Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza turut memuat naik gambar serta video sambil bercerita pengalaman sebagai ibu bapa.
Dalam satu perkongsian, Zahirah yang menyusukan isaac Raees sepenuhnya tidak lokek bercerita yang dia turut membuat stok simpanan susu untuk anak lelakinya itu bagi digunakan ketika mereka keluar.
“Right now Isaac is 100% breastfeed. Kalau keluar ke mana-mana, then i will pump & bottlefeed the breastmilik.
“But its ok to mix. Dont feel bad. Asalkan baby kita sihat,” tulis Zahirah.
Zahirah dalam pada itu mengakui dia turut mengalami masalah kekurangan susu terutama di awal kelahiran Isaac.
Namun, kekerapan menyusukan anaknya memmbolehkan dia membekalkan susu yang mencukupi buat permata hatinya itu.
“Waktu awal-awal ada kurang sikit tapi bila baby marah-marah sebab susu tak cukup, saya tenangkan dia dulu dan cuba menyusukan semula.
“Kadang-kadang akan ada rasa stress bila susu tak mencukupi tapi saya belajar untuk tak paksa diri, sabar dan dapatkan sokongan,” ujar Zahirah menjawab pertanyaan dari peminatnya berkenaan penyusuan bayinya.
Menurut ibu cantik manis ini lagi, Isaac akan bangun dua kali pada waktu malam untuk menyusu sebelum kembali tidur nyenyak sehingga ke pagi. Sekali gus memberi keselesaan untuk dia tidur.
Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 februari 2020 dan pada 5 Januari lalu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Isaac Raees.
Rata-rata memuji akan kecomelan wajah anak pasangan ini dan tak kurang yang bersetuju dengan Zahirah kerana itu naluri seorang ibu apabila melihat anak yang dikandung selama ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Neelofa baru-baru ini memuatnaik satu gambar hitam putih yang memaparkan jeriji besi di Instagramnya sehinggakan meraih perhatian ramai.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohammed yang turut mengulas hal tersebut.
“Biasalah, dia sebelum ini adalah seorang yang aktif. Dia nak terima situasi kena duduk di rumah, tak boleh makan itu dan ini, semua itu mungkin buat dirinya rasa terkejut. Dia pernah cakap pada saya dan ingat yang berpantang ini seronok.
“Macam pergi spa atau berurut. Tapi rupanya tidak. Contoh kalau anak menangis, lambat sikit susu, anak tak tidur malam pun satu pengalaman baru untuk dia. Nama pun pertukaran alam baru.
Sebagai ibu, dia mengakui situasi yang dialami anaknya itu adalah normal terutama bagi wanita bergelar ibu yang sudah biasa bekerja.
Menyifatkan isteri kesayangan PU Riz itu sedang membiasakan diri dengan kehidupan baru bersama anak lelakinya, Muhammad Bilal.
“Semua itu mengambil masa untuk beradaptasi. Tapi nampaknya sekarang dia dah mulai faham dan pandai buat. Satu tentang Neelofa, dia cepat belajar.
Akuinya lagi, biarpun Neelofa mendapatkan pembantu untuk menjaga sepanjang tempoh berpantang, namun sebagai ibu dia tidak lepas tangan. Sebaliknya, Noor Kartini turut berkongsi ilmu bagi memudahkan proses berpantang .
Walaupun ada confinement lady, sebagai ibu, saya tetap memberikan tunjuk ajar dan panduan cara-cara berpantang. Pakai stokin tebal-tebal, duduk melunjur dan sebagainya.
“Walaupun dia ada ramai adik-beradik dan pernah jaga anak-anak buahnya, Malah, selepas tamat sekolah dulu pun, dia yang jaga adiknya Faliq.Tapi bila jaga anak sendiri, pengalaman itu tak sama bila kita alami sendiri.
“Kita sebagai ibu sentiasa berpesan seperti kena pakai stoking tebal-tebal, kena duduk kaki melunjur, banyak perkara yang kita kena ingatkan. Fasa hamil dan berpantang memang sangat berbeza. Kena berpantang betul-betul,” ujar Noor Kartini lagi.
Mengulas mengenai wajah cucunya, demi menghormati privasi Neelofa, Kartini serta keluarga tidak akan berkongsi wajah Bilal di mana-mana platform media sosial.
Bahkan, perkara tersebut akan didedahkan sendiri oleh bekas pengacara MeleTOP itu pada waktu yang sesuai.
“Bilal senang dijaga dan sangat comel. Buat masa ini kami tak kongsikan wajah Bilal kepada sesiapa bagi menghormati privasinya.
“Saya sendiri pun tak ambil gambar Bilal atau tanya dia bila nak kongsikan wajah anak kepada umum sebab saya nak bagi dia ruang dan buat keputusan sendiri,” ujar Kartini lagi.
Untuk rekod, Neelofa melahirkan Muhammad Bilal pada tanggal 29 Januari 2022. Bekas Hos Meletop ini mendirikan rumah tangga dengan pencetus ummah dan penceramah bebas, Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.