Percayakah anda hanya menggunakan 5 bahan saja boleh buat resepi kek cheese sedap yang sangat mabeles! Hanya menggunakan cream cheese Tatura, biskut dan susu serta nestum tanpa menggunakan tepung gandum dan telur.
Memang mudah! Paling best, tak perlu bakar kek. Hanya sejukan dalam peti ais. Apa lagi jom cuba buat ikut resipi viral ni.
RESEPI CHEESEKUT CAKE Bahan-bahan:
250 cream cheese(Saya guna brand Tartura) 1 paket Biskut Deluxe Crackers Hup Seng 1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan) 1 kotak kecil susu segar Nestum
Ads
Cara penyediaan boleh rujuk di setiap gambar.
1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 s/b susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
Ads
2)Celup biskut ke dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk lapisan pertama.(Celup jap je taw, Nanti kembang sangat)
Ads
3)Tuang adunan cheese ke atas biskut dan ratakan. Pastu boleh tabur nestum. 4)Ulang step yang sama.
5)Pastikan lapisan last sekali ialah adunan cream cheese. PAstu tabur nestum. 6)Masuk dalam esbox belah bawah. Sedap makan time sejuk.Pas potong dah boleh ngap! Diizinkan untuk share resepi simple dan sedap sangat ni. Siap!
credit : Nor Suhana Samidjan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada Lebihan Nasi Sejuk, Buatkan Tosei Homemade Ni. Sedap Tak Terkata!
Biasanya kalau ada lebihan nasi sejuk dalam periuk, selain kita panaskan semula untuk elak nasi menjadi basi, tidak dinafikan terlintas juga difikiran kita ini untuk sediakan menu nasi goreng atau enak juga dibuat kuih apam.
Pun begitu, tahukah anda lebihan nasi sejuk itu juga sebenarnya enak juga jika dibuat tosei!
Mungkin ada antara kita yang belum pernah mencuba untuk menyediakannya. Jadi apa kata hari ini kita ubah selera dalam menyediakan menu sarapan dengan menyediakan tosei dari air tangan sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Saari.
Menikmati pulut kuning yang lembut dan cukup rasa lemaknya memang sedap terasa. Namun tidak semua mahir memasaknya, terkadang lembik, keras, malah lebih menyedihkan bila dimasak tebal keraknya dan menyebabkan akan terbuang dek kerana tidak enak dimakan.
Tapi semua ini tidak berlaku jika anda mengukus pulut tersebut.
Kebiasaanya untuk memasak pulut, terdapat dua cara boleh dilakukan iaitu sama ada ditanak atau dimasak di dalam periuk atau pun dengan kaedah kukus.
Bila pulut dikukus dikatakan rasanya lebih berlemak dan enak. Bahkan menurut Nur Baheeta, pulut yang dikukus dijamin tiada lagi pulut melekat di dasar periuk bahkan cara memasaknya juga cukup mudah.
Nak tahu resipinya, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Baheeta daripada resipi asal Umie Qut .
“Cara masak pulut kuning style mak saya. Senang dan mudah. Pulut pun cantik je kejadian nya. Tak lembik dan tak terlalu keras. Dijamin tiada lagi kes pulut hangit/melekat di dasar periuk,” ujarnya ringkas.
Jadi bolehlah dicuba memasak pulut kuning yang elok kejadiannya dengan cara dan resipi yang dikongsikan di sini. Selamat mencuba.
Langkah 1 : Basuh dan rendam beras pulut dengan serbuk kunyit. Rendam dari pagi hingga petang lagi elok.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Mungkin sebelum ini ada antara kita memikirkan betapa renyahnya untuk menyediakan hidangan puff untuk keluarga. Namun bila membaca perkongsian daripada Kak Sha ini, nyata nampak begitu mudah dan begitu ringkas penyediaanya. Terus rasa teruja untuk mencuba
resipi yang dikongsikan ini. Jadi usah tunggu lagi, ayuh kita masuk dapur dan sediakan hidangan ini.
Ini perkongsiannya;
Hari ni kak Sha nk share buat sardin puff.. Jangan risau yang tak pandai pon boleh jadi pandai..sonang ajo..
1st Kita buat inti..
Inti ni terpulang nak guna apa… Apa- apa pon boleh… Nak pakai inti kentang pon boleh… Biasa kalau inti kentang Kak Sha suka buat inti Cabonara.. nak buat inti kentang karipap pon boleh..
Tapi kali ni kak Sha buat pakai sardin je..Malas nak keluar cari barang…pakai apa yang ada je kat rumah..pakai tuna pon boleh..
Jom..start..
Kak Sha buat sambal sardin.. isi sardin tu hancur-hancurkan.. tapi sambal tu sikit je.. dah siap Kak Sha tambah mayonis sikit..
Kalau nak buat tuna Mayo lagi sedap..letak blackpaper sikit.. fuhhhh…wangi je kan bau blackpaper tu…
Step 2 : Keluarkan kepingan puff supaya dia cepat lembut.. dalam 15 minit dah boleh guna.. kalau lembut sangat nanti susah nak handle..
So biar dia lembut tapi keras..paham ke?
.
Step 3 : Kalau yang 4 segi.. nak buat line tu.. turis je dengan pisau bahagian tengah.. separuh sahaja.. pastu lipat. Klim dengan garfu.. Kalau 3 segi plak.. melintangkan dia.. garis jugak bahagian tengah jangan sampi atas..tengah je.. pastu klim jugak dengan garfu…
.
.
Step 4 : Sapu dengan egg wash..
.
Egg wash ni kuning telur campur dengan susu fresh cream atau susu cair. Pastu sapu la kat atas puff kita tadi..
Baru la rupa dia macam kat kedai bakery.
Step 5 : Bakar 35-40 minit.
Tengok garing dah kat bawah…ok dah tu. Kalau tak garing…nanti tak rangup
.
Sesuai nak buat breakfast ke..minum petang ke..pokoknya.. anak cari makanan ade je atas meja kan..hahaa…So, korang boleh pelbagai kan filling dia . Nak letak nutela ke, jem stawberry ke… Ada khas utk puff punya dia ada buah sebiji-sebiji… Kalau tak de bantai je le letak jem roti tu… Kalau susah-susah sangat..picit je la choki-choki tu ha… Sedap je..
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.