Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan operasi pembelajaran anak-anak kita kini perlu melalui proses pembelajaran di dalam talian.
Atas sebab ini juga, kita sebagai ibu bapa perlu menyediakan peranti yang bersesuaian dan akses internet untuk kegunaan pembelajaran anak-anak.
Mungkin juga ada ibu ayah yang sedang membuat perbandingan untuk membeli antara laptop atau tablet, mana yang terbaik dan berbaloi untuk dibeli.
Nak tahu lanjut, ikuti pandangan daripada Firdaus Syakirin yang juga merupakan seorang bapa.
PdPR : Laptop atau Tablet?
Ada sapa-sapa yang baru beli laptop baru atau 2nd? Tak pun tablet untuk anak-anak dirumah…yang murah dan berbaloi…
Ads
Mohon kongsi info…
Ada yang request untuk saya UP-kan topik ni…ada orang nak buat rujukan…pendapat personal saya, kalau bajet dalam lingkungan 1k, maka bleh dapat laptop baru yang spec boleh guna untuk belajar…
Ads
Kalau tablet ni, takut anak-anak menyimpang dari tujuan asal iaitu nak belajar…tapi kalau parents memang nak guna untuk 2 in 1 macam pembelajaran dan kegunaan harian, maka boleh la tablet…
Ads
Untuk laptop 2nd, tolong ambik high spec…jangan ambik spec terlalu rendah untuk storage, ram dan processor…sakit hati nanti kalau komputer slow macam siput…
Last one, Chromebook…chromebook ni nak guna kena online sentiasa, tak leh guna offline sebab dia bukan Windows based, dia Web based…
Tiada perasaan membahagiakan yang boleh digambarkan bila melihat rumah yang dihuni sentiasa bersih dan kemas tersusun.
Walau penat mengemas rumah untuk keluarga sendiri, tidak sedikit pun terasa rugi dirasakan. Itulah yang dikongsikan oleh Anis Syuhada.
Mengetahui lanjut apa lagi rahsianya untuk pastikan rumah sentiasa bersih, ikuti perkongsiannya.
Dalam kehidupan seharian kita kena ada 1 sifat iaitu disiplin. Dalam urusan mengendalikan rumah kita seharusnya perlu ada disiplin kalau tak biasa kita ubah sikit2 .
Perubahan ketara diri kita sendiri akan rasa bila rumah dalam keadaan bersih & kemas
1- sapu sampah walupun tak nampak sampah dengan mata kasar. Buktinya ampa akan peroleh hasil dari dalam penyodok & vaccum.
2- lap habuk walaupun nampak bersih tapi habuk tetap ada & wujud. Banyak @ sikit bergantung pada kerajinan kita. “Mak kami kata jangan sampai habuk seinci baru nak lap🤣”
3- selepas guna ruang kemas semula jangan harapkan orang lain kemas. Jangan tunggu nanti2 ini menyebabkan kita akan terbiasa untuk bertangguh untuk mengemas.
4- wajib kemas tempat tidur selepas bangun tidur jangan biasakan bilik dalam keadaan berselerak. Bilik tidur adalah salah satu ruang kita untuk berehat setelah seharian penat bekerja. Mood kita mempengaruhi persekitaran rumah kita.
5- wajib buang sampah sebelum waktu tidur jangan biarkan sampah semalaman terperap dalam rumah ia akan menimbulkan bau yang kurang senang. Pastikan juga tiada sisa makanan tertinggal dalam sinki.
6- elakkan menyimpan terlalu banyak kotak kerana akan mengundang lipas terutama dalam cabinet dapoq.
7- sapu sawang di atas ceiling bukan salah plaster ceiling jenis apa cuma kita kena rajin hatta kalau kita tak buat plaster ceiling sekali pun rumah kita akan ada sawang.
8- Jangan sesekali biarkan bilah kipas tebal berinci2 dengan habuk kena rajin kaih sambil menyapu boleh guys💃🏼 dekat kipas kita boleh tengok orang tu rajin bersihkan rumah or tak.
9- Lapik kaki 1 rumah basuh la seminggu sekali sebab kita akan lap untuk bersihkan kotoran pada kaki. Mak kata “jangan sampai lap kaki hang keraih mcm kayu sebab kotoq”
10- pinggan mangkuk yang nak guna sahaja perlu ada dekat pengetus pinggan segala besen tapih lepas kering simpan dengan rapi dibawah cabinet.
Penat-penat kemas rumah untuk kita keluarga kita sendiri maka tiada ruginya kita berpenat-berpenat untuk pastikan rumah dalam keadaan bersih. Kebersihan itu amat dituntut dalam islam juga agama lain.
Tak semua benda kita perlu bayar kadang-kadang kehidupan berubah kerana tindakan dari diri kita sendiri
Siapa sahaja yang tidak mahu mengubah hidup menjadi lebih baik daripada pelbagai aspek? Namun untuk berubah bukanlah mudah, meskipun semuanya terletak pada diri kita sendiri.
Menyentuh tentang perubahan diri, mungkin ada antara kita tercari-cari formula yang boleh dipraktikan dalam merialisasikan impian untuk menjadi orang yang lebih baik bukan sahaja di dunia malah setiap kebaikan tersebut akan membawa diri kita ke syurga firdausi.
Jadi apa kata kita fahami perkongsian daripada ustazah Asma Harun ini, menurutnya ada 5M yang perlu dilakukan. Apakah 5M yang dimaksudjan olehnya itu?
5M YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK PERBAIKI DIRI
SubhanAllah Allahu Akbar,
Sahabat, sebelum pejamkan mata, pejamkanlah juga segala kesedihan, kedukaan, keperitan, dan semua yang membebankan diri. Tetaplah menjadi seseorang yang berani untuk menghadapi hari esok dengan satu harapan dan perubahan.
Bagi yang sedang dalam proses berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, teruslah berusaha, kuatkanlah semangat. Sentiasalah perbaiki niat agar perjalanan hijrah tidak tercemar dengan perkara dunia yang sifatnya fana.
Malam ini, suka untuk saya kongsikan rahsia disebalik 5M yang perlu dilakukan untuk perbaiki diri.
1) M – Muhasabah
Dalam tak sedar, terkadang kita pasti melakukan beberapa kesilapan sehingga membuatkan diri tersedar bahawa bukanlah Allah yang menjauh daripada kita akan tetapi kita sendiri sebenarnya yang menjauhkan diri daripada Allah. Sahabat, muhasabahlah, perhatikanlah semula segala amalan-amalan kita, adakah ia cukup untuk dibawa dengan baik di akhirat kelak?
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hasyr: 18)
2) M – Mujahadah
Sahabat, berusahalah untuk lawan segala hawa nafsu yang membelit diri, jika tidak kita sendiri yang akan memakan diri. Allahu Akbar.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawanya (kemahuan atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.”
(Disebut Oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya hadis 40 Imam Nawawi bahawa hadis ini sahih)
3) M – Mu’aqabah
Makna Mu’aqabah adalah memberikan hukuman kepada diri sendiri. Apabila kita melakukan sesuatu dosa atau kesalahan maka hendaklah kita segera menghapuskannya dengan melakukan amal kebaikan walaupun terasa susah atau berat. Sebagai contoh, istighfar 100 kali, memberikan sedekah, mendirikan solat dan sebagainya.
Dengan cara ini, insyaAllah kita akan dapat mengajarkan diri kita untuk sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang Allah larang.
4) M – Muraqabah
Makna muraqabah adalah mendekatkan diri. Saat ingin perbaiki diri, usahalah untuk sentiasa merasai bahawa diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT sehingga mendatangkan kesedaran untuk sentiasa melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Kecuali yang telah ditakdirkan Allah padamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (maksudnya takdir telah ditetapkan).”
(HR Tirmizi, hadis sahih)
5) M – Mulazamah
Mulazamah bererti melazimi. Saat seseorang ingin mendekatkan diri kepada Allah, saat itulah perlunya untuk melazimi ilmu-ilmu agama agar dekat kepada-Nya bukan sebarang dekat, tetapi dekat kerana berpengetahuan. Dekat kerana sedar bahawa Allah-lah tuhan yang patut dan layak disembah, ditaati dan diletakkan segala pengharapan yang tinggi. Bukankah untuk memiliki sesuatu itu perlukan ilmu?
Bila disebut-sebut ada sekolah yang disenarai pendek menjadi antara sekolah terbaik dunia, tentu sahaja kita semua berasa bangga dan teruja. Apatah lagi buat warga sekolah tersebut, ianya suatu pencapaian yang cukup besar dan bermakna.
Bahkan sebagai ibu ayah juga tidak dinafikan turut terasa tempiasnya, maklumlah anak-anak belajar di sekolah tersebut. Pasti sahaja tumpang gembira di atas kejayaan mencipta rekod bertaraf dunia.
Lantaran itu, ucapan tahniah harus diberikan kepada dua Sekolah Amanah Malaysia yang ternyata cukup luar biasa pencapaiannya. Dua sekolah ini telah disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD250,000 (RM1.1 juta).
Memetik laporan Bernama, sekolah yang dimaksudkan itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori Inovasi.
Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor bagi kategori Menangani Cabaran.
Tiga lagi kategori adalah Cabaran Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar dan Menyokong Kehidupan Sihat.
Anugerah Sekolah Terbaik Dunia itu dilancarkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express pada tahun ini.
Beri Inspirasi
Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bertujuan meraikan sekolah yang memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi masa depan dan memberi sumbangan besar terhadap kemajuan masyarakat terutama semasa pandemik Covid-19.
Para pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022 di World Education Week dan setiap pemenang akan menerima AS$50,000.
Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, para finalis contoh terbaik sekolah yang mantap dengan kisah kejayaan yang memberi inspirasi.
“Kami amat berbangga kerana dua buah Sekolah Amanah Malaysia antara yang tersenarai membuktikan bahawa sekolah awam mampu menjadi antara yang terbaik di dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota pula berkata, sekolah disenarai pendek tersebut dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh.
“Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan.
“Kini para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini,” katanya.
Sumber : Bernama
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.