Sekali sekala teringin juga kita sekeluarga menikmati minuman istimewa yang dicampurnkan bersama pearl bubble. Rasanya yang kenyal-kenyal memang enak dimakan sambil menghirup air yang menyegarkan.
Jadi apa kata, ketahui cara mudah untuk hasilkannya. Hanya dengan merebus topiaca pearl atau juga dikenali sebagai sago yang ada dijual dipasaran bersama beberapa bahan-bahan lain seperti pewarna dan sebagainya, pearl bubble sudah tersedia untuk dinikmati bersama minuman kegemaran keluarga.
Hal yang sama juga dilakukan oleh Dyla Mahdaly, bilamana mencampurkan pearl bubble yang dimasaknya sendiri ke dalam air susu kurma. Nyata memberi rasa yang lebih enak dan tersendiri.
Pearl bubble cara saya…. Senang. Beli big tapioca pearl ni.. Amik yang besar… Kalau kecik boleh wat kuih sagu mata ikan…
Bahan-bahan:
Ads
Letak pewarna merah
Serbuk koko
Brown sugar
Cara penyediaan:
Ads
Masukkan air dalam periuk dan jangan lupa kena lebihkan sukatan air dari bubble pearl.
Kacau dan masakkan atas api sederhana. Sentiasa kacau, kalau tidok dia melekat di periuk.
Masak ni maybe ambil masa lama sikit sampai dia kenyal.
4. Lepas tu tapis… Dan boleh hidang dengan pelbagai air.
Hari tu nampak ais, susu kurma jadi boleh dicombinekan kena la dengan citarasa tekak.
Ads
Kalau nak gelap, letak pewarna hitam. Tapi sebab tak ada saya campur koko powder dengan pewarna merah.
Selamat mencuba…!
sumber : dyla mahdaly via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki rumah kediaman yang kemas adalah impian semua orang.
Apabila suasana dalam rumah kemas, sudah tentu kita berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Ini namanya, Rumahku Syurgaku. Tetapi sejauh manakah kita mampu menjadikan tempat tinggal kita itu bersih dan kemas.
Bukan calang-calang dapat memastikan rumah kemas tambahan pula dengan anak yang ramai dan masih kecil. Lebih hebat, tanpa bibik atau pembantu rumah.
Nak tahu caranya, seorang doktor berkongsi cara yang praktikal untuk mengemas rumah dengan mudah.
Ikuti perkongsian Dr Azirawati binti Ismail, Pakar Perubatan kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Rumah sentiasa kemas & tenang bagi ibu yang bekerja walau tanpa bibik
Setiap wanita terutama yang bekerjaya semestinya sentiasa mahukan yang terbaik utk keluarga. Perasaan serba salah itu pasti singgah kerana 1/3 masa sudah dihabiskan di tempat kerja malah ada yang lebih dari tempoh itu.
Apabila pulang ke rumah, kerja rumah pula yang ‘menanti’. Keperluan anak-anak dan suami juga perlu dipenuhi pada masa yang sama. Tak kan lah hendak memesan makanan dalam talian senantiasa kan? Semestinya air tangan ibu juga yang didambakan.Begitu juga si suami mengharapkan dapat memakan hasil tangan isteri sebolehnya, terutama bagi suami yang tidak tahu memasak. Sementelah lagi musim pkp ini tidak mudah mencari kedai makan yang kena dengan selera.
Tidak semua orang mampu mempunyai ‘bibik’. Jika mampu pun tidak semua bernasib baik mendapat bibik seperti yang diharapkan. Jadi di bawah adalah petua yang boleh digunakan untuk memastikan rumah kita dalam keadaan selesa sentiasa di samping ‘perut’ ahli keluarga kenyang dan ibu juga tidak stress.
1) BELAJAR MINIMALIS BARANGAN RUMAH
– belajar menyimpan HANYA barang-barang yang diperlukan SHJ termasuk perabot. – tidak perlu sayang untuk melepaskan barang-barang yang tidak digunakan/diperlukan – mana-mana barang yang boleh dilepaskan boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya – kalau kita perasan sebenarnya kita banyak menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah yang menyebabkan rumah nampak penuh dan sarat – kajian menunjukkan jika barangan tersebut kita tidak guna selama 6 bulan sebenarnya kita tidak memerlukan barang tersebut dan bolehlah kita lepaskan kepada mereka yang memerlukan
2) WUJUDKAN SATU STOR – stor ni pun suatu yang amat penting supaya jika kita sayang untuk buang atau lepaskan barang-barang kita boleh simpan di dalam stor sementara kita berfikir ke mana kita nak lepaskan barang ini utk selama-lamanya. – jika kita letakkan di tepi-tepi sudut pun sebenarnya ia amat mengganggu penglihatan dan lama kelamaan membuatkan tempat tersebut berhabuk.
3) ELAKKAN MEMBUAT KERJA YANG SAMA SETIAP HARI
– Jika kita perasan kenapa kita asyik buat kerja yang sama setiap hari, kemas sudah rumah tetapi esok kena kemas lagi. – ini berkait rapat dengan perkara no 1 tadi. Kerana kita menyimpan ‘sampah’. ‘Sampah’ itu bersepah dan kita kemas lagi dan lagi dan lagi. – cuba kita buang ‘sampah’ ini dan kita dapati kita tidak perlu lagi mengemas ‘sampah’ ini lagi. – contoh: di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk. Hari ni kita buang habuk itu dan esok berhabuk lagi dan kita buang lagi..kalau kita minimise kan hiasan dan habuk akan berkurang. Jadi kita tidak perlu buat kerja yang sama setiap hari.
4) SEDIAKAN RUANG KHUSUS UNTUK ANAK ‘MENGEMAS’ -bagi yang ada anak kecil seperti saya juga, amat sukar untuk kita melihat rumah kita seperti istana setiap hari dan setiap saat. Agak mustahil juga kita hendak melarang mereka dari ‘mengemas’ sebab itu memang ‘nature’ mereka sebagai budak dan cara mereka menonjolkan kreativiti. – jadi kita sediakan ruang utk mereka tonjolkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama kita hanya perlu ‘lapangkan hati’ dan ‘butakan mata’ melihat tempat mereka ‘bekerja’. – boleh ajar mereka untuk mengemas kembali tempat mereka selepas bermain.
5) AJAR ANAK-ANAK MENGEMAS BILIK, TANDAS & BARANGAN PERIBADI MEREKA – anak-anak seharusnya dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi. Kerana mereka yang guna sendiri. Jika mereka boleh lihat bilik/tandas kotor ianya melambangkan sikap peribadi mereka. – mula-mula kita latih dulu mereka untuk membersihkan bilik air dan buang sampah. Lama-kelamaan mereka akan ikut dan buat sendiri. – latih dari kecil supaya bangun sahaja dari tidur mereka perlu lipat selimut dan waktu hujun minggu arahkan mereka untuk mengemas bilik masing-masing. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.
6) JANGAN LARANG ANAK UNTUK MENOLONG KITA – mendapat anak-anak yang rajin ni adalah suatu nikmat. Tetapi yang menjadi contohnya adalah kita ibu bapa. -jika anak ingin bantu kita untuk membuat sesuatu kerja rumah, jangan larang mereka, malah perlu galakkan mereka dan betulkan apa yang sepatutnya walaupun masih kecil. -jika kita melarang, mereka akan merasakan kita merendahkan mereka dan tidak hargai mereka dan menjadikan mereka kecewa untuk membantu lagi. Bila besar nanti susah nak disuruh pula. – galakkan juga mereka membasuh pinggan dan pakaian sendiri dan juga bahagikan tugasan selepas makan siapa basuh pinggan, tiarap pinggan, kemas meja dll.
7) SIAPKAN KEPERLUAN AHLI KELUARGA DAHULU -kenali sifat ahli keluarga kita.Jika anak-anak dan suami jenis yang bangun pagi terus mencari nasi, maka sebolehnya kita sediakan dahulu makan minum mereka dan barulah kita buat kerja rumah yang lain. – jika perlu ajak suami dan anak-anak masuk dapur sekali menolong atau menyiapkan tempat makan dll – ahli keluarga kenyang, ibu pun happy dan tidak stress.
8) JANGAN BIARKAN KAIN BERTIMBUN – kain baju yang bertimbun ni sebenarnya satu stress dalam rumahtangga sebab tidak senang mencari kain-kain ‘tersembunyi’ terutama jika nak cepat. – jadi jika tiada masa melipat kain boleh tetapkan satu keadaan contohnya apabila kain ada 2 bakul jer mesti kena terus lipat. Atau bila nampak baju suami dah hampir separuh dah terpakai mesti kena lipat kain. – sesetengah orang semasa menyidai kain mereka terus menggunakan hanger bagi kain yang sepatutnya. Dan apabila angkat tidak perlu dilipat.terpulang atas kreativiti.
9) CARI PEMBANTU YANG SESUAI
-pembantu yang saya maksudkan ini adalah yang menolong kita memudahkan urusan kerja rumah. – cth : alat bantuan memasak, mesin dryer, steam iron, vacuum dll mengikut kesesuaian dan keperluan dalam sesuatu rumahtangga. – alat bantuan memasak ni amat banyak sekarang dan isteri perlu bijak memilih supaya walaupun canggih jika tidak digunakan pun ia akan melibatkan pembaziran. -para isteri perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak dalam konteks ini dan perlu berbincang dengan suami.
10) AJAK AHLI RUMAH BERSAMA-SAMA -paling penting kerjasama antara ahli rumah. Kerja rumahtangga ni bukan kerja isteri seorang atau suami seorang atau diberikan kepada anak-anak. – kita nak hidup bahagia dan tenang kena tenang semua ahli rumah. Jadi semua kena bekerjasama untuk mencapai ketenangan dalam rumahtangga. -contoh jika kita ibu, kita jenis orang yang suka buat kerja rumah dan berada dalam rumah.Jadi suami boleh ambil ‘port’ berkebun dan membersihkan kawasan di luar rumah. Angkut anak-anak sekali untuk membuat kerja rumah. Ni antara perkongsian hari ni. Cukuplah 10 point. Jika ada lagi kita boleh tambah selepas ini. Sebenarnya perkara paling penting adalah minimalis barang-barang rumah..Apabila ‘sampah’ dibuang sebenarnya banyak masa yang kita boleh luangkan dengan diri sendiri dan juga boleh luangkan masa dengan membaca dan menimba ilmu.
Kolesterol yang tinggi antara punca risiko kepada pelbagai penyakit. Pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti lemak, minyak dan sebagainya antara yang patut dielakkan.
Dalam penyediaan masakan Melayu, kita tidak terlepas daripada mengambil jenis makanan kaya lemak ini dalam menu harian seperti makanan bertumis dan bersantan. Namun semua ibu harus lebih bijak menyediakan jenis makanan yang lebih sihat dan bebas daripada kolesterol tinggi untuk keluarga.
Pun begitu ada caranya untuk memastikan kolesterol yang tinggi dapat dikurangkan pada kadar yang lebih baik. Saudari Noor Azlina berkongsi caranya untuk mengurangkan kolesterol dengan hanya mengamalkan dua bahan terpilih sahaja.
Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini merupakan saranan daripada seorang doktor. Jom kita cuba!
Disini Kak Noor nak kongsi ilmu yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor, iaitu tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.
Bahan-bahan:
Buah nenas
Sayur sawi
1. Kisar halus dua bahan ini sampai jadi jus.
2. Minum sekali sehari.
3. Amalkan minum jus ini setiap hari.
Insyaallah dengan izinNya, kolesterol akan dapat diturunkan dengan cepat. Insyallah.
Turunkan Kolesterol Tinggi?
#Sayuran Hijau
Selain sawi dan nenas yang dikongsikan wanita ini, sayuran berdaun hijau antara yang disarankan untuk menurunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Sayuran berdaun hijau memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Bayam, kacang buncis, kacang panjang dan banyak lagi jenis sayuran hijau antara yang disarankan.
#Kekacang
Walnut, badam dan segala jenis kekacang dapat mengawal kolesterol daripada terus berkumpul di dalam badan. Serat yang tinggi membantu menyingkirkan kolesterol ini.
#Oat
Begitu juga dengan oat. Oat merupakan makanan yang dapat menyerap dan sekaligus menyingkirkan lemak dan kolesterol yang terkumpul di dalam badan. Amalkan oat ini setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resepi kuih bom ini memang menjadi pilihan para pembaca laman web kami.Manakan tidak, kuih ini antara yang popular dan mudah didapati di gerai menjual kuih.
Boleh cuba resipi ni. Makan panas memang sedap.
Bahan – Bahan Untuk Doh Resepi Kuih Bom
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan
Air secukupnya untuk menguli doh
Bahan Inti Kacang Hijau :
250 gram kacang hijau yang direndam sekurang-sekurangnya 2 jam
1 keping gula melaka di racik halus
1 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum
Cara Penyediaan Inti Kacang :
#1: Rebus kacang hijau dengan air yang banyak sehingga kembang dan air hampir kering. Kecilkan api . Apabila hampir kering , masukkan kelapa parut, gula melaka dan gula sebatikan . Kemanisan bergantung pada pilihan anda.
#2: masukkan tepung gandum dan kacau sebati . Tutup api dan sejukkan . Selepas itu , bulatkan inti kecil – kecil .
Tips – Inti yang lebih jangan dibuang. Simpan dalam peti tuk kegunaakan kuih koci , kuih gulung.
Cara Penyediaan Resepi Kuih Bom :
#1: Satukan gandum, tepung pulut dan garam.Tambah air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh dan tepung tidak lekat di tangan. Ambil sedikit doh tadi dan masukkan inti.Gentel bulat .Kalau nak cantik sama saiz boleh timbang doh.
#2: Masukkan bijan dalam bekas besar lain. Sebelum gelekkan doh di dalam bekas, spray dulu air kepada bahagian luar doh.Baru gelekkan melawan pusingan jam.
#3: Rehatkan doh kuih bom seperti tips di atas dan barulah digoreng dengan api sederhana dan minyak yang banyak supaya kuih terendam.
Memang menjadi cara ini dan anda boleh cuba resepi kuih bom sendiri dirumah dengan kepelbagaian inti seperti inti kelapa,inti kacang merah ya.
Sumber: Puan Mas Cotek via daridapur.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.