Pelbagai video dan gambar-gambar yang dikongsikan sepanjang banjir besar yang melanda negara saat ini terutama di negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Namun video yang satu ini meruntun hati ramai. Seorang ibu dilihat sedang membawa bayinya yang diletakkan di dalam besen mandiannya untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Tidak mahu terbeban mengendong bayi sambil mengharung arus deras, ibu dan bapa ini tekad meletakkannnya di dalam besen mandi.
Bayi yang berusia beberapa bulan itu kelihatan tenang berada di dalam besen mandian, dipayungi ketika hujan dan hanya memandang wajah ibunya sahaja.
Ads
Perkongsian video ini mendapat tontonan sehingga 3.8 juta di laman Tik Tok dan padat dengan doa rakyat jelata apabila ramai yang mendoakan untuk rakyat negeri yang mengalami banjir terus kuat!
Ramai juga yang meninggalkan komen supaya berhati-hati membawa bayi di dalam besen berkenaan kerana pernah ada kes bayi hanyut dan maut semasa bencana banjir yang lepas.
Ads
Jumlah mangsa banjir di negara ini terus meningkat bermula pagi semalam, apabila mencatatkan seramai 119,701 orang yang terjejas di sembilan negeri.
Antara negeri yang terjejas sehingga kini adalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor, yang mana ia membabitkan 38 daerah.
Ads
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 119,701 orang daripada 36,032 keluarga ditempatkan di 697 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 pagi.
Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina. Malah kelahiran anak-anak adalah cahayamata yang menyinari rumahtangga. Pastinya kita berdoa untuk kebahagiaan buat keluarga.
Wanita ini kongsi amalan doa untuk manfaat bersama.
Kita terlalu sayangkan pasangan dan anak-anak kita. Jadi apakah doa terbaik yang perlu di mohon kepada Tuhan setiap pagi untuk diri kita dan orang-orang kesayangan kita?
Ya Bari’, Ya waliy, Ya wakil,
Wahai Tuhan yang Maha Merancang, Mentadbir, Mengatur, Menyusun segala sesuatu di atas muka Bumi ini, aku serahkan segala urusan diriku, suamiku, anak-anakku (sebut nama) kepadaMU untuk ENGKAU atur, rancang, tadbir dan susun sebaik mungkin kerana ENGKAUlah sebaik-baik Pengatur.
Ya Allah, Jagalah diri kami, hati kami, iman kami, kesihatan kami, keselamatan kami, maruah kami, kerana ENGKAU lah sebaik-baik penjaga.
Ya Zal jalali waliqram. Wahai Tuhan yang memiliki Zat Kebesaran dan Kemuliaan.
Jauhilah kami daripada mara bahaya, kecelakaan, kemalangan, bencana dunia, perbuatan khianat maklukmu dan segala anasir jahat. Hanya kepadaMU lah kami berserah dan memohon pertolongan.
Ucaplah doa ini setiap pagi. Serahkan segala urusan kita kepada Tuhan kita. Kerana kehidupan kita, pasangan dan anak-anak kita bukanlah di bawah gengaman kita.
Walaupun mereka berada di pandangan mata kasar kita, mahupun tanpa pengawasan kita, hati kita InsyaAllah akan tenang kerana kita telah serahkan kepada sebaik-baik penjaga.
Itulah konsep pergantungan kita kepada Tuhan kita.
Kredit: Norzi Malek
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasak memang menjadi kegemaran wanita, namun bagi yang bekerjaya tentu memerlukan cara masakan yang cepat dan mudah. Lantaran itu ada yang menyediakan bahan masakan asas seperti ibu sambal, pes kari dan sebagainya yang di simpan dalam peti ais.
Malah ada juga yang memasak makanan untuk disejukbekukan. Nak makan hanya perlu panaskan sahaja. Namun, ada segelintir agak was-was mengenai keselamatan dan kualiti makanan jika berbuat demikian terutama makanan yang telah di masak yang disimpan dalam tempoh yang lama.
Malah tular perkongsian seorang suami yang menghargai masakan isterinya yang menyediakan lebih 30 jenis lauk, bagaimanapun telah mendapat pelbagai rekreasi yang tidak sedap didengar mengenai cara keluarga ini.
Rentetan itu, Pakar Kimia Dr Fatimah Salim menjelaskan cara berkenaan suatu usaha yang menjimatkan masa bagi keluarga yang mempunyai rutin yang sibuk. Namun beliau menegaskan bahawa, cara penyediaan dan penyimpanan perlu betul supaya makanan kekal selamat dan berkualiti. Ikuti lanjut penjelasannya.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai perkongsian di group MAHN seperti ss di bawah: makanan siap masak yang disediakan dan disejukbeku.
Bagus sebenarnya kaedah tuan yang menyiarkan ini. Jimat, cepat dan mudah. Apa lagi untuk mereka yang mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan suami isteri keduanya bekerja.
Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
Ketahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Tips: • Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan. • Keluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan. • Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Kenal tak daun selom? Ia adalah antara ulam boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau nak lebih khasiat elok dijadikan ulam. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak.
Memang banyak khasiat antaranya mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C.
Bagi yang suka ulaman ni, apa kata cuba tanam di rumah. Musim PKPB ni boleh lah bercucuk tanam. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan batang daun selom yang dibeli di kedai. Tak perlu nak kena pergi ke kedai nurseri untuk cari benihnya. Beli je ulam ni dan guna batangnya untuk tanam.
Menerus perkongsian puan Nur Aida Md Zainudin, beliau hanya cucuk keratan batang pada tanah. Jika nak guna pasu pun boleh. Tak Sampai seminggu dah tumbuh tunasnya. Cuma kena hati-hati sebab siput suka ulam ni, nanti daun pun tak cantik.
Ikuti perkongsiannya.
1.Batang dipotong ikut ruas selom. Rendam dalam air. Ruas itu nanti akan keluar akar.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam, akan keluar akar melalui batang selom (pastikan selalu tukar air rendaman)
3. Tanam batang yang berakar ini secara melintang.
4. Tutup dengan tanah dan siramkan. Pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Tanam selom ini mudah dan tak perlu tunggu masa lama. 2-3 minggu dah boleh tuai hasilnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.