Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Ads
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Ads
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
Ads
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sesungguhnya bahagian seorang anak adalah apabila ibu ayahnya tidak memaksanya untuk melakukan perkara yang diluar kemampuannya. Malah ia turut memberi kesan kepada dirinya untuk menunjukkan potensi lain dalam dirinya selain akademik.
Tidak dinafikan, setiap ibu ayah akan risau mengenai pembelajaran anaknya terutama apabila anak usia enam tahun masih tidak tahu lagi membaca dengan lancar. Lebih menakutkan tahun hadapan akan ke sekolah rendah. Memang stres je rasanya.
Namun pendapat Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Norazura Ismail ini mampu memberikan kelegaan kepada ibu-ibu di luar sana. Kenapa tu? Ikuti pendapatnya ini.
Apa salahnya jika anda cuba melihat dan mengenalpasti selain kecerdikan dalam akademik, apakah kelebihan dan keistimewaan anak anda ini dari sudut yang lain. Mungkin anak anda pandai melukis.
Belajarlah memahami potensi lain dalam diri anak.
Anda boleh memberi dorongan kepada minat dan hobi melukisnya. Pujilah dia bila dia boleh menghasilkan satu lukisan yang istimewa walau dalam masa yang sama dia gagal menunjukkan kemampuan dalam pelajarannya.
Dia sebenarnya insan yang istimewa kerana dia boleh menzahirkan imiginasinya dalam bentuk lukisan yang cantik. Dia sebenarnya seorang yang sangat kreatif dalam berfikir dan menghasilkan idea. Tidak mustahil, dengan minat apatah lagi ada dorongan dan galakan yang berterusan dari anda, hobi yang diminatinya ini boleh memberi kejayaan kepadanya di masa depan. Anda boleh galakkan anak untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang kemahiran yang diminatinya.
Kesilapan besar kita sebagai ibubapa ialah apabila kita menilai anak hanya dari segi akademiknya.
Kesalahan kita sejak dari anak kita mula masuk TADIKA ialah kita hendak sangat anak kita cepat pandai walaupun baru masuk TADIKA. Ibubapa pasti akan merunggut atau bising bila anak yang belajar di TADIKA lambat dapat menguasai kemahiran membaca. Kita sering beri galakan dari sudut kepandaian akademik hingga kita lupa bahawa kemampuan anak mungkin tidak sama dengan harapan kita.
Oleh kerana kita meletakkan harapan yang sangat tinggi pada anak yang masih di awal usia itu, hingga kita lupa untuk menggilap potensi diri anak dari aspek perkembangan yang lain. Kita sebagai ibubapa kekadang lupa untuk melihat potensi dan kemampuan anak dari sudut yang lain. Dan kita juga lupa untuk beri pujian pada anak dari sudut yang lain.
KESILAPAN 1
Jom lihat satu contoh. Ada anak kerana telah diberi latih tubi yang berterusan dari awal maka dia boleh membaca seawal 3 tahun tetapi anak ini kurang pandai bergaul dengan kawan-kawan sebayanya. Ibubapa mungkin nak anak fokus pada membaca hingga lupa bahawa dunia anak adalah bermain dan terus bermain. Ruginya anak-anak awal usia yang tidak diberi peluang untuk mengisi sepenuhnya ruang dalam kehidupannya untuk bermain. Seketika kita lupa bahawa dengan bermain anak-anak belajar pelbagai perkara.Tak salah mendedahkan anak pada pembacaan awal, yang salah ialah bila memaksa anak dan meletakkan harapan yang tinggi supaya anak-anak cepat pandai membaca sama seperti anak orang lain. Biarlah anak-anak awal usia ini memilih minat dan kecenderungan mereka sendiri.
KESILAPAN 2
Jom lihat pula apa berlaku di TASKA@TADIKA maupun anak-anak yang baru memasuki Tahun satu di Sekolah Rendah. Pengasuh pendidik maupun guru di TASKA TADIKA dan sekolah sering membandingkan anak-anak dari sudut kepandaian akademiknya. Anak yang cepat pandai membaca di awal usia, anak itulah yang selalu dipuji pengasuh pendidik@ guru. Manakala anak yang agak aktif dan banyak bertanya apatah lagi lambat sedikit menguasai pembacaan, anak itu tidak dipandang dan akan sering dimarahi. Para pendidik pun suka anak-anak yang pandai sebab itulah yang diamanahkan oleh ibubapa yang menghantar anak ke TASKA TADIKA atau Sekolah. Untuk seketika kita semua lupa bahawa anak-anak adalah berbeza dari pelbagai sudut. Kita lupa untuk memahami setiap anak adalah berbeza.
KESILAPAN 3
Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah, cuba kenalpasti potensi diri anak. Fahami anak dari sudut sikap, tabiat, kecerdikan dan juga kemahiran yang dimilikinya. Jika anak anda berpotensi besar dalam akademiknya, beri galakan untuk anak meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya untuk anak yang kurang pencapaian akademiknya, kenalpasti kemahiran yang diminatinya. Bimbing anak untuk menggilap kemahiran yang dimilikinya. Puji anak yang mempunyai bakat@potensi dalam bidang kemahiran tertentu. Jangan samakan anak yang cerdik akademiknya dengan anak yang mempunyai kepandaian kemahiran dalam sesuatu bidang. Berlaku adil lah pada anak-anak anda sendiri.
Kesimpulannya, saya tekankan lagi setiap anak adalah tidak sama jadi belajarlah memahami perbezaan anak-anak. Paling penting peranan kita kita sebagai ibubapa ialah untuk beri peluang kepada anak memiih sesuatu yang diminatinya. Jangan sesekali memaksa anak dalam menentukan minat atau memilih bidang yang ingin diceburinya. Anda perlu bertindak sebagai penasihat@pembimbing bukan sebagai diktator yang menentukan masa depan anak-anak anda sendiri. Doakan kejayaan anak-anak kita dalam apa jua bidang yang diceburi @ diminatinya. Semoga anak-anak kita berjaya bukan sahaja dalam kerjayanya di dunia malah juga kejayaan di SANA jua.
Kesibukan dalam urusan kerja lebih-lebih sang isteri seorang pegawai perubatan yang selalu ‘on call’ bagaimana pun tidak membatasi hubungan mereka suami isteri.
Malah, sejak dahulu lagi Sang suami cukup terkenal dengan karakternya yang bersahaja namun sangat romantik orangnya.
Sempena ulang tahun ke enam mereka yang jatuh pada 23 Ogos yang lalu, Ustaz Don telah berkesempatan membuat ‘surprise’ untuk isterinya Dr Husna Zahry Rafie.
Jika tahun lepas dia menyamar sebagai ‘pesakit’ yang datang ke hospital dengan membawa sejambak bunga buat isteri tersayang, kali ini dia telah membawa isterinya keluar ‘lunch’ berdua di sebuah hotel.
Lebih istimewa lagi, ulang tahun kali ini cukup bermakna bila mana pasangan ni bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Dr Husna di dalam postingnya turut memuat naik satu video ultrasound yang menunjukkan dia kini sedang berada dalam trimester kedua.
Menerusi kapysennya, Dr Husna memberitahu kali ini agak berbeza dengan dua kehamilan sebelum ini. Beliau terpaksa berhadapan dengan alahan yang teruk termasuklah muntah, mual selain keletihan yang melampau.
Perkongsian tersebut nyata menggembirakan pengikut pasangan ini di instagram. rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan buat Dr Husna dan kandungannya.
mashafiykamohdhalimBest congratulations ? Alhamdulillah Alhamdulillah may Allah keep you in His best health and ease the journey of yours ?
einnanuarTahniah! To both of you Doc @husnazahry n @ustazdon… kita agak kan dah boleh rasa, kali ni kandungan awak in shaa Allah baby girl.. lain mcm pembawakan nye. Take care Doc, semoga terus kekal sihat bertenaga dan positif sepanjang pregnancy period ni.. aminn???
nurhaslindaahmadHappy Anniversary buat Ustaz Don & Husna, semoga segalanya dipermudahkan untuk kalian berdua, Aamiin..congrats P/S ~ suka tengok famili Ustaz Don & Husna ?
idanereidaCongratulations to both of you. Happy anniversary..ustaz & Husna. You are such an inspired love life to others. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian sekeluarga & your new baby inside your womb ??
mua_anamarinaAlhamdulillah. Dan tahniah atas ulangtahun perkahwinan dan bby yg bakal lahir nnt….tahniah ustaz don n wife dr. husna????? moga sentiasa mjdi kuarga sakinah…aamiin.
nanazakuan@husnazahry Subhanallah Alhamdulillah tahniah for the double joy of happiness. Love n Hugs ? ❤️
aaysszWUAAAH Husnaa! Congratss ?? So happy for you guys, insaAllah you will have a easy pregnancy from now on and take your baby in your arms healthy ?
Inilah kejutan untuk hari jadi terawal yang dibuat oleh Ustaz Don dengan menyamar sebagai pesakit kepada Dr Husna. Romantik kan ustaz Don ni!
Seorang Wanita lahirkan bayi seberat 5 kilogram iaitu sama berat dengan saiz sebiji bola boling.
Memetik berita dalam Mirror, wanita yang dikenali sebagai Helen Sellers, 34, berkata beliau sudah diberi amaran tentang fizikal bayi yang agak besar semasa hamil dahulu tetapi tetap terkejut apabila sudah melahirkannya.
Bahkan di kalangan keluarganya juga turut bertaruh untuk meneka berat bayi dalam kandungannya dan salah seorang sepupunya meneka berat bayi Helen lebih kurang 5 kilogram. Namun bagi Helen tekaan tersebut agak ‘nakal’.
Bagaimanapun bila bayi yang diberi nama Celia dilahirkan, doktor dan jururawat terkejut semasa menimbang bayi tersebut yang mencecah berat 5 kilogram lebih.
Helen yang berasal dari Leeds, Yorkshire bersama suaminya, Carl turut mempunyai seorang lagi anak bernama Roman yang juga mempunyai berat badan berlebihan iaitu 4 kilogram semasa dilahirkan.
Katanya, Carl mempunyai ketinggian 6 kaki 7 inci, tetapi dia bukanlah seorang bayi besar, jadi kami tidak pasti kenapa Celia boleh mempunyai berat berlebihan.
Semasa hamil, saya dimaklumkan bahawa bayi ini berkemungkinan besar tetapi tidak sebesar Roman.
“Saya tidak menyangka Celia seberat itu dan tekaan sepupu saya ternyata betul ketika kami bermain tekaan berat badan bayi dalam perut saya,” katanya, lapor Mirror.
Oleh kerana berat yang berlebihan, Celia terpaksa memakai pakaian untuk bayi berusia tiga ke enam bulan sebaik dilahirkan kerana tiada pakaian yang sesuai untuk bayi yang mempunyai berat sepertinya.
Menurut Helen dia telah membeli beberapa pakaian dan barangan bayi dari usia kosong hingga tiga bulan dan kini Celia sudah memakai pakaian bayi berusia 3 hingga 6 bulan.
Helen turut mendedahkan bahawa bidan hospital memberikan reaksi lucu terhadap saiz Celia semasa lahir.
“Bidan ketawa sedikit dan mengatakan dia betul-betul besar. Celia menjadi topik perbualan di wad, dan mereka semua mahu datang melihatnya kerana saiznya sangat besar.”
Untuk melahirkan Celia, Helen terpaksa menjalani pembedahan dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkannya. Sejujurnya, dia mahu melahirkan bayi secara normal, tetap berasa lega tidak melakukannya kerana tak pasti bayinya boleh keluar atau tidak katanya seperti dilaporkan Mirror.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seramai 8,909 pelajar berjaya ditawarkan ke 56 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara bagi kemasukan sesi 2025.Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Datuk...