Seorang kanak-kanak kecil yang mempunyai masalah kesihatan baru-baru ini berpeluang bertemu muka dengan Datuk Rizalman yang merupakan idolanya.
Apa yang menyentuh hati dan membuatkan warganet sebak bila mana pereka fesyen tersohor tersebut berkongsi momen di laman instagramnya.
Ketika saya mula dipertemukan dgn @airen_lerr dahulu.. saya diberitahu beliau di dalam proses tahap kesihatan yg akan melalui kehilangan pandangan nya akibat penyakit yg di alami nya, hasrat beliau adalah utk bertemu saya sebagai idola nya.
Ads
Saya lekas2 bersetuju menemui beliau serta mempelawa untuk menyaksikan KesumaJiwa sebagai peristiwa istimewa yg terakhir sebelum kehilangan deria mata.. (di dalam hati saya berdoa semoga beliau sempat dan beliau sendiri tidak mengetahui keadaan kesihatannya ketika itu).. namun semenjak seminggu yg lepas, Airen sudah tidak lagi melihat.. beliau tidak sempat menyaksikan wajah saya. . . Beliau meminta ayahnya bahwa beliau ingin meraba wajah saya sebagai gantian kepada deria mata yg hilang itu…. saya telah berjumpa dengan ‘kesuma’ saya, bunga yg senantiasa akan mekar di taman syurga. . . #kesumajiwa2020
Airen Nurain atau manja dipanggil Ain, berusia 12 tahun, sering mengikuti perkembangan Rizalman di IG. Menerusi perkongsian yang di IG Rizalman sebelum ini, adik Ain ada berhasrat mahu berjumpa dengan pereka fesyen terkenal itu, selepas seorang indivdu telah memaklumkan mengenai impian anak istimewa itu kepadanya.
Ads
Diberitahu, mereka sedaya upaya mahu menunaikan hasrat Ain sebelum dia menjalani rawatan. Ini kerana, keadaan kesihatan Ain sudah merosot dengan penyakit buah pinggang kronik, ditambah pula Ain disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.
Disebabkan ketumbuhan itu, penglihatan Ain terjejas teruk dan kemungkinan besar dia bakal buta. Oleh itu, ahli keluarganya mahu segera menunaikan impiannya, agar sempat melihat idolanya.
Rasanya masih sempat lagi untuk kita mula menabung duit bermula Januari ini tahun 2022. Tinjauan di socmedia mendapati rata-rata warganet berkongsi hasil tabungan mereka selama setahun pada tahun lepas.
Warganet yang melihat cara simpanan begini begitu inspirasi. Ada juga yang berkongsi tip dan berkongsi gambar. Apa yang pasti, perkongsian ini akan ‘membakar’ semangat untuk menyimpan selama setahun.
Sebagaimana perkongsian wanita ini. Memang membuatkan ramai yang teruja. Tak cuba tak tahu. Mana tahu tahun ni, ada yang sanggup melakukan bisnes sebagaimana wanita itu demi mengumpul duit.
Jom lihat perkongsian ini.
Hasil menabung 1/1/2021. Target 1k sebulan. Setahun leh la 12k.Alhamdulilah. Allah bagi lebih Rm12,700.
Baru beli sebentuk cincin semalam. Niat nk belii gelang tapi suami kata baru je beli gelang-gelang arwah ma bulan 9 hari tu. Simpan cash la pula. Nak tak nak kena akur.
Jomm lah start menabung utk 2022 pula!
Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa terinspirasi cara wanita itu menabung. Ada yang bertanya bagaimana dia berjaya mengumpul duit dalam jumlah yang banyak setahun.
Wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia melakukan perniagaan menjual barangan daripada Kelantan. Dengan cara itu membantunya mengumpul duit selama setahun.
Dalam pada itu, warganet juga turut berkongsi hasil tabungan mereka selama setahun. Ada yang baru nak mula untuk menabung.
Apa pun, sempena tahun baru ni, semoga istiqomah sampai hujung tahun untuk menabung.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Sempena bulan puasa ini, apa kata cuba resipi ini buat keluarga sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perkongsian bapa bernama Basri Husin pasti memberi inspirasi kepada orang lain baik yang normal mahupun Orang Kelainan Upaya untuk mengejar cita-cita dan berjaya tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai satu penghalang.
Semangat dan dorongan isteri antara pembakar semangat buat bapa kepada dua anak ini. Jom baca kisah lelaki ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada kisah hidupnya ini yang mungkin berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
KALAU TIDAK BUAT UNTUK DIRI SENDIRI, BUATLAH UNTUK ANAK-ANAK
Takdir berkerusi roda sudah lama ku terima. Masakan tidak, banyak aktiviti setelah berkerusi roda aku ceburi. Dari memandu, berskuba sehinggalah umrah. Semuanya boleh dilakukan.
Namun untuk kembali menulis tesis amatlah sukar. Hendak menjeling tesis pun malas apatah lagi hendak menyiapkan saki-baki bab penulisan.
2 Semester berlalu begitu sahaja. Aku daftar agar tidak luput pencalonan. Aku daftar kerana nak ambil hati semua orang. Padahal tesis tidak berjalan. Aku tidak menulis pun!
Aku masih mencari kata-kata sakti. Kata-kata yang melonjak motivasi diri. Yang mendorong dengan tindakan. Bukan yang sekadar khayalan.
Segala pujukan dan kata-kata dorongan orang sekeliling aku terima. Tetapi tidak dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan.
Seperti biasa, isterilah tidak jemu-jemu memujuk. Sehinggalah suatu hari, pujukan itu berbentuk sentapan. “Baba,buatlah tesis”. Lantas aku segera jawab “buat apa nak buat tesis lagi, aku kan dah lumpuh, ”. Sungguh beremosi aku pada haritu. Tak tahu entah kenapa.
Riak isteri sudah berbeza, tutur katanya sedikit tinggi tetapi tersentap terus ke dalam jiwa. “Ye memang awak dah lumpuh, jadi buat sesuatu yang buat anak bangga, memang kaki awak tak boleh begerak, tapi otak awak boleh pakai lagi”.
Beliau meneruskan leterannya, kali ini kata-katanya luar biasa. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak-anak”. Beliau terus ke dapur meninggalkan aku dengan kata-kata tersebut.
Tersentak!
Sambil melihat anakku diruang tamu, air mataku tiba-tiba bergenang.
Kata-kata ini sungguh keramat diungkapkan oleh isteri. Ia bagaikan satu dorongan untuk terus berusaha demi kepentingan anak-anak. Memang itulah yang aku cari, sekiranya aku tak nak buat untuk diriku, buatlah demi anak-anak. Biar mereka membesar dengan penuh semangat dan motivasi. Motivasi yang tidak akan melumpuhkan semangat mereka kerana mereka mempunyai bapa yang bersungguh-sungguh untuk masa hadapan mereka.
Ia juga sebagai senjata dan persediaan sekiranya kawan-kawan ingin buli mereka berdua. Berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
Pada usia Humaira dan Firdaus yang masih muda. Mereka tak mengerti apa-apa yang mengapa babanya berkerusi roda. Aku yang berkerusi roda tidak di anggap sebagai orang sakit. Kerana aku mengubah pemikiran mereka. Berkerusi roda tapi boleh buat apa sahaja. Dari memandu, pergi umrah sehinggalah berskuba. Namun aktiviti tersebut sekadar aktiviti biasa.
Menghabiskan PhD akan membuat mereka lebih bangga.
Saat paling menggembirakan anak-anak adalah apabila aku kembali memandu dan menghantar mereka berdua ke sekolah. Wajah mereka bertukar ceria.
“Yay!!! Baba hari ini Baba hantar saya ke sekolah”. Pernah aku bertanya, “Humaira malu ke Baba hantar pergi sekolah? Nanti kawan-kawan cakap “ayah awak cacat” pakai kerusi roda.”
“Tak! Saya suka, Ayah saya walaupun pakai kerusi roda dia buat PhD di UM.” Kata-kata ini ku ingat kembali.
Aku dapat rasakan, dia akan kecewa sekiranya aku abaikan pengajian. Semangatnya pasti luntur pada masa hadapan.
Itulah antara semangat untuk aku siapkan pengajian walaupun pada mulanya selepas lumpuh dah taknak lagi pandang tesis. Mereka mengajar dan memberi semangat kepada diriku sebagai seorang bapa yang perlu memikul tanggungjawab membesarkan mereka walau apapun perkara yang terjadi.
Aku sedar aku perlu menjadi hero kepada mereka. Hero untuk masa depan mereka. Hero dalam membesarkan mereka.
Menyedari hakikat ini, langkah demi langkah aku teruskan tanpa menoleh kebelakang. Terus fokus pada kajian. Biar sedikit kesusahan pada hari ini, membawa erti yang besar pada mereka.
Kini, mereka boleh berbangga. Walaupun berkerusi roda banyak benda boleh dilakukan. Yang paling penting memori ini akan berkekalan.
Terima kasih buat isteri yang menyentap jiwaku. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri buatlah untuk anak-anak”.
Beginilah perasaan apabila keluar dari dewan konvokesyen selepas majlis graduasi PhD 2018 di UM. Diberi penuh penghormatan dan sokongan. Selalunya pergerakan wheelchair dilakukan sendiri, tetapi hari ini semuanya diraikan dengan rasa penuh hormat. Suatu moment yang sukar untuk dilupakan.
Posted by Basri Husin on Saturday, October 20, 2018