Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.
Pelajar Meninggal Dunia, Tak Sempat Tengok Keputusan SPM, Guru Kongsi Kisah Sedih
Guru berkenaan, Muslim Ismail, menyatakan bahawa pelajar tersebut pernah kerap tidak hadir ke sekolah semasa berada di Tingkatan Empat, sehingga hampir dikenakan tindakan buang sekolah.
Namun, hasil usaha berterusan daripada guru-guru dan kaunselor yang tidak putus asa memotivasikan pelajar itu, akhirnya dia kembali meneruskan persekolahan.
“Hari ini dia dapat A- untuk subjek Landskap dan Nurseri, tetapi aku tak berpeluang nak ucapkan tahniah secara berdepan.
“Dia telah pergi meninggalkan kita Isnin lalu akibat jangkitan selepas pembedahan apendiks,” tulis Muslim dalam satu hantaran di Facebook.
Menurutnya lagi, walaupun pelajar tersebut tidak pernah lulus dalam subjek berkenaan, dia tetap menunjukkan kesungguhan dan rajin melaksanakan tugasan yang diberikan.
Ads
Pelajar itu juga didapati mempunyai kesukaran dalam aspek pemahaman dan daya ingatan, yang menyebabkan dia ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan-rakannya.
“Dia bukan pelajar yang sempurna, tapi dia sentiasa cuba. Aku tak pernah marah sebab aku tahu batas keupayaannya. Kadang-kadang, bila dia tertinggal bas selepas tuisyen, aku akan hantar dia pulang dan sempat beri kata-kata semangat.
“Mungkin alam persekolahan terlalu mencabar untuknya – dunia akademik yang penuh dengan tekanan dan perbandingan membuatkan dia merasa terasing. Tapi dia suka menyanyi.
Ads
“Sebab itu aku masukkan dia dalam kumpulan puisi dan lagu sekolah. Walaupun kami tak menang, dia mula seronok datang ke sekolah, mungkin kerana dia rasa dirinya dihargai,” tambah Muslim.
Ini namanya normal baharu. Sejak penularan covid 19, kita sudah biasa dengan SOP yang telah ditetapkan apabila memasuki sesebuah tempat tumpuan ramai. SOP yang wajib dilakukan adalah scan QR, ukur suhu, menulis nama dan nombor telefon.
_________________________________
Terhibur rasa baca ni !! dpt drp wasap grup
Sekarang ni, selain pakai topeng muka, tembak dahi dan social distancing, kita juga kena scan QR code atau pun tulis nama sebelum masuk mana2 premis.
Dua hari dah gua lepak di KPJ Seremban, cafeteria dia boleh tahan juga lah makanannya. Atau mungkin sebab gua malas nak keluar ke Palm Mall.
Tapi tiap kali ambil makanan dan bayar, akak cashier akan suruh customer tulis nama dan nombor telefon dalam buku log.
Tadi, waktu nak bayar dan tulis nama, gua beratur belakang seorang pakcik yang boleh tahan juga berusia gua rasa.
Gua terfikir payah juga kalau warga emas macam mak gua yang tak pakai smartphone untuk ke mana2 sebab tak boleh nak scan QR code. Mesti kena tulis nama kat buku, keluar cermin mata dulu dan tulis slow slow, tangan menggigil2….uhhhh…..
Gua bayangkan benda yang sama untuk pakcik depan gua.
COP NAMA/ TELEFON
Akak cashier bagitau “pakcik tolong tulis nama kat dalam buku yo”.
Sekali…. jeng jeng jengggg…. pakcik tu seluk poket seluar dan keluarkan satu benda. Cabut sarung.
Pappppp!
Ishak bin Mat Hassan, Batu Kikir, 019-XXXXXXX.
Fuhhh! Pakcik tu pakai *rubber stamp* gua cakap luuuu…… . Tak terfikir langsung gua……
Power *orang Batu Kikir jambatan bosi, berfikir luar kotak!!!!*
Kredit: Masnita Bt Talib
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saban hari melihat pokok mangga yang ditanam beberapa tahun yang lalu, namun masih lagi tidak mengeluarkan hasil.
Jadi apa cara perlu dibuat?
Selain dibaja, kita juga boleh praktiskan cara ini untuk membantu tanaman berbuah. Ini bukan sekadar petua semata-mata malah terbukti berjaya. Ini dikongsikan oleh Encik Mohd Ramli.
Tq….kepada rakan yang pernah beri petua supaya pokok mangga yang tak pernah berbuah mengeluarkan hasilnya….
*Tipsnya:
buang kulit disekeliling batang pokok…..
Pernah terbaca dari group ini pada tahun lepas dan saya telah cuba lakukan sendiri pada pokok mangga yang tak pernah berbuah… alhamdulillah telah berjaya.
Mangga mas hitam saya telah berjaya berbuah selepas tiga bulan kulit dibuang di sekeliling batang pada tahun lepas…
Terbaru…..Gambar dibawah menunjukan pokok mangga saya buah untuk kali yang kedua. Ada yang hampir masak….baru berputik dan berbunga….3 peringkat semuanya untuk kali ini….
TEKNIK BUANG KULIT UTK BAGI POKOK BERBUAH
1. Buang semua kulit sehingga ke teras dalam 3cm lebar……beberapa bulan bahagian atas akan membengkak dan akan bercantum balik kulitnya.
Boleh cuba untuk pokok-pokok mangga dan durian ku
2. Untuk matikan pokok: Teknik ni juga boleh diguna untuk matikan pokok tapi kena buang kesemua kulit dalam ukuran 2 kaki panjang…..pokok akan mati perlahan-lahan.
Pernah tular gambar fotogenik bersama kerbau kesayangan, Syukor, ‘Mowgli Malaysia’ kembali tarik perhatian. Suatu ketika dahulu, pernah tular gambar ikonik seorang kanak-kanak bersama kerbau ternakannya. Gambar tersebut bukan sahaja mencuri tumpuan ramai, malah mencipta fenomena yang luar biasa.
Keunikan hubungan erat antara kanak-kanak dan haiwan peliharaannya berjaya menarik perhatian dunia dan diiktiraf dalam pelbagai pertandingan fotografi peringkat antarabangsa.
Gambar itu mula terkenal selepas dipilih untuk dipamerkan di Austrian Cultural Forum, Itali, sebagai sebahagian daripada himpunan gambar terbaik Alfred Fried Photography Award 2018.
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan, bukan sahaja kepada jurugambar yang mengambil gambar tersebut, tetapi juga kepada kanak-kanak yang menjadi subjek utama dalam karya tersebut.
Tidak terhenti di situ, gambar tersebut turut memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards dalam kategori Wajah dan Karektor Menarik. Anugerah ini mengiktiraf kekuatan emosi dan ekspresi wajah yang ditampilkan dalam gambar, memperlihatkan keistimewaan hubungan antara manusia dan haiwan.
Selain itu, kejayaan gambar ini diteruskan apabila ia dinobatkan sebagai pemenang Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People). Pencapaian ini mengukuhkan lagi status gambar tersebut sebagai karya yang tidak hanya indah dari segi visual, tetapi juga membawa makna mendalam tentang kehidupan dan keakraban manusia dengan alam sekitar.
Difahamkan, kanak-kanak yang berusia 14 tahun dalam gambar tersebut ialah Mohd Syukor Khamis, yang terkenal dengan hubungan erat bersama kerbau-kerbau ternakannya. Syukor, dengan wajahnya yang tenang dan penuh kasih sayang, telah berjaya menawan hati jutaan orang melalui gambar tersebut.
Hubungan uniknya dengan kerbau telah menjadi simbolik kepada keakraban manusia dengan haiwan, memperlihatkan nilai-nilai kasih sayang, kepercayaan, dan penjagaan.
Kejayaan gambar ini bukan sahaja mengangkat nama Syukor, tetapi juga membuka mata dunia kepada keindahan dan kekuatan hubungan antara manusia dan haiwan. Ia adalah peringatan tentang pentingnya memelihara dan menghargai alam sekitar, serta bagaimana hubungan ini boleh mencipta kenangan indah yang dirakam dalam gambar.
Gambar ikonik Mohd Syukor bersama kerbaunya akan terus dikenang sebagai lambang kasih sayang, keakraban, dan kejayaan yang mampu melangkaui sempadan budaya dan geografi.
Ia merupakan inspirasi kepada generasi muda dan masyarakat, bahawa kasih sayang kepada haiwan dan alam semulajadi mempunyai keindahan dan makna yang tidak ternilai harganya.
Baru-baru ini, Syukor kembali menjadi perhatian apabila GIATMARA Malaysia menerusi laman Facebook berkongsi gambar terkini ‘Mowgli Malaysia’ itu sebagai salah seorang pelajar di institut tersebut.
“Macam kenal? Mungkinkah dia? Raut wajah ini seperti insan dikenali yang pernah tular satu masa dahulu.
“Kini beliau telah berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama 6 bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.
“Beliau telah beraksi di Ekspo TVET@KKDW dalam pertandingan servis motosikal yang diadakan di Melaka tempoh hari.
“Dengan jolokan ‘Mowgli Malaysia’ sebelum ini, beliau kelihatan selesa bersama peliharaannya yang kelihatan begitu akrab dan bersahaja.
“Ya benar! Beliau adalah Syukor Khamis- ‘The Kampung Boy’ yang pernah tular bersama kerbau kesayangan sejak beliau masih kecil lagi,” tulis hantaran di laman Facebook.
Tambah GIATMARA, Syukor memilih bidang kemahiran motosikal kerana ingin meneruskan legasi keluarga yang memiliki bengkel motosikal sendiri.
Berikut hantaran di TikTok GiatMara:
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai warga maya yang kagum dengan perkembangan terkini Syukor.
Ramai yang tidak menyangka kanak-kanak yang pernah membintangi telemovie “Budok Kuba” itu kini telah dewasa.
Berikut antara komen-komen warga maya di laman Facebook GiatMara:
“Hebat anak bangsa. Beginilah yang selalu kita harapkan pada anak bangsa. Tak pandai akademik tak mengapa tapi bijak dalam bidang yang lain. Jauhi dadah.. Tahniah MARA. Terus terang. MARA Memang terbaik dan banyak membantu anak bangsa.”
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.