Pelajar perempuan tingkatan lima hidap leukemia – “Saya sedih tak dapat ke sekolah.” Ketika rakan-rakan seusia sedang bergelut belajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM, lain cerita pula dengan Nurul Syuhadah Ab Rahman.
Pelajar Perempuan Tingkatan Lima Hidap Leukemia – “Saya Sedih Tak Dapat Ke Sekolah”
Pelajar tingkatan lima yang kini menjalani kemoterapi akibat leukemia, meluahkan kerinduannya untuk kembali ke sekolah bersama rakan-rakan terutama pada hari pertama sesi persekolahan yang bermula pada Isnin.
Nurul Syuhadah
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang itu bagaimanapun perlu memberikan tumpuan kepada rawatan, menyebabkan dia terlepas sesi persekolahan 2025.
Nurul Syuhadah disahkan menghidap leukemia tahap sederhana yang juga sejenis kanser darah, selepas mengalami demam berpanjangan pertengahan tahun lalu.
“Pada awalnya, saya ingatkan demam biasa, tapi selepas hampir sebulan, ibu bapa bawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut ketika kami pulang bercuti di kampung nenek di Kuala Krai.
“Hasil ujian darah menunjukkan saya hidap leukemia,” katanya.
Nurul Syuhadah (kiri) yang kini menjalani kimoterapi, dikunjungi rakan-rakannya dari Pahang.
Seluruh kehidupan Nurul Syuhadah berubah dan dia kini menjalani kemoterapi keempat daripada lapan kitaran rawatan yang dijadualkan.
“Saya sedih tak dapat ke sekolah sejak disahkan sakit pada 15 September lalu.
“Saya juga terlepas banyak kelas, tapi cikgu dan rakan-rakan sering tanya khabar, mereka beri saya semangat untuk terus berjuang,” katanya.
Nurul Syuhadah (dua dari kanan) gembira ke sekolah sebelum disahkan menghidap leukemia.
Dia tetap berusaha belajar sendiri kerana tidak mahu ketinggalan membuat persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ads
“Saya mahu ambil SPM seperti rakan-rakan lain, walaupun sekarang banyak berehat akibat kesan rawatan. Saya berharap dapat kembali ke sekolah secepat mungkin,” ujarnya.
Nurul Syuhadah merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dan ibu bapanya menjalankan perniagaan kedai makan di Muadzam Shah namun terpaksa menutup sementara perniagaan itu untuk menjaganya di kampung.
“Keluarga saya banyak memberi sokongan termasuk adik-beradik. Rakan-rakan juga sering datang melawat dan beri kata-kata semangat, saya harap dapat sembuh serta kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Sesiapa pun tidak dapat menolak untuk akui anak nombor dua ni sememangnya lain dari yang lain perangai mereka. Betul tak? Ada sahaja gelagat dan kenakalan mereka yang pastinya lucu dan kadangkala boleh buat orang geleng kepala dengan mereka.
Tidak ketinggalan, anak kedua dari pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha juga ada sifat anak kedua apabila keletahnya sempat dirakam oleh Hairul ketika sesi bermaafan anak sulung mereka dan ibunya.
Dalam video yang dikongsikan Hairul di laman instagramnya, Yusuf Iskandar bermaafan dengan ibunya kerana bercakap benda yang tidak elok ketika beraya di rumah tetamu. Tidak membebel marah, sebaliknya Hanis Zalikha gunakan pendekatan menatap dekat wajah anaknya itu yang bertutur dengan penuh lemah-lembut dalam Bahasa Inggeris.
Namun tatkala Hanis sedang fokus terhadap Yusuf, dia langsung tidak perasan kelibat anak kedua mereka yang berada di belakangnya. Malah apa yang mencuit hati, Alisa Aisyah sempat membuat memek muka garang sambil memberikan isyarat ‘jangan buat lagi’ dengan jari seolah-olah turut ingin menegur kesalahan abangnya itu.
Telatah Alisa menjadi perhatian ramai di ruangan komen yang rata-rata geram dengan gelagatnya itu! Bukan itu sahaja, cara didikan Hanis terhadap anak-anak dan cara soft spoken Yusuf menjadi pujian orang ramai.
Jika diberi sebuah kehidupan yang senang, hidup mewah dan kaya raya, tentu sahaja ramai yang mahukannya. Apa tidaknya segala kehendak dan impian selama ini boleh dimiliki dengan mudah. Semua yang dihajatkan boleh sahaja dibeli bila mana wang bukan lagi menjadi penghalang.
Namun hakikatnya untuk hidup kaya raya ia tidaklah semudah yang disangka. Bukan senang nak senang!
Selain kita melihat kegigihan usaha yang berpanjangan dan tidak mengenal lelah, pastinya juga ada rahsianya yang tersendiri.
Atas sebab itu juga, tidak hairanlah ilmu untuk menjadi kaya atau jutawan sering dicari dan dipelajari daripada orang yang berjaya. Apatah lagi jika dapat menuntut dengan kaum Cina yang diakui ramai yang berjaya membina kekayaan melalui perniagaan sendiri. Itu tidak dapat dinafikan.
Mengetahui berkenaan rahsia kejayaan orang Cina menjadi kaya, Pengasas AKTA Tuition Maths & Add Maths Tutor Adam Kelvin telah berkongsi 5 rahsia yang nyata mencuri perhatian warganet di akaun facebooknya.
Rahsia orang Cina bina kekayaan
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.
Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.
Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih
hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA..
Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.
Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.
Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.
Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.
So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.
Bersyukur seorang majikan bila pembantu rumah yang diberi amanat untuk memudahkan urusan penjagaan hal di rumah membuat kerja dengan baik dan ikhlas. Mana tidaknya, di luar sana banyak kes pembantu rumah lari, buat kerja culas dan sebagainya, hingga jadikan orang ramai takut untuk mengambil pembantu rumah.
Tapi, bila pembantu dah baik, apa salahnya majikan pun bertindak baik dengan mereka kan? Seperti yang tular di laman Tiktok sebuah video di mana seorang wanita telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit baharu buat pembantu rumahnya.
Menurut wanita tersebut, telefon bimbit pembantu rumahnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah, pembantu rumahnya sukar untuk menghubungi keluarga yang berada di kampung. Oleh sebab itu, wanita tersebut sengaja melakukan satu kejutan istimewa buat bibiknya itu.
Menerusi video berdurasi 0:41 saat, wanita berkenaan dilihat mengeluarkan sebuah kotak berwarna-warni untuk diberikan kepada pembantu tersebut. Lebih mencuri tumpuan, reaksi bibiknya yang sebak tatkala membuka hadiah tersebut mengundang perhatian netizen.
Tidak henti di situ, bibik tersebut turut meluahkan ucapan terima kasih kepada majikannya sambil melutut.
Rata-rata netizen memuji tindakan baik wanita itu kerana melayan pembantu rumahnya seperti ahli keluarga sendiri.