Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anak tersayang tidak lagi bernyawa sebaik disahkan meninggal dunia setelah menyertai aktiviti merentas desa.

Menurut laporan akhbar, seorang pelajar lelaki sekolah menengah dekat Jalan Kampung Gentam, Taman Fatimah, di sini, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pagi tadi.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

 MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA

Mangsa Rebah Hampiri Garisan Penamat

Pelajar Rentas Desa Hampiri Garisan Penamat Meninggal Dunia

Khabar duka buat kita semua di kala kebanyakan sekolah mengadakan aktiviti rentas desa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, berkata remaja berkenaan menyertai sukan anjuran sekolah itu bersama kira-kira 700 pelajar lain kira-kira jam 8 pagi.

IKLAN

“Larian sejauh tujuh kilometer (km). Kira-kira jam 9.30 pagi ketika mangsa menghampiri garisan penamat, tiba-tiba dia dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri.

Hidap Sakit Jantung

Menurut beliau lagi, guru yang ada di lokasi dikatakan memberikan bantuan pernafasan tetapi remaja itu tiada tindak balas. Kemudian pihak sekolah menghubungi talian kecemasan 999.

Beliau berkata paramedik memberikan bantuan awal sebelum dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini.

“Ambulans tiba di Unit Kecemasan HTAN kira-kira jam 10.15 pagi. Selepas hampir sejam memberikan bantuan, akhirnya remaja itu disahkan meninggal dunia,” katanya.

IKLAN

Beliau berkata berdasarkan keterangan bapa pelajar, remaja itu disahkan menghidap penyakit jantung berlubang pada 2016 dan masih dibekalkan ubat daripada Institut Jantung Negara (IJN).

“Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

NAK JOINT DAFTAR DI SINI

Pelajar Rentas Desa Hampiri Garisan Penamat Meninggal Dunia

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Pelajar Rentas Desa Hampiri Garisan Penamat Meninggal Dunia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI