Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pada pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pelajar terbabit, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dikatakan telah berjaya menamatkan acara sejauh enam kilometer itu sebelum rebah tidak sedarkan diri sebaik melepasi garisan penamat di sekolah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelajar itu menyertai acara merentas desa peringkat sekolah bersama pelajar lain.
Ads
“Sebaik tiba di garisan penamat di padang sekolah, pelajar terbabit yang dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.
“Guru bertugas bersama pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) kemudian telah membawa pelajar itu ke khemah di situ dan memberikan bantuan pertolongan cemas, namun pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas,” katanya di sini hari ini.
Ads
Katanya, guru terbabit terus menghubungi ambulans Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan ke HSAH, pelajar itu meninggal dunia.
“Hasil temu bual pihak kita dengan bapa mangsa mendapati anak mereka itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit dan merupakan pelajar aktif bersukan.
Fattah Amin dan Amira Othman umum nikah 14 September ini. Spekulasi mengenai hubungan antara penyanyi dan pelakon, Amira Othman dengan aktor popular, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila kedua-duanya tampil mengesahkan ikatan cinta mereka.
Fattah, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, membuat kejutan di majlis pelancaran single terbaharu Amira bersama adiknya, Irfan Haris yang berjudul Rasa & Takdir.
Ketika Amira, 32, yang juga dikenali dengan nama penuh Nadia Amira Othman sedang berduet dengan Irfan, suasana dewan berubah riuh apabila hero filem Pendekar Awang itu muncul dari pintu belakang dan berjalan menuju ke arah pentas.
Di hujung persembahan, Irfan menyerahkan simbolik ‘kunci’ kepada Fattah. Pelakon tersebut kemudian mengambil mikrofon dan membuat pengumuman rasmi mengenai hubungan istimewa mereka berdua.
Selepas meluahkan hasratnya, Fattah mengembalikan simbolik ‘kunci’ itu kepada Amira, sekali gus melambangkan ikatan yang telah dimeterai secara terbuka.
Momen bersejarah itu turut disaksikan kedua ibu bapa Amira, iaitu Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Arshad, 58. Usai majlis, pasangan tersebut beredar dari lokasi acara.
Difahamkan, Fattah dan Amira akan melangsungkan pernikahan pada 14 September ini di sebuah hotel di Johor Bahru, yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor tersebut.
Sebelum pengumuman rasmi ini, media sosial pernah digemparkan dengan dakwaan bahawa Fattah bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat.
Desas-desus tersebut pertama kali tular di aplikasi Threads menerusi pengguna bernama Kimchikims_ yang mendakwa menerima maklumat itu daripada sumber yang boleh dipercayai.
Sebagai rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017, namun rumah tangga itu berakhir dengan perceraian pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.
Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya keperluan ini boleh mempengaruhi keharmonian hubungan. Ikuti pendedahan Kaunselor Rumah Tanggga Fadzli Aziz menerusi facebooknya.
“Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya” kata saya.
Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang saya lakukan di pusat kaunseling saya.
“Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak de mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajar lah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya.
Itu luahan isteri. Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga.
“Puan, seksual ni adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan.
Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak?
Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan?
Emosi kita boleh tahankan, jangan makan. Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik.
Keperluan seksual tak lah sampai jadi gastrik. Heheh. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi.
Lelaki yang tak dapat,keperluan emosinya mudah terganggu , makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya.
Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah, lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan.
Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram.
Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan takde mood dan busy.
Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya.
Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik”. jelas saya dari sudut pandang lelaki.
“Tapi en fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami diorang tak macam tu pun. Takdelah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali”.
“Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan.
Ada lelaki, kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Samada melalui pornografi dan masturbasi.
Yang saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya”. jelas saya.
“Faham…hmmmm”.
“Puan, kalau puan nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri. Sebab itu dia kahwin dengan puan. Ekslusif puan adalah pengurus nafsunya.
Maka peranan puan besar. Andaikata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.”
Penting juga isteri untuk memahami karekter lelaki dan keperluannya lebih mendalam. Sebab saya sedang menulis satu buku khas untuk isteri iaitu tentang bagaimana memahami lelaki dan apa keperluannya secara khusus dan bagaimana seni berkomunikasi yang sesuai.
Saya seterusnya menyambung lagi sesi untuk teroka lebih mendalam.
Sumber: Fadzli Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fizo Omar terharu dapat anak lelaki-“Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga bercampur baur. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.
Fizo juga berasa bertuah kerana kerana sekali lagi diberikan peluang untuk membantu proses isterinya melahirkan.
Untuk info, Fizo dan isterinya Fazeera atau nama sebenarnya Fazeera Nazri Azrai mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Pasangan ini sudah memiliki dua orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3 dan Wan Umaira, 2 tahun. Hasil perkahwinan terdahulu pula, Fizo memiliki seorang anak perempuan, Wan Mariam 8 tahun.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.