Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Orang ramai diminta untuk membantu mengesan pelajar itu segera.
Kali terakhir Muna dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim sebelum disedari tidak berada di asrama sekolahnya.
Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Menurut ibunya, Juliana Johari, 42, Muna Qaisara dilapor hilang dari asramanya di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu. Malah menurutnya lagi pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga untuk menjejaki anaknya itu namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.
“Saya rayu kepada sesiapa yang mungkin mempunyai rakaman dashcam di sekitar laluan berhampiran kawasan sekolah di Serada agar dapat membantu kami.
Ads
“Ada juga pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara sudah ditemui, sedangkan ia tidak benar,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Juliana berkata, mereka sekeluarga berharap agar Muna Qaisara dapat segera ditemui dalam keadaan selamat.
Ads
Muna Qaisara Muhammad Budiman berusia 15 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan pelajar tersebut pada Ahad.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Orang Hilang (OH) dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.
Ads
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947, atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.
Masih ingat lagi tak kepada Abang Viva atau Azwan Omar sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia yang pernah tular membantu mangsa banjir secara solo hanya berbekalkan RM50! Wira banjir ini juga bertemu jodoh dengan pilihan hatinya tahun 2022 lalu.
Namun jodoh tidak panjang, Abang Viva’ kembali solo setelah sah bercerai talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria pada 13 Mac lalu.
Peguam Syarie, Datuk Mohd Adli Ithnin yang mewakili Evanoza, 42, atau dikenali Eva berkata, pasangan itu berpisah secara baik kerana sudah tiada persefahaman.
Memetik harian metro, Eva ketika dihubungi mengakui sedih dengan perpisahan berkenaan terutama kerana ia berlaku ketika Ramadan. Dia tidak
Eva pasrah dengan ketentuan Ilahi bahawa perkahwinannya hanya bertahan selama dua tahun setengah. Dia berasa sedih dan kehilangan, malah persiapan menyambut Aidilfitri kali ini tidak lagi semeriah dahulu.
Eva memilih untuk menyimpan berita perpisahannya dan tidak memuat naik sebarang kenyataan mengenai perceraian mereka, kerana baginya lebih baik jika pihak lelaki yang berbicara mengenai hal tersebut.
Namun, selepas Azwan membuat siaran langsung, ramai yang mula bertanya kepada Eva tentang perkara sebenar.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya, namun akur bahawa jodohnya bersama Azwan hanya sampai di sini.
Menurut rekod, Azwan yang terkenal dengan aktiviti sukarela membantu mangsa banjir di negara ini diijabkabulkan dengan Eva pada 14 Oktober 2022 dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh, Melaka.
Fasa berpantang selepas bersalin sering menjadi cabaran besar bagi setiap ibu. Begitu juga dengan pelakon terkenal, Intan Najuwa, yang berkongsi pengalamannya menjalani tempoh ini. Dalam perkongsiannya, Intan meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi oleh insan-insan tersayang yang banyak membantunya sepanjang proses pemulihan di rumah.
“Ini adalah fasa paling mencabar yang semua ibu lalui. tempoh selepas bersalin.” – Intan Najuwa
Bukan itu sahaja, Intan turut berterima kasih kepada @lavenderconfinementcare yang menyediakan perkhidmatan penjagaan berpantang profesional. Katanya, bantuan ini telah menjadikan pengalaman berpantangnya lebih mudah dan lancar, membolehkannya fokus kepada penyembuhan dan menikmati waktu bersama bayinya.
Pengalaman Intan ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan, bukan sahaja daripada keluarga tetapi juga perkhidmatan berpantang yang berkualiti. Dengan rawatan khusus, penjagaan tubuh yang rapi, dan panduan pemakanan, ibu-ibu dapat melalui tempoh ini dengan lebih baik, tanpa rasa tertekan.
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000! Daftar sekarang
Dalam pada itu Intan turut berkongsi beberapa gambar ketika dalam tempoh berpantang. Namun apa yang menarik perhatian, Intan tampil flawless dan menawan dalam tempoh berpantang.
Tampil duduk bersantai di atas katil dengan gaya mewah dengan beberapa produk penjagaan diri bagaikan sedang bercuti.
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen membandingkan cara berpantang dulu-dulu yang jauh berbeza cara selebriti berkenaan.
Ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat betapa cantik dan terurusnya Intan walaupun dalam tempoh berpantang. Ada yang memuji, kagum dan ada juga yang berseloroh. Antara komen :
“Sebab duit kena banyak, kalau nak tenang-tenang begini ya gadis-gadis, korang kena duit berkepuk. Best tengok Datin .”
“Untung you Datin.. I dulu-dulu berpantang nak pegang buku pun tak sempat happy for you.”
“Dia punya dalam berpantang pun flawless weiii. Tapi kenapa aku berpantang mak aku habis satu badan di sapunya kapur dah macam hantu kom-kom .”
Komen netizeni ni turut mendapat perhatian Datin Intan yang membalas komen
“Haha jangan bagi I gelak pls. I takleh gelak ni .”- Datin intan
Komen ini memperlihatkan pelbagai pandangan masyarakat terhadap gaya berpantang moden yang mengutamakan keselesaan dan kecantikan. Walaupun ada yang memuji, ada juga yang mengambil pendekatan sindiran. Bagi Intan, keutamaan adalah berkongsi perjalanan berpantangnya dengan cara yang positif dan santai.
Fattah Amin bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat, tetapi juga seorang anak dan suami yang bertanggungjawab.
Sejak 2015, beliau telah memastikan dirinya serta keluarga tercinta dilindungi dengan takaful, termasuk menjaga caruman untuk ibu bapanya tanpa gagal, walau apa pun cabaran yang dihadapinya.
Baru-baru ini, Fattah mengambil langkah penting dengan menukar penama hibah takafulnya kepada ibunya, yang juga menjadi pemegang amanah untuk memastikan agihan kepada isterinya, Fatimah, berjalan lancar sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Keprihatinan Fattah Amin dalam merancang kewangan keluarganya ini adalah teladan yang patut diikuti, membuktikan bahawa kasih sayang dapat diterjemahkan melalui tindakan bijak yang melindungi masa depan orang tersayang.
Hibah takaful adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan harta atau pampasan takaful diagihkan kepada penama yang kita pilih tanpa melibatkan proses faraid yang mungkin rumit. Dalam kes ini, Fattah menukar penama hibah takaful kepada ibunya. Ibu beliau juga dijadikan pemegang amanah untuk memastikan pampasan tersebut diagihkan kepada isterinya, Fatimah, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Fattah Amin menjadi contoh individu yang bertanggungjawab bukan saja kepada keluarganya tetapi juga terhadap dirinya sendiri. Kita boleh belajar darinya, bahawa takaful dan hibah bukan untuk orang kaya sahaja, tapi untuk semua yang mahu merancang masa depan keluarga dengan baik.
Semoga kita terus diberi rezeki dan peluang untuk melindungi keluarga tercinta. Sebab apa yang kita buat hari ni adalah hadiah untuk mereka di masa depan.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.