Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad, 29, sah bergelar isteri lelaki penyanyi, Raja Syahiran, dengan sekali kali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Colony by KLCC pada jam 9.03 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung kepada Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arsyad.
Dalam majlis itu, Syahiran atau nama sebenarnya, Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat suri hatinya.
Bagaimanapun, tiada pertukaran dulang hantaran yang dibuat diantara kedua belah pihak dan jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas persetujuan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah pasangan ini turut dihadiri 100 orang yang terdiri daripada keluarga dan rakan saudara terdekat. Pasangan ini juga belum ada perancangan tarikh Untuk majlis resepsi.
Usai majlis, Uyaina melahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar biarpun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.
“Alhamdulillah… majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami.
“Asalnya pelamin yang ditempah adalah berbeza namun sehari sebelum majlisnya berlangsung pihak perancang perkahwinan terbabit memaklumkan gudang penyimpanan kelengkapannya yang terletak di Puchong, Selangor telah musnah akibat banjir.
Ads
“Sepatutnya malam berinai diadakan pada malam tadi dengan tema ‘Arabian Night’ tapi terpaksa dibatalkan. Bukan itu sahaja, pelamin saya juga musnah.
“Pelamin asal yang sepatutnya dipasang pada pagi ini tidak dihantar gara-gara hanyut dibawa arus banjir pada Ahad lalu.
“Kami terpaksa berlapang dada.Mujurlah ada perancang perkahwinan lain yang jadi bidan terjun walaupun pada saat-saat akhir.
“Sejujurnya kami tidak berasa terkilan pun sebab yang penting ijab qabul dan dikelilingi keluarga dan rakan terdekat,” katanya.
Selain itu, kata Uyaina, dia dan suaminya sangat tenang dalam berdepan dengan ujian yang melanda meski sedar hari bahagia mereka seharusnya berlangsung dalam keadaan sebagaimana yang dirancang.
Ads
“Sebenarnya rumah Syahiran di Subang pun terjejas akibat banjir. Kami berdua saling ketawa apabila mengenangkan pelbagai ‘drama’ yang berlaku sebelum majlis ini dapat dijalankan.
“Saya tidak menangis langsung apabila keadaan begini terjadi. Sebab sepanjang proses Syahiran sentiasa ada bersama. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan,” ujarnya.
Sebelum ini, mereka memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. Namun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkn ekoran Varian baharu Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.
Ads
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.
Sesungguhnya sedarlah apabila kita bahagia, gembira dan punya wang yang cukup, hakikatnya ada insan yang sukar hidupnya. Ketika anak-anak inginkan sambutan hari jadi yang hebat dengan hadiah-hadiah menarik, ada ibu ayah tidak kisah berhabis ratusan ringgit, malah hingga ribuan ringgit.
Ada pula insan yang sedang mengikat perut ketiadaan wang simpanan untuk memberikan kebahagiaan buat keluarganya. Nyata, dunia ini ada miskin dan kaya. Ia bukan kejam, tetapi itulah putaran alam. Yang pasti, si kaya menolong si miskin. Berkongsi rezeki. Jangan bongkak dengan kekayaan yang bersifat sementara. Tolong menolong adalah yang terbaik untuk amalan lebih berkat.
Begitulah juga kisah pilu sebuah keluarga yang tidak mempunyai wang cukup untuk menguruskan jenazah seorang bayi berusia satu hari. Hanya tiada wang berjumlah RM500, anak syurga ini dibiarkan selama tiga hari. Meruntun jiwa perkongsian oleh Unit Khas Van Jenazah.
Mujur dengan tindakan mulia Unit Khas Van Jenazah, masalah pengurusan jenazah bayi itu diselesaikan. Terbaik tindakan unit ini. Ikuti kisah pilu ini. Moga kita muhasabah diri.
Disebalik Mengurus jenazah ke-80 petang tadi ada cerita pilu menyentuh hati semua unit sukarelawan yang bertugas.Dari unit sukarelawan van jenazah,unit bilal jenazah muslimah dan muslimin,unit taskforce hingga lah ke unit escort yang mengiringi jenazah bayi berusia 1 hari itu.
Maklumat tentang Kes anak syurga itu diterima melalui salah seorang rakan unit sukarelawan iaitu En yus yang juga kakitangan forensik hospital tengku ampuan rahimah,ketika itu semua unit sukarelawan sedang sibuk ditemuramah oleh wartawan tv1 rtm untuk siaran rancangan jakim tentang perjalanan dan matlamat unit khas van jenazah.
Menurut En Yus,pihak waris memerlukan bantuan dari unit khas van jenazah untuk menguruskan satu jenazah bayi yang meninggal dunia setelah dilahirkan.maklumat awal yang diberi menyatakan pihak keluarga yang juga datuk dan nenek kepada anak syurga itu sudah berhabis usaha untuk mencari duit bagi membayar kos pengurusan jenazah bagi mengebumikan jenazah cucu pertama mereka.
Setelah mendapat maklumat,9 orang wakil sukarelawan ukvj dari unit van jenazah ukvj-l dan ukvj-ll telah digerakkan ke hospital tengku ampuan rahimah klang diiringi unit escort untuk mengambil jenazah yang kami gelarkan anak syurga untuk dibawa balik ke bilik pengurusan jenazah jannatul firdaus.
GAGAL DAPATKAN DUIT , MAYAT BAYI DI SIMPAN TIGA HARI
Apabila jenazah anak syurga itu tiba dibilik wakaf bersama datuk dan neneknya,7 orang dari unit bilal jenazah muslimah tanpa berlengah terus melakukan tugasan mandi dan kafan dengan segera.
Ini kerana dari temubual yang dilakukan oleh ketua unit operasi terhadap si nenek kepada anak syurga itu,jenazah telah disimpan selama 3 hari dipeti mayat hospital tengku ampuan rahimah klang gara gara gagal untuk mencari duit.
Didalam temubual itu si Datuk dan nenek kepada anak syurga itu telah berusaha untuk meminjam duit kepada ahli keluarga dan jiran jiran,tetapi selepas 3 hari usaha mereka tidak berhasil sepenuhnya dan hanya dapat mengumpul duit berjumlah rm200.
Jumlah keseluruhan yang diperlukan bagi kos mandi kafan untuk jenazah kategori bayi@kanak kanak berharga rm250,manakala kos pengebumian juga berharga rm250 untuk jenazah kanak.jumlah kos keseluruhan yang perlu disediakan oleh si datuk dan nenek kepada bayi syurga ini adalah rm500.
Bayangkan jenazah anak syurga itu terbiar selama 3 hari didalam peti mayat gara gara si datuk dan nenek gagal mencari duit!
DATUK NENEK BUNTU CARI DUIT URUSKAN JENAZAH BAYI
Disaat datuk dan nenek kepada bayi syurga ini buntu mencari rm300 lagi baki duit pengurusan jenazah cucu mereka,allah swt telah memudahkan urusan dengan menghantar unit kami untuk membantu setelah maklumat disalurkan oleh salah seorang staff unit forensik yang juga sukarelawan kepada unit khas van jenazah.
Ketika jenazah bayi syurga ini sedang disempurnakan oleh unit bilal jenazah muslimah kami,si nenek memberitahu sambil menangis teresak esak selama 3 hari beliau cuba berusaha untuk meminjam disana sini termasuk lah kepada beberapa orang jiran ditempat tinggalnya.mujur ada seorang dua yang menghulurkan bantuan dengan memberi pinjaman sehingga terkumpulnya duit rm200.
Katanya lagi beliau dan suami juga ada menghubungi Adik beradiknya,tetapi adik beradiknya langsung tidak mahu membantu untuk meminjamkan duit bagi menguruskan jenazah cucunya.
Apabila mendengar keluhan suami isteri ini,kem unit kami cuba menenangkan si nenek sambil memberitahu pengurusan jenazah cucunya dari perkhidmatan van jenazah,perkhidmatan mandi dan kafan juga kos ditanah perkuburan akan ditanggung sepenuhnya oleh unit kami.
Sambil menangis ke dua dua suami isteri ini tidak putus putus perkataan terima kasih keluar dari mulut mereka!
IBU MASIH TIDAK TAHU BAYI SUDAH MENINGGAL DUNIA
Menurut dari apa yang dikongsikan juga kepada unit kami,bayi yang sedang dimandi oleh unit bilal jenazah itu adalah cucu pertama kepada mereka berdua.
Ketika sudah hampir cukup bulan untuk bersalin, anak perempuannya yang mengandungkan bayi tersebut telah 3 kali diserang sawan.apabila berlakunya kejadian serangan sawan untuk kali ke 2 mereka telah membawa anak perempuannya ke hospital kerana bimbang berlaku perkara yang tidak elok kepada si ibu dan juga bayi didalam kandungan.
Setelah ditahan diwad untuk menunggu si ibu bersalin,sekali lagi berlaku kejadian serangan sawan kepada si ibu sekali dengan tanda tanda bayi didalam kandungan siap sedia untuk dilahirkan.
Namun malangnya setelah dibawa ke bilik labour room bayi yang baru dilahirkan itu meninggal dunia selepas disambut oleh pihak doktor dan kakitangan.
Apabila meninggal dunia selepas lahir bermula lah satu lagi masalah baru ibarat sudah jatuh ditimpa tangga untuk si bapak,si nenek dan si datuk kepada anak syurga itu.
saat dipalit kesedihan,mereka dihantui pula dengan masalah untuk menguruskan jenazah akibat tidak mempunyai duit.bayangkan jika maklumat tentang masalah yang dihadapi waris kepada anak syurga ini tidak sampai kepada kami?
Persoalan yang bermain diminda kami semua petang tadi,entah Berapa lama kah agaknya lagi jenazah anak syurga ini akan berada dipeti beku mayat?sudah la ibu kepada anak syurga ini masih tidak tahu bayinya telah meninggal dunia.si ibu pula ketika ini tidak sedarkan diri diwad rawatan rapi kerana diberi ubat tidur oleh pihak doktor.ditidurkan kerana kepenatan selepas terkena serangan sawan dan melahirkan anak.anak yang belum dilihat pula sudah pergi menemui sang pencipta.
NAMA ANAK SYURGA- NURJANNAH
Bagaimana kah agaknya situasi yang bakal berlaku setelah si ibu sedar dari tidur.pasti si ibu akan meraung sepuas puasnya bila mendengar berita anak yang baru dilahirkan sudah tiada.
Selepas selesai jenazah bayi itu dikebumi,sebelum pulang si nenek mengucapkan terima kasih berkali kali. si datuk memeluk ketua unit kami sambil mengucapkan perkataan terima kasih berulang ulang kali,begitu juga si bapa kepada anak syurga itu yang mulutnya tidak henti henti menyatakan terima kasih kepada semua unit sukarelawan yang sudah membantu.
Apabila sedar nanti,moga si ibu tabah dalam menghadapi ujian dunia yang diberi allah swt kepada mereka sekeluarga.
Sebelum beredar Si nenek sempat memberi nama untuk anak syurga ini kepada nama NURJANNAH sempena nama bilik wakaf ukvj.
Salam takziah, kisah anak syurga telah unit kami selesai menggunakan duit dana yang telah disumbangkan oleh orang ramai sebelum ini dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah!
Perkongsian yang sungguh bermanfaat dan pengajaran dalam hidup. Moga rezeki yang ada boleh dikongsi untuk membantu golongan yang memerlukan.
Melihat karekter Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan anak-anaknya.
Malah, sisi seorang suami yang romantis dalam melayani isteri juga terserlah. Tidak menyembunyikan rasa sayang dan kasih buat bidadari tercintanya.
Malah, Ustaz Don sebelum ini ada membuat ‘surprise’ untuk isterinya Dr Husna Zahry Rafie sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Termasuklah menyamar sebagai ‘pesakit’ yang datang ke hospital dengan membawa sejambak bunga buat isteri tersayang. Selain itu, beliau juga turut membawa isterinya keluar ‘lunch’ berdua di sebuah hotel.
Baru menyambut ulang tahun ke 8 perkahwinan bersama, Ustaz Don berkongsi tip yang diamalkannya sepanjang bergelar suami isteri.
Aku Suami
Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”
Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok.
Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah. (P/s: lepaih baca ni saya tau, ramai yg nk sambung tulih… kan, sila tulih diruangan komen no che no…)
2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai…
Kalau lambat, qadha’.
Kalau lupa, peringat.
Kalau malas, bantu.
Kalau tak reti, ajaq.
Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.