Siapa yang tak sedih apabila berdepan dengan kehilangan dengan insan yang paling disayangi lebih-lebih lagi apabila Syawal semakin menjelang.
Dalam keterujaan membuat persiapan untuk menyambut lebaran, pastinya segala persiapan untuk insan disayangi akan diutamakan. Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang wanita, yang teruja untuk menyambut lebaran bersama ayahnya lebih-lebih lagi selepas kehilangan ibunya tahun lalu.
Menceritakan kembali detik memilukan itu, Siti Ardila mengatakan yang arwah ayahnya itu ada mengatakan yang ingin beraya bersama ibunya tahun ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Ramadan ke-27 yang lalu.
“Halus saja permintaan abah baru-baru ni. Dia cakap untuk Ramadan tahun ni dia nak ‘beraya’ dengan mak yang meninggal dunia 21 Februari 2022.
“Malam sebelum abah meninggal, dia call nak ajak berbuka puasa bersama. Saya pesan dekat dia nak bagi baju raya. Memang setiap tahun saya belikan baju raya untuk mak dan abah sebab seronok tengok mereka gembira dapat baju baharu.
“Tapi kali ni abah bergurau, dia kata bagi baju raya dekat adik. Dia nak pakai baju raya yang mak bagi, sepasang baju Melayu teluk belanga warna putih. Tapi abah tak pakai pun sehingga hari mak meninggal dunia.”
Ads
Siapa sangka, apabila dimaklumkan yang ayahnya sudah tidak sedarkan diri kira-kira pukul 5 petang pada hari berkenaan, mereka terus membawa ayahnya ke klinik berdekatan.
“Abah ada masalah sakit jantung dan buah pinggang. Selepas raya baru nak buat dialisis. Abah pernah bagi hint (petanda), katanya selepas ni dia nak sihat, tak nak makan ubat dah, rupanya deritanya berakhir.
“Hari abah meninggal tu saya memang nak balik selepas Asar sebab janji nak berbuka sama. Tapi tiba-tiba adik call beritahu abah dah tak sedarkan diri jadi saya pun bergegas balik ke rumah nak bawa dia pergi klinik berdekatan.
Ads
“Dalam perjalanan dapat rasa badan abah panas. Saya menangis peluk abah dan berharap sangat dia sedar dan panggil nama saya masa tu tapi tak ada respons daripada abah.
“Rupanya bila sampai ke klinik, doktor beritahu abah dah tak ada lebih kurang 30 minit sebelum tu. Kami tiba di klinik agak lambat kerana kesesakan lalu lintas.”
Dia sememangnya tidak menyangka bapanya sudah tidak lagi bernyawa dalam pelukannya sepanjang perjalanan itu
Ads
“Tipulah kalau tak sedih sebab dah tak boleh beraya dengan mak dan abah. Tapi saya bersyukur sebab mak abah dapat jumpa dekat ‘sana’. Impian abah nak kubur betul-betul sebelah pusara mak pun dimakbulkan.
“Bagi saya, abah dan mak memang pasangan sejati. Lahir pun tahun (1960) sama. Semasa hayat mereka, mak akan temankan abah solat tahjud dan witir pagi bersama. Orang lama bercinta ni memang legend.
“Satu perkara saya belajar daripada kisah ‘hero’ saya ni… kematian tu tak akan menunggu kita walau sesaat pun. Kematian itu adalah ketentuan Tuhan dan bukannya permintaan.
“Peluang untuk menghargai ibu bapa hanya datang sekali. Bagi mereka yang masih ada mak dan ayah, hargailah mereka,” ujar Dila.
Setelah beberapa hari kita berpuasa, kecoh pula di media sosial mengenai harga nasi Arab yang dimasak oleh Chef terkenal iaitu Chef Ammar.
Tidak dinafikan setiap tahun pada bulan Ramadan, beliau menyediakan hidangan enak ini untuk dijual kepada peminat nasi berkenaan.
Keenakkan nasi arabnya terutama Lamb Shank membuatkan ada yang sanggup beratur panjang untuk menjamah hidangannya, Biarpun harga agak mahal lebih RM50, ia tetap menjadi pilihan ramai.
Bagaimana pun, terbaru difahamkan Chef Ammar kecewa apabila ada warganet yang mempertikaikan mengenai harga nasi Arabnya.
Malah, ada warganet menggelarkan harga ‘yahudi’ atau ‘Tel Aviv’. Menerusi akaun TikTok , momomqms berkongsi video luahan kecewa Chef itu apabila ada yang mempertikainnya cara berniaga. Sebaliknya katanya ia berniaga dengan ikhlas atas untuk memuaskan hati pelanggan.
Rententan daripada itu, Chef terkenal ini menerusi akaun Tiktok miliknya menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab.
Guna 15 bahan masakan
Katanya sebanyak 15 jenis bahan digunakan termasuk pes tomato segar dan minyak bunga matahari dari Turki. Link video guna bahan-bahan premium untuk masakan.
Lantaran, sikapnya yang mementingkan kualiti dan menjaga rasa masakannya, saban tahun ramai yang sanggup beratur panjang demi menikmati masakan viralnya. Biarpun harganya mahal, masakannya tetap menjadi pujaan ramai!
Update: Terkini, didapati Chef Amar s telah membuat live di Tiktok akaunnya bagi menjelaskan isu yang menjadi tular. Dalam video berkenaan, beliau meminta warganet supaya tidak menggelarkan harga makanannya itu sebagai ‘harga yahudi atau Tel Aviv’ sebaliknya tidak kisah jika ada yang mengatakan nasi arabnya ‘mahal’ atau ‘sangat mahal’.
Sebelum mengakhiri Live, sempat menasihati supaya warganet menggunakan bahasa yang sopan ketika membuat komen.
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendengar sahaja perkataan kanser, pasti menyebabkan rasa gerun di hati. Apatah lagi kanser ini menyerang tak kira tua atau muda, lelaki mahu pun perempuan. Bahkan penyakit kanser juga dikatakan menjadi penyebab kematian yang tertinggi, iaitu kedua selepas menyakit jantung di negara kita.
Dianggarkan satu daripada 10 lelaki, manakala satu daripada sembilan wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, unjuran itu berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaporkan peningkatan sebanyak 11 peratus atau 115,238 kes kanser bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes pada 2007 hingga 2011.
Selain itu, katanya, sebanyak 63.7 peratus daripada keseluruhan kes kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4 serta memerlukan kos rawatan tinggi dan peluang untuk sembuh lebih rendah berbanding jika ia dikesan pada tahap awal.
Beliau berkata, kematian akibat kanser adalah sebab utama kematian di hospital swasta iaitu 34.95 peratus, manakala punca kematian keempat di hospital KKM iaitu 11.56 peratus.
Tiga jenis kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki di negara ini ialah kanser kolorektal iaitu 16.9 peratus, kanser paru-paru (14.8 peratus) dan kanser prostat (8.1 peratus), manakala bagi wanita pula adalah kanser payudara (33.9 peratus) diikuti kanser kolorektal (10.7 peratus) dan kanser serviks (6.2 peratus).
“Kanser juga adalah antara 10 sebab utama kemasukan ke hospital di kedua-dua hospital, masing-masing 5.17 peratus di hospital KKM dan 5.37 peratus bagi hospital swasta.
“Penerbitan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan pada 2020, apabila jumlah semua kematian akibat kanser digabungkan, ia menyumbang sebanyak 14.8 peratus daripada keseluruhan kematian, menjadikan kanser sebagai penyebab kematian kedua penting selepas penyakit jantung Ischemic Heart Disease (17 peratus),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 serta pelancaran buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025 di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Haron@Harun; Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Datuk Dr Saunthari Somasundram dan Pengerusi Malaysian Cancer Care Coalition, Dr Sanjeev Kumar Panchal.
Khairy berkata, kadar kelangsungan hidup relatif bagi pesakit selepas lima tahun menghidap kanser adalah 11 peratus bagi kanser paru-paru, manakala kanser kolorektal (51.1 peratus); kanser serviks (51.6 peratus); kanser payudara (66.8 peratus) dan kanser prostat (73 peratus).
Cegah Dengan Amal Hidup Sihat
Beliau berkata, tahap kanser semasa penyakit itu dikesan menyumbang kepada kadar kelangsungan hidup pesakit, selain kajian menunjukkan 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.
Ini kerana, katanya, satu pertiga daripada kematian akibat kanser dikaitkan dengan lima amalan hidup berisiko iaitu pengambilan tembakau termasuk merokok, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol berlebihan, kurang pengambilan sayur dan buah serta tidak aktif secara fizikal.
“Pencegahan adalah amat penting. Sehubungan itu, promosi kesihatan adalah penting sebagai langkah agar orang ramai cenderung ke arah pembudayaan hidup sihat dalam mengurangkan berisiko.
“Promosi pembudayaan hidup sihat juga adalah salah satu teras utama di dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat dilaksanakan KKM bermula pada 2021.
“Pengambilan tembakau adalah faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22 peratus kematian akibat kanser. Dianggarkan kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM 132.7 juta,” katanya.
Penjagaan & Rawatan
Dalam pada itu, Khairy mengakui wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini, selain menjelaskan Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi adalah komponen utama dalam rawatan kanser yang perlu dipertingkatkan terutamanya dari aspek kepakaran serta akses.
Beliau berkata, selain Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi, Perkhidmatan Rehabilitasi dan Penjagaan Paliatif juga belum mencukupi serta perlu dipertingkatkan.
Malaysia ketika ini hanya mempunyai 128 pakar onkologi, masing-masing 36 orang di KKM, manakala 14 lagi di hospital universiti dan 78 orang di hospital swasta, selain tujuh orang sedang menunggu untuk diwartakan sebagai pakar.
Hanya enam daripada 36 Pusat Rawatan Kanser di seluruh negara adalah di bawah KKM, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara, Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas di Sabah dan Hospital Umum Sarawak, manakala empat lagi di hospital universiti dan swasta (27).
“KKM belum mempunyai Pusat Rawatan Kanser di utara dan Pantai Timur. Pesakit dari Pantai Timur perlu ke Kuala Lumpur atau ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan.
“Bagi pesakit dari utara, Hospital Pulau Pinang hanya mempunyai tenaga kepakaran tetapi tidak mempunyai perkhidmatan radioterapi, justeru perlu menyumberluarkan rawatan radioterapi ke hospital swasta,” katanya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Setelah tujuh hari dilahirkan, Ernie dan suami berkongsi nama anak perempuannya itu kepada umum.
Memilih nama Nur Khawla Soleha buat puteri sulung, Ernie memuatnaik gambar tangan mereka sekeluarga dan menitipkan kata doa buat anak kesayangannya.
Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah swt. ❤
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.