Seakan sukar untuk mempercayai malah cukup mengejutkan kita sebagai ibu ayah bila tular di aplikasi TikTok pada lewat malam semalam yang menunjukkan kanak-kanak berusia enam tahun bersama adiknya berumur tiga tahun memandu kereta di Langkawi.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dikesan memandu Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga.
Memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai bagi membeli mainan.
Video kemalangan terbabit dikongsikan @i_am_ain tular tengah malam tadi dengan orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Ads
Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian dalam video tular itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang, jam 11.15 malam.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, kereta terbabit dilaporkan dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, manakala adiknya juga kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi penumpang.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang, terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.
“Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Shariman berkata, kereta terbabit dipercayai dipandu kanak-kanak terbabit dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka, sejauh 2.5 km tanpa pengetahuan ibu bapa.
“Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila mendapat tahu penglihatan anak menjadi kabur setelah mendapat pengesahan doktor. Lebih menyedihkan lagi, anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh, punya penglihatan normal sejak lahir namun sebaliknya akibat kesan pengunaaan gajet yang terlalu lama.
Sebuah perkongsian yang bermanfaat untuk dijadikan iktibar bersama. Moga anak Nik Nur Soffea Amanda 3 tahun 2 bulan kembali sembuh. Kepada puan Sheda Lehon, kami di Keluarga, doakan anak puan kembali sembuh dan punya penglihatan normal kembali.
Mesti orang tertanya-tanya kenapa dengan mata anak aku kan ? kenapa pakai cemin mata? Dia lahir normal kan? Yesss , aku lahirkan kakak & adik , mata normal & sihat walafiat . tak juling & tak rabun.
Mata mula juling punca main telefon lama
Mata mata kakak start juling since tahun lepas bulan 6/7 gitu .Punca dari HANDPHONE. Aku bagi dia tgk hp ikot kehendak dia . Tak kire siang atau malam . 2-3 jam setiap kali tengok . bayangkan satu hari dia tgk hp 3-4 kali .
Sebabnyaaa , aku suruh duduk diam, sebab aku nak tidokan adik dia, Nak layan adik dia yang masih kecil mase tuh . bile pegi makan kat lua . aku bg dia tgk hp sbb nak dia ddk diam . mase tuh aku tak tau dia rabun pun . aku dapat tau kakak rabun pas jumpe doc pakar mata kat hospital ismail 18/02/2019. itu appoiment 1st kakak .
Hati ibu mana yang tak sedih
Mase kakak mula juling aku macam tak bole terima . sedih sangat hati aku tp aku tau nie semua silap aku . aku punca semua nie . bile berdepan dengan orang luar . org dok perati mata kakak . ade yg mulut jahat panggil kakak HEI JULING. Tau tak ape perasaan aku mase tuh ? aku menangis weyhhh depan org … kakak da faham ape org ckp mase tuh . dia terduduk malu . tersipu malu . aku cpt2 peluk dia . tape kakak mmy ade . mmy akan usaha ape saje utk pulihkan mata kakak supaya kembali normal mcm dulu .
Tinggi tahap rabun
Mase check up, doktotr cakap kakak rabun . tinggi power rabun kakak . rabun 250 . silau 75 . doc suro kakak pakai spec utk tegakkan mata dia semula . andaikata pakai spec pun mata kakak tak normal semula . last choice OPERATION … allahu … terkedu mase tuh balik dr hospital . cepat2 mmy ajak ddy g kedai cermin mata walaupun mase tuh mmy ddy tade duit kak . untuk pengetahuan korang aku dgn laki aku tgh susah sekarang . tp malas nak cite banyak la . yg tau life aku mcm mane skrg . tau lah kan … nasib la aku ade gelang emas . aku patah balik uma amek gelang emas then pegi pajak . duit tuh aku buat utk beli cermin mata kakak . gelang emas tak padu pun , lepaslah buat cermin mata dia aku da tak pk ape dah . tapelah . emas bole beli nnt . anak2 lagi penting . now kakak kene pakai cermin mata selalu even kat rumah pun . kene kerap pakai bia mata dia cpt baik . bulan 8 nie ade check up lagi dengan doc pakar mata . mmy doakan mata kakak kembali normal seperti biasa ye syg sebelum bulan 8 nie . aamiin
Jadi pengajaran
Pengajaran untuk ibu bapa kat luar sana , stoplah bagi anak-anak korang ngadap hp sblm jd mcm anak aku . lagi2 tengok hp dalam keadaan gelap . nnt menyesal tak sudah mcm aku
korang semua doakan mata anak aku normal macam dulu yew
NIK NUR SOFFEA AMANDA 3 TAHUN 2 BULAN
mumy dady adik sayang kakak????
Doakan kembali sembuh
Manakala dalam posting berasingan terbaru semalam,selepas kongsi cerita anaknya menjadi tular, Puan Sheda Lehon berharap, penglihatannya anaknya kembali normal.
Ramai yang doakan kakak cepat sembuh. Ramai yang sayang kakak. Terima kasih di atas doa kalian untuk anak sulung saya .
Baru merasa nikmatnya bergelar ibu, pelakon cantik, Intan Najuwa mengakui kuatnya emosi apabila bergelar seorang ibu.
Bahkan kata Intan lagi dia mengakui dirinya tidak kuat apabila perlu menjaga bayinya seorang diri.
Disebabkan itulah dia sangat menghormati golongan ibu yang menguruskan anak mereka tanpa seorang pembantu.
Menerusi siaran langsung Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Datin Intan Najuwa Abdul Wahid menyatakan rasa kagum terhadap golongan ibu yang menjaga anak-anak tanpa bantuan helper memandangkan dia sendiri tidak kuat dengan hal itu.
“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat.
“Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.
“Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental,” ujarnya.
Tambah Intan lagi, dia mendedahkan turut menangis sama apabila anak sulungnya Imane Lunara menangis sehingga membuatkan suaminya pening kepala.
Atas sebab itu kata Intan dia sangat memerlukan bantuan pembantu dalam menguruskan anak kerana kadang kala situasi yang dihadapi menjadi hura hara apabila anak mulai meragam.
“Saya yang ada pembantu pun pening. Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana.
“Luna nangis, saya pun nangis. Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik.
“Sampai lupa nak buat apa,” katanya lagi.
Ramai yang menghargai pujian yang diberikan pelakon itu kerana mengakui bukan mudah menjadi seorang ibu yang baru melahirkan anak tanpa dibantu oleh sesiapa lebih-lebih lagi ketika dalam pantang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang pertama yang akan anak-anak jadikan contoh semestinya ibu ayah, kalau tak manakan keluar peribahasa ‘bapak borek anak rintik’ , ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’ betul tak?
Oleh itu, ibu ayah haruslah jadi contoh yang baik depan anak-anak. Tak kiralah dari segi perkataan mahupun perbuatan, anak-anak ini pemikiran mereka akan merakam apa sahaja yang mereka lihat dan ingat.
Seperti perkongsian oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini sedikit sebanyak membuka mata ibu ayah bahawa apa yang mereka lakukan akan mempengaruhi anak-anak. Jom ikuti perkongsiannya.
“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak si ayah menanggalkan tuala selepas mandi, berbogel dan pakai seluar dalam.
Mak ayah fikir, alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun. Namun mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak.
Nak dijadikan cerita, bila meningkat usia, budak ni terjebak pula dengan pornografi. Bila tengok yang biasa, beliau mula beralih kepada video lucah sama jantina, gay.
Mula-mula beliau rasa janggal, tapi lama kelamaan rasa biasa. Dia tengok porn gay pun sebab suka tengok zakar lelaki, dari zaman kanak-kanak.
Bila sambung belajar ke sekolah asrama, senior suruh berbogel dan melakukan onani dihadapan mereka pula.
Mula-mula rasa tak selesa, keliru, lama-lama rasa seronok. Otak terus triggered memori masa kecil tengok ayah tak berpakaian.
Rasa-rasa apa yang terjadi kepada budak lelaki ni sekarang?” Soal kawanku.
Aku mendiamkan diri.
“Budak tu jadi gay?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.
“Ya!”
Kelu tidak terkata.
*************
Kawan-kawan yang baik hati,
Ini adalah salah satu kisah yang berlaku kepada anak-anak kita. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina, unwed pregnant, baby dumping.
Namun disebalik semua itu tersimpan pelbagai kisah kompleks yang sukar untuk dirungkai. Berselirat!
Sebagai mak ayah, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka.
Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Mohon sangat agar tuan puan tidak berseluar dalam atau berbikini sahaja di hadapan anak-anak.
Bagaimana kita nak educate anak mengenai private part, bad touch, safe touch, malu, kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik di depan mereka?
Kau tahu, anak kecil akan meniru apa yang dilihat. Segala perilaku kita akan dipamerkan kembali oleh anak-anak.
Kau pemarah, mereka akan cepat marah. Kau suka pukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta kau lakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.
Cikgu tadika ada sampaikan kisah ini kepada saya, cikgu sekolah rendah pun ceritakan juga. Siap ada kes seorang budak tadika share kawan A to Z jimak yang dilakukan oleh mak bapaknya.
Itu belum lagi yang raba kawan dalam kelas, cium mulut kawan, meliwat dalam tandas, main ‘rogol-rogol’.
Kau rasa apa yang budak-budak ni lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perbuatan yang pernah dilihat di depan mata?
Menyebut tentang hal ini, teringat saya akan satu kisah. Seorang budak disoal siasat cikgu sebab bertindak lucah terhadap kawan sekelas.
Bila cikgu tanya, dia jawab biasa tengok parents buat macam tu. Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.
Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Bila ditanya guru kenapa cium mulut, raba dan peluk kawan perempuan, kanak-kanak ini menjawab, “saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”
Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.
Sudahlah anak diberi gajet seawal usia kecil, kemudian tidak dipantau pula. Anak kecil ini dibiarkan hanyut dengan youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.
Bukan senang nak jadi mak bapak ni, apatah lagi zaman serba canggih begini. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak wajib dipelajari.
Ajar anak mengenali tubuh badan, fungsinya. Anak perlu tahu fungsi zakar dan faraj. Tanamkan rasa malu. Pisahkan tempat tidur. Jangan melucah depan anak.
Jadilah guru pertama mendidik anak tentang hal-hal seksualiti, bukan porn, bukan pula rakan sebaya anak kita.
Gali lagi ilmu dan praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabie, menjadi mangsa sex grooming, pedofilia, dicabul dan dirogol.
Amin.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi Ulang siar posting tahun 2017 dengan sedikit pembetulan dan penambahan point. Saya dah repost 6 kali dah rasanya. Semoga ada manfaat untuk yang baru baca.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.