Kebanyakan wanita hari ini memakai Contact Lens atau juga dipanggil kanta lekap bukan sebab rabun semata-mata, malah lebih ramai menggunakan kanta lekap ini bertujuan untuk kelihatan lebih cantik dengan mata yang mempesona.
Biarpun ada yang mengatakan penggunaan contact lens ini boleh membahayakan kesihatan mata, namun tidak kurang pula mengatakan sangat selamat asalkan pandai jaga kebersihan dan tidak dipakai dalam tempoh masa yang panjang dalam sehari.
Wanita yang menggelar dirinya sebagai Nurul Syafika II di laman Fb merupakan pemakai kanta lekap tegar. Ikuti perkongsian tip dan cara yang dilakukan untuk memastikan kanta lekapnya sentiasa bersih dan selamat digunakan. Jom semak!
Saya sudah 7 tahun pakai contact lens. Ada ke yang pakai lebih lama dari saya ? Meh kita borak pasal contact lens. Sini ada sedikit tips penjagaan contact lens yang mungkin sedikit bermanfaat buat pemakai-pemakai contact lens di luar sana.
First saya nak bagi tahu yang saya pakai CL bukan saja-saja pakai, tapi sebab saya RABUN ! Maklumlah pakai spec ni agak leceh, terutamanya bagi ‘hijabster’. Kalian yang tak rabun sepatutnya bersyukur masih boleh melihat dengan terang lagi nyata, so tak perlulah pakai sekadar suka-suka.
Ok kalau nak pakai sangat sini saya ada sedikit tip yang berdasarkan pengalaman saya buat kalian :
- Sebelum pakai CL, tangan kena cuci betul-betul, seeloknya guna air sabun dan bilas. Kalau rasa pedih-pedih cuci balik CL. Mungkin masih ada bulu-bulu degil yang melekat di tangan.
- Lepas letak CL dalam mata, titis air Renu khas utk mata bercontactlens. Botol dia sama dengan botol eye glo/eye more.
- Biasa kita dengar pakai CL maximum 8jam. So lepas balik dari kenduri cepat-cepat buang, cuci dan rendam dalam bekas CL balik.
- Air Renu/apa-apa brand untuk rendam CL wajib ada . Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu! Air paip takkan sama dengan air CL.
- CL hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci CL ada caranya, bilas dengan air CL paling kurang 3x.
Buat magic sikit. Hihi. Jgn risau CL takkan jatuh �
Posted by Nurul Syafika II on 1hb Mac 2017
6. Bila CL dah ditanggalkan, jangan biar mata macam tu saja. Titiskan dulu dengan Eye Glo. Supaya mata tak merah dan kering.
Sumber : Nurul Syafika II