Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, bermula hari ini 28 Mac, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh mula disemak. BKM merupakan inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
Status kelulusan permohonan BKM 2022 boleh disemak bermula hari ini menerusi laman rasmi BKM. Anda boleh semak status permohonan anda dengan klik butang log masuk.
Dalam paparan log masuk itu, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan kata kunci yang telah anda gunakan semasa mengisi borang. Setelah itu, anda perlu klik butang ‘Semakan Status’.
Selain itu, pembayaran BKM Fasa 1 juga telah bermula pada hari ini secara berperingkat kepada mereka yang mempunyai akaun bank. Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian dijalankan di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac ini.
Dalam pada itu, bagi pemohon tiada akaun bank yang menetap di pedalaman sekitar Sabah dan Sarawak pula, tarikh pembayaran akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang daripada keseluruhan penerima BKM bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM300 mengikut kelayakan.
Ads
“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.
“Bagi penerima kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke akuan bermula 28 Mac hingga 8 April 2022,” jelas beliau dalam satu kenyataan tempoh hari.
Sebelum itu, Kementerian Kewangan mengumumkan hampir-hampir 4.8 juta bujang bakal menerima BKM bernilai RM8.2 Bilion. Menerusi kenyataan itu, 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak.
Menteri Kewangan terdahulu iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober tahun lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.
BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Ads
Pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai. Cadangan itu juga diambil melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.
Jarang sekali warganet berpeluang melihat keluarga Datuk Ac Mizal menerusi laman media sosialnya. Sebaliknya pengacara yang cukup terkenal dengan kaletah bersahaja dan melucukan ini sering berkongsi perkembangan kerjayanya.
Terbaru, Datuk Ac Mizal berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan sambutan hari lahir anak perempuannya yang disambut secara sederhana di rumah.
Anak perempuannya yang bernama Fea Eryssa kelihatan cukup gembira dan ceria diraikan oleh ahli keluarganya.
Fea yang kini memasuki usia 13 tahun tampak cantik dan manis. Wajahnya nampak iras mummy dan daddynya. Majlis yang bertemakan pyjamas party itu nampak simple tapi cukup menarik dengan pilihan tema warna ungu.
Seronok tengok gelagat Soraya, anak kepada pelakon Ain Edruce. Siapa sangka, cepatnya masa berlalu, pejam celik dah setahun rupanya usia si kecil ini.
Dalam satu perkongsian, si ibu memuat naik video throwback ketika kelahiran Soraya pada tahun lalu. Cukup menarik dan pastinya menjadi kenangan buat Soraya kelak.
Akui Ain, dia melalui detik sukar bila mana terpaksa menahan sakit kontraksi hampir 26 jam sebelum melahirkan anaknya.
“Anak Mummy dah 1 tahun. Pedih mata kita, masuk bawang ke tetiba.
“Cepatnya dah 1 tahun, punyalah susah nak keluarkan si kecik ni. 26 jam mummy dalam hospital, tak nak keluar-keluar.
“Seronok kot duduk dalam perut. Lama ekk nak keluar tu😣,” tulisnya berkongsi.
Sebagai ibu,tiada lain yang diharapkan selain mahu si anak terus menjadi yang baik sepanjang hidupnya kelak. Itulah juga titipan doa Ain buat Soraya.
“Happy birthday @__itsmesoraya. Mummy love you.. be a good girl okay.
“Jangan kuat jerit kat orang. Dah macam chucky dah mummy tengok. Kang semua takut dengan soraya ok,” tulis Ain lagi menerusi kapsyennya.
Sebelum ini umum tahu bahawa pasangan selebriti, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Keberangkatan mereka ke bersama jemaah lain tanpa membawa kedua-dua puteri mereka, Lara Alana & Lila Amina.
Baru-baru ini, Awal telah memuat naik satu video di laman Instagramnya di mana reaksi anak keduanya itu, yang mencuri perhatian netizen apabila menangis melihat bapanya pulang setelah ‘hilang’ beberapa minggu kerana menunaikan umrah.
Dalam video tersebut juga, Lila yang terkejut dengan keberadaan daddynya di rumah terus menangis dan memeluk daddynya seakan-akan melepaskan rindu kerana sudah lama tidak berjumpa.
“Agak-agak makan jam ke, makan hari ke, makan bulan nak jadi best friend balik ni,” tulisnya di kapsyen.
Pada masa sama, Awal turut bergenang air mata apabila melihat anaknya sedih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sharifah Shahira dan Sherry Alhadad turut sebak melihat reaksi Lyla. Malah ada yang mendakwa Lila memangis kerana rindu lama tak jumpa.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.