Jika kita pergi ke pasar tentu akan membeli ikan yang kelihatan segar.
Namun, tahukah anda terdapat ikan yang diawet dengan menggunakan bahan yang bahaya.
Paling menakutkan bahan pengawet itu menjadi pencetus kepada kanser.
Nak tahu bahan apa yang digunakan, ikuti perkongsian puan Asmah Chem yang juga pembekal ikan dan penyelidik kimia.
Moga jadi manfaat kita semua.
Bahaya Bahan Formalin
Disebabkan ramai yang belum tahu tips mengenalpasti ikan yang dah diawet dgn formalin, maka saya cuba explain based on pengalaman saya sebagai pemborong/peniaga ikan dan penyelidik kimia (Bersara).
Formalin terdiri daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat carcinogenic (penggalak kanser).
Kegunaan formalin adalah utk mengawet mayat dan specimen di hospital, pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri. Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di asia sehinggakan mee kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih2 lg barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.
Di Malaysia, kita hanya perlu bimbang kepada hasil laut yang dibawa dr luar negara dan ikan2 hasil tangkapan Laut Dalam menggunakan bot C2 (bot besar) yang berada di laut 1-2 minggu untuk mendapatkan bertan-tan hasil laut yg berkemungkinan diawet dgn formalin.
Tip kenal pasti ikan diawet guna formalin
Ads
Jadi bagaimana nak kenal ikan yang diawet dgn formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar:
1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.
2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata. (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).
3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.
4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan2 bersisik seperti merah/jenahak/senangin dll).
5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.
6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong slice (ikan besar seperti tenggiri dll).
7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minima. Badan Ikan/seafood tetap kekal keras dari pagi ke petang. (ikan tidak berpengawet perlu diletakkan dlm tong ais utk mengekalkan kesegarannya).
Ads
8) Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.
9)Bau – cuba cium bau ikan/seafood yg ingin dibeli. Seafood segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.
10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dlm tempoh yg lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur, dan cepat busuk.
Tips paling mudah, boleh tanya saja kepada penjual, “ikan bot balik hari ke ni bang? jeti mana?” si abang Bangladesh mungkin memberikan senyuman terindah sebagai jawapan.
Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan dari bot balik hari kerana kos operasi yg tinggi. Salah satunya Tropika Freshmart di Bangi. Seafood di Tropika Freshmart telah dijadikan bahan research di beberapa research institute dan terjamin bebas formalin.
Jika tiada pilihan dan terpaksa beli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin? Guna tips ini. Selepas membersihkan ikan, rendam dengan 10% larutan cuka + air selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan bersih. Mengikut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml.
Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.
Sekian dari makcik penjual ikan.
Asmah Chem,
Tropika Freshmart Bangi
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lagi beberapa hari, sesi persekolahan bakal bermula. Inilah masanya ibu-ibu membuat persiapan terakhir melengkapkan keperluan anak-anak.
Bagi yang kena tampal lencana di baju sekolah anak, memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab tu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Perkongsian daripada Facebook Puan Akmar Laily Omar ini mungkin bileh membantu.
Beliau mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan setiap wanita sukakan kejutan apabila meraikan sambutan hari jadi. Lebih manis apabila ia dilakukan oleh insan tersayang iaitu suami.
Begitulah perasaan yang dilalui oleh Memey Suhaiza yang merupakan isteri kepada pelakon terkenal, Norman Hakim.
Biarpun setiap tahun Norman melakukan kejutan hari jadi buat dirinya, tahun ini Memey amat teruja apabila buat pertama kali sambutan hari jadinya beliau mendapat kek paling banyak.
Malah, Memey menganggap ia bagaikan sebuah rombongan melamar. Teruja dengan kejutan luar biasa yang dilakukan oleh suaminya, Memey mengucapkan terima kasih atas usaha suaminya.
Assalammualaikum.. Salam jumaat.. Saya mulakan update hari ni utk suami kesayangan ni. Sebab semua kerana dia.. jadi sgt layak utk sentiasa dihargai. 10 tahun dah kahwin tanpa gagal setiap tahun utk plan surprise / plan itu & ini.
Wlpn berbuih mulut cakap.. tak nak majlis special, tak nak cake, tak nak deco, sbb dah rasa semua tu.. jadi rasa mcm cukup-cukup lah… apa adanya dengan family tu pun cukup bermakna sangat tapi dia tetap faham hati perempuan .
Mulut cakap lain tapi hati mesti nak. Dan disaat saya tak nak apa-apa Allah bagi rezeki luar biasa. Inilah tahun pertama saya terima paling banyak cake & hadiah dari semua disekeliling sy.. love u all too
Tq suami utk semua surprise birthday smlm.. effort luar biasa. Rasa mcm rombongan melamar pulak. Nnt mummy share video k… Tq suami.. love u sooo much
Dalam pada itu, Norman Hakim juga memuat naik sebuah gambar lukisan di instagramnya dengan meluahkan rasa syukur memiliki isteri yang sentiasa memberikan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Selagi ada hayat ini. Kujunjung kebahagiaanmu. Tapi bila sampai waktuku.. Doa dan restuku. Menjagamu selalu..
Sanah Helwah Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-33 My Love,My Wife,My BFF,Mummy to My Wonder Kids,My Everything…@memeysuhaiz