Ada orang setiap harinya pasti dimulai dengan secawan kopi barulah sempurna dirasakan . Ada orang terasat alah pula dengan minum kopi.
Bersempena sambutan Hari Kopi Sedunia pada 1 Oktober yang lalu, terpanggil seorang doktor ini berkongsi tentang kopi.
Selamat Hari Kopi Sedunia!
Kopi mengandungi kafein, iaitu sejenis neurostimulant. Apabila kita minum kopi, kafein akan masuk ke dalam darah dan kemudian menghambat adenosine daripada melekap pada receptor adenosine.
Ads
Adenosin adalah neurotransmitter yang bertanggungjawab memberi signal kepada tubuh untuk rehat dan tidur. Sebab itu, bila minum kopi, kita akan lebih segar, kurang berasa letih atau mengantuk.
Kopi juga boleh buat anda kerap kencing kerana ia sejenis diuretik, meningkatkan kadar denyutan nadi, serta menyumbang kepada faktor menyebabkan gastritis.
◾Ibu hamil boleh ke minum kopi?
Boleh, tetapi tidak melebihi 200mg kafein, bersamaan 1-2 cawan kopi sehari. Untuk lebih selamat, minum satu cawan sahajalah.
Ads
◾Kopi boleh menyebabkan migraine tak?
Kafein ditambah dalam ubat migraine (ergotamine) untuk tingkatkan keberkesanannya. Namun ada individu mudah sakit kepala selepas minum kopi.
◾Saya minum kopi, tetap ngantuk. Kenapa eh?
Setiap individu mempunyai sensitiviti terhadap kafein pada tahap yang berlainan. Ada individu boleh minum kopi, dan tetap tertidur selepas itu.
Ads
◾Kopi boleh menyebabkan ketagihan ke?
Boleh, tapi tak berapa sukar atasi ketagihan itu. Simptom coffee withdrawal: resah, lesu, tak senang duduk, pening dan sebagainya.
Kesimpulannya, tak usah nikmati kopi berlebihan, terutamanya yang ada masalah kesihatan.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Peminat Kopi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang cukup sukakannya. Makanan paling ringkas, pantas disediakan dan paling penting sedap rasanya. Apa lagi kalau buat pedas-pedas dan dimakan ketika panas.
Lebih hebat lagi sekarang semua orang dah mampu buat sardin tin sendiri yang dibuat daripada ikan segar. Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dim Sum yang biasa kita makan di restoan cina Muslim memang enak sekali rasanya, terasa berkhasiat dan apabila digigit cukup lembut dan juicy, maklumkan dikukus sempurna dengan ramuan inti yang enak.
Setiap kali menjamu rasa, teringin juga untuk andai dapat menyediakan sendiri menu dim sum ini. Pun begitu, terbayang juga tentu sukar untuk membalut dim sum tersebut. Seakan ada seni dan skilnya yang tersendiri. Lantas sebab ini juga, membantutkan niat awal untuk menyediakan menu istimewa ini.
Pun begitu, tahukah anda teknik mambalut dim sim ini ada yang ringkas dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Adiba Amira yang juga berkongsi rakaman video langkah demi langkah untuk memberi kefahaman buat kita bersama.
Untuk itu, ini perkongsiannya.
Memandangkan ramai yang bertanya resipi dim sum by me ni.. Benda sedap kita kongsi bersama.. Meh sini scroll step by step saya ajar buat dimsum mudah dan confirm jadi. Selamat mencuba, selamat menjamu selera.
Bahan-bahan: Ayam kisar, lobak merah, bawang merah, lada hitam, tepung jagung dan sedikit garam, dumpling pastry
Cara penyediaan :
Step 1 : Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
Step 2 : Kulit dumpling dipotong dua. Ingat yer. Kulit ni jangan terlalu kena air di permukaan tapak. Nanti dia akan melekat dengan periuk kukus. Kalau nak elak daripada melekat, letak minyak pada periuk kukus.
Step 3 : Ambil kulit dimsum dan letakkan ditapak tangan. Ambil sedikit air dan sapukan pada permukaan atasnya. Kemudian ambil isi dum sum yang telah dibulat-bulatkan. Letak di tengah-tengh kulit dim sum tadi dan balut kemas mengikut citarasa.
Sorry suara x jelas sbb buat vdeo time anak tdo. 😂
Perkongsian keluarga ini wajar dijadikan pengajaran untuk kita dalam memperbaiki keharmonian hidup berumah tangga.
Apatah lagi jika sudah melalui fasa-fasa perkahwinan yang punya banyak liku dan cabarannya.
Jom semak perkongsian ini untuk manfaat bersama.
Suami isteri selalu bergaduh? Oh rupanya itu puncanya…
Assalamualaikum ustazah, saya nak kongsi dengan ustazah kisah keluarga kecil kami…
Alhamdulillah saya dengan suami hampir 10tahun menjadi suami isteri, masih muda tetapi banyak perkara yang kami belajar bersama. Awal perkahwinan, saya bekerja dan suami masih belajar. Alhamdulillah tahun-tahun pertama mendatangi kehidupan kami berjalan dengan lancarnya.
Beroleh anak pertama, suami saya dikurniakan kerja yang agak stabil. Cukup untuk menampung hidup bertiga. Dia tidak kisah berulang alik sejauh 80km sehari-hari asalkan memudahkan kerja saya.
Masuk anak ketiga, keharmonian rumah kecil kami mula sedikit tergugat. Ada saja yang menempah kemarahan. Puncanya suami merasa saya melebihkan anak walhal saya pula merasa dia semakin kurang membantu. Masing-masing menjeruk rasa. Semakin banyak yang tak puas hati. Ada saja yang tidak kena di mata.
Saya mula berfikir dimana silapnya. Saya berdoa semoga Allah menunjukkan jalannya. Sehinggalah suatu hari anak sulung saya bertanya, kenapa kakak lihat abah dan mama sudah jarang solat bersama? Mama sudah tidak lagi membentang sejadah, abah tidak lagi mengucapkan doa yang baik-baik buat keluarga kita..
Allahuakbar, baru perasan, dalam sibuk nak membina kerjaya yang kukuh, mendidik anak supaya berjaya, kami terlupa nak sujud bersama, terlupa nak aminkan doa bersama, pendek kata kami berjemaah meminta dunia tetapi bersendirian menuju akhirat. Astaghfirullah….
Mujur Allah masih sayangkan kami. Suatu malam, diusia perkahwinan kami yang kesepuluh, saya memegang tangan suami, dengan perlahan saya menangis didepannya. Saya cuma sebut, mama rindu nak solat berjemaah sama-sama. Hanya dengan ungkapan itu, suami memeluk saya dan langsung memohon maaf.
Bermula dari hari itu, kami mula membahagi tugas bersama. Barang anak suami siapkan dan saya uruskan gosok menggosok pakaian kerja.
Baju yang sudah dipakai, suami basuhkan dan saya urus masak memasak. Lebih lama sujud dilantai bersama, lebih banyak keharmonian dan keberkatan yang kami perolehi.
Alhamdulillah, hari ini sekalipun harta dunia kami tidak sebanyak mana, cukuplah ia menenangkan keluarga kecil kami.
Saya berkongsi untuk memberitahu, kekadang kita mengatakan ketiadaan persefahaman membuatkan kita berpisah.
Hakikat sebenarnya Allahlah yang menyatukan kita. Kalaulah rumah itu dikukuhkan dengan simen, dan batu bata, maka keimanan dan pemahaman agamalah yang mengikat hati suami dan isteri seadanya.
Sumber : Fastabiqul khairat via bahagian dakwah jakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di