Peminat Kuih Koci Pulut Hitam Atau Koci Labu, Versi Tak Perlu Kukus Ni Memang Wajib Buat!
Bila berbuka puasa tak lengkap rasanya kalau tidak dijamah kuih muih tradisi sebagai juadah pencuci mulut. Bahkan ada juga antara kita yang terbiasa berbuka dengan kuih muih terlebih dahulu untuk alas perut, dan usai solat Maghrib barulah menikmati juadah utama.
Menyentuh tentang kuih muih yang dicari-cari di bulan Ramadan ini, antaranya adalah kuih Koci Pulut Hitam dan juga Kuih Koci Labu. Keenakan menikmatinya setelah seharian berpuasa memang menepati selera sesiapa sahaja.
Jadi jika sebelum ini anda membelinya di bazar Ramadan, apa kata kali ini anda sediakan dari air tangan sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Diena Anilda yang suatu masa dahulu turut pernah berniaga kuih koci ini sebagai sumber pendapatan buat keluarganya.
Kuih Koci Pulut Hitam
Inti 200++ biji
1500 gm Kelapa (Lebih kurang 4 biji kelapa)
370 gm gula merah
1kg gula
6 cawan air
6 helai daun pandan
2 sudu kecil garam
10 sudu tepung gandum(akhir sekali untuk bagi sedikit kental)
Cara-caranya:
1.Masak gula merah dan air sehingga larut. Tapis guna tapis kain.
Ads
2.Masak semula gula merah yang sudah ditapis bersama gula pasir, garam dan daun pandan. Masak sehingga gula pasir larut.
3.Masukkan Kelapa. Kacau sehingga kering.
4.Bila tolak sedikit inti dengan senduk, kelihatan berbuih-buih didasar kuali, maksudnya inti dah nak kering dan boleh masukkan tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.
2-3 sudu tepung Pulut hitam (Beras pulut hitam di kisar dan diayak)
Santan cair/Air (Untuk uli)
Ads
Doh Labu 50++biji
500 gm Tepung pulut
500 gm labu (direbus dan dilecek)
Santan cair/Air(Untuk Uli)
Cara-caranya:
1.Masukkan air/santan cair sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
2.Ambil inti dan masukkan dalam doh. Bulat-bulatkan. Gris loyang dengan sedikit minyak.
3.Didihkan air panas. Setelah mendidih masukkan doh.
4.Kalau sudah timbul, angkat doh dan terus gaul di dalam dadih santan yang telah dimasak.
5.Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api. Siap.
Dadih santan
Ads
200gm kelapa parut (Blend dengan 2 liter air, kemudian tapis)
10 sudu tepung beras
10 sudu tepung jagung
3 helai daun pandan
Garam & Gula secukup rasa
Cara-caranya:
1.Kisar Kelapa dan air.Tapis guna tapis kain.
2.Masukkan tepung beras dan tepung jagung.Tapis sekali lagi guna tapis teh je sebelum pasang api.
3.Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandai untuk aroma yang wangi.
4.Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
(Dadih santan kene pndai adjust ye..jangan cair sangat..jangan pekat sangat. Kalau tercair.. bancuh sedikit tepung beras dan air..tapis masukkan dalam dadih. Kalau pekat tambah air panas, masak sampai dadih plupp..plupp..plupp..untuk tahan lama.
Untuk dadih ni saya tak ada sukatan yang betul-betul tepat..ikut seni tangan masing ok..)
Tips:
1.Kacau doh yang dah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.
2.Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh di dalam air. Sebab bila doh dah masak kena terus masukkan dalam santan. Kalalu tidak nanti melekat-lekat.
3.Setelah inti siap dimasakkan.Sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah agak sejuk dan beku. Keluarkan dan bulat-bulat kan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti ke dalam doh. Tak melekit-melekit dan kerja jadi cepat.
4.Untuk dapatkan size kuih yang sama besar, saya timbang inti 10gm dan doh 20gm setiap satu. Leceh tapi berbaloi.
Tiada alasan lagi untuk kita mengatakan tidak boleh menyediakan hidangan kek andai tidak cukup peralatan dan perkakasan.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Rohayati dan bolehlah dicuba. Ini perkongsiannya.
Anak baru baik demam. Berselera makan. Mak pun rajinkan diri buat kek. Tapi sebab oven rosak, mak bakar dalam periuk je.
Ada yang pernah buat macam ni jugak?
UPDATE : Saya dah selalu buat. Dan periuk tak terbakar. Sebab pakai api kecik.
PERINGATAN : kalau pakai cara ni, korang jangan tinggal pergi kedai. Jangan tengok sinetron. Bahaya kalau lupa.
Kalau takut terbakar, kukus pun boleh. Resepi yang sama, boleh di kukus.
Kek marble resepi derhaka. Sebab resepi yang dah di gabungkan dari beberapa resepi. Sedap!!. Manis sedang-sedang. Gebu dan lembut. Resepi memang senang.
Resepi kek marble sedap dan senang.
BAHAN-BAHAN :
170 gram tepung gandum (1 suku cawan)
1 sudu kecil baking powder
100 gram gula castor (tapi akak pakai gula pasir je. Malas nak gi kedai)
Setengah cawan susu pekat
4 biji telur
200 gram marjerin (agak2 dalam 1 setengah cawan)
1 sudu kecil ovallet (optional)
Setengah cawan serbuk koko
CARA-CARA MEMBUATNYA :
1- ayak tepung gandum dengan baking powder. Buat kek apa pun, mesti nak kena ayak tepung dulu. Supaya tepung jadi ringan dan kek naik cantik.
2- campur marjerin dengan gula. Pukul sampai gebu. Pastu masukkan susu pekat. Bila dah gebu masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan ovallet.
3- last sekali masukkan tepung. Gaul rata. Kemudian bahagi 2. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Suka hati nak bahagi berapa. Ikut warna yang korang nak. Tuang selang seli dalam loyang. Jangan lupa, loyang sapu marjerin. Kang tak pasal2 melekat. 🙂
4- bakar selama 45 minit. Ikutlah kesesuaian oven korang. Akak bakar dalam periuk je.
Letak tungku dalam periuk. Dapur gas tu, api yg last sekali paling kecik.
Resepi asal pakai satu buku butter. Tapi memandangkan tekak dah macam orang tua, nak makan kek macam zaman dulu, maka akak pakailah marjerin pelangi. Nampak nau dah tua kan……
Kalau takde ovallet, takpe. Buat je. Tetap jadi. Cuma kurang gebu. Kalau takde susu pekat, pakai gula 150gram. Cuma, kurang moist.
**Kalau takde mixer…. blender telur, gula, susu dan ovallet. Kemudian tuang dalam besen. Lepastu masukkan tepung yang dah di ayak dengan baking powder. Last sekali tuang marjerin yang dah dicairkan. Gaul rata dan bahagikan ikut warna. Dan bakar. Kalau takde loyang, pakai periuk yang kecik sikit. Supaya boleh masuk dalam periuk besar untuk bakar.**
Jadi, takde alasan lagi nak buat kek sebab takde oven dan mixer. 🙂
sumber : Rohayati Ismail via MAH
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekiranya ada dikalangan ahli keluarga anda yang mengidap ekzema, umumnya untuk mengawal kegatalan kulit ada makanan yang kita larang mereka ambil seperti telur, udang dan makanan laut yang lainnya.
Pun begitu, tahukah anda ada juga jenis sayur dan buah-buahan yang tidak bagus diambil oleh mereka yang ada ekzema.
Jika dimakan, akan menyebabkan penderita ekzema akan merasa semakin gatal dan nampak semakin teruk kesannya. Ini sebagaimana menurut Mizhana Padzi iaitu merupakan Eczema Health Coach, ada 12 jenis sayur dan buah yang bahaya diambil oleh penderita ekzema.
Nak tahu detail, ini disenaraikan olehnya dan sila take note.
12 SAYUR DAN BUAH YANG BAHAYA UNTUK EKZEMA
Maknanya jika makan oleh penderita ekzema, ekzema boleh flare up.
Siapa sangka kan ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus dimakan orang lain, namun tidak untuk penderita ekzema.
Sayur dan buah yang tidak pas untuk ekzema di bawah ini bukanlah selama lamanya harus dijauhi. Tapi cuba off sementara ekzema belum baik dan anda sudah penat berhabis duit beli krim dan tak tidur malam lihat anak bergaru setiap malam.
Sayur dan buah di bawah ni antara list yang saya sebagai Eczema Health Coach larang klien saya makan sementara waktu hingga ekzema mereka pulih dengan mudah tanpa ubat dengan izin Allah.
Mari lihat apakah sayur dan buah itu yang suka buat onar pada ekzema anak anda di gambar di bawah dan saya terangkan sekali kenapa :
1. Tomato
Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan sebabkan gatal
2. Jagung
Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh trigger ekzema kalau tak pulih lagi
3. Brokoli
Brokoli yang menyihatkan ini harus avoid at all cost kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, samada ekzema teruk atau lambat baik
4. Cendawan
Cendawan ni basic sayur yang kena hindari kalau sakit kulit. Ibu ibu yang ada anak ekzema kalau tak tahu cendawan tak boleh makan, kesian anak tu. Cendawan tinggi histamine dan sebabkan gatal
5.Cili benggala
Photo by Rens D on Unsplash
Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO dan tinggi alkaloid dan solanine yang sebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dan baik insyaAllah tak ada masalah nak makan sayur ni)
6. Nanas
Pineapple atau nenas ni antara citrus fruits yang kena elak bila ekzema susah nak baik kerana citrus can trigger eczema
7. Kubis
Photo by yang louie on Unsplash
Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan sebabkan gatal
8. Anggur
Anggur ni tolong tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Anggur ni sangat bahaya untuk ekzema
9. Buah mata kucing
Buah mata kucing kena elak juga walaupun ia enak namun bad for eczema healing
10. Kiwi
Kiwi sama macam anggur. Kena pasak dalam kepala kiwi buah yang bahaya untuk kulit ekzema
11. Berries
Photo by William Felker on Unsplash
Berries tak kisahlah strawberry ke ,blueberry ke raspberry ke adalah tinggi histamine jadi boleh sebabkan gatal
12. Buah kering aprikot
Photo by engin akyurt on Unsplash
Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/mizhana.padzi.7/posts/1293093871210642″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Mizhana Padzi [/su_button]
Sarapan pagi merupakan perkara penting sebelum memulakan hari termasuk bekerja atau belajar. Roti canai antara menu yang sangat popular dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Menu ini juga sangat digemari oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Tapi, tahukah anda jika buat sendiri di rumah pun lagi best.
Jangan risau, anda hanya perlu ikut sahaja step-step yang dikongsikan oleh Azura Yusoff ini. Nampak sahaja renyah, tetapi hasilnya sangat memuaskan dan menyelerakan. Selamat mencuba!
Roti Canai Homemade
Bahan-Bahan:
1 kg tepung gandum
1 sudu kecik penuh garam
1 sudu besar pelembut roti
2 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
Air sejuk peti gm500 sugar
Air panas 3 sudu besar
Cara-Cara:
– Masukkan garam gula susu pekat, air panas 3 sudu besar. Kacau sehingga sebati.
– Masukkan tepung gandum. Kacau hingga larut.
– Masukkan pelembut roti. Kacau hingga larut.
– Masukan air sejuk sedikit demi sedikit.
– Uli hingga 30 minit. Uli hingga lembut.
– Bulatkan hingga menjadi doh kecil dan lumurkan dengan majerin.
– Simpan dalam bekas kadap udara selama 6/7 jam
– Bentukkan setiap doh hingga menjadi roti canai.
– Letakkan minyak sedikit ke dalam kuali. Bakar hingga separuh masak untuk roti canai segera kalau nak terus makan masak sepenuhnya.