Penat Jaga Anak Kecil Bukan Lama. Ibu Ni Pesan Hargai Momen Tu Kerana Akan Dirindui Kelak!

Menjaga anak-anak ketika mereka  masih kecil diakui bukanlah suatu perkara mudah. Semua urusan mereka  perlu diberi perhatian hingga ini menyebabkan ada juga sesetengah ibu ayah meluahkan rasa keluh dan lelah menjaga anak-anak.

Kalau boleh biarlah anak-anak ini cepat besar dan mudahlah untuk kita melakukan aktiviti lain daripada terus memberikan tumpuan kepada anak-anak. Maklumlah ketika anak-anak masih kecil ragam dan karenah mereka lain macam, sampai seakan-akan kita rasakan mengada-mengada. Sikit-sikit, inginkan perhatian dan tidak kurang juga asyik hendak ‘melekat’ dengan kita.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Itu belum lagi bab adik beradik asyik bergaduh berebut mainan dan sebagainya, memang hura hara jadinya. Bukan sahaja riuh dengan suara anak-anak malah ditambah pula dengan suara kita yang menegah pergaduhan tersebut, bolehlah kita katakan suasana dalam rumah sudah seperti di pasar malam!

Pun begitu, dalam kita berharap anak-anak cepat membesar agar rutin hidup kita lebih senang dan tenang hakikatnya jangan pelik waktu itulah juga kelak akan menjadi antara momen yang cukup berharga dan dirindui. Percayalah waktu membesarkan anak-anak bukanlah lama dan ia adalah momen yang indah!

Penat Jaga Anak Kecil Bukan Lama. Ibu Ni Pesan Hargai Momen Tu Kerana Akan Dirindui Kelak!

IKLAN

Penat Menjaga Anak Ketika Kecil Tak Selamanya

Ini sebagaimana menurut perkongsian Azura Nasir yang seolah-alah mengimbau betapa indahnya momen ketika anak-anaknya masih kecil. Betapa anak-anak ini begitu banyak ragamnya, sekali sekala kecoh minta perhatian, kadang-kadang menggamatkan susasana dengan tawa riang dan tidak kurang juga kerap kali mengada-ngada untuk bermanja dengannya.

“Malam-malam begini tiba-tiba aku jadi rindu bila teringatkan anak-anak sewaktu mereka kecil dahulu,” Tulisnya di awal perkongsiannya.

Waktu itu, masing-masing berebut nak tidur di pangkuan. Masing-masing berebut nak duduk di sebelah waktu menonton tv. Masing-masing petah bercerita tentang hal-hal seharian di sekolah ketika makan malam. Masing-masing belum tahu erti malu-malu minta dipeluk dan dicium. Lalu bergumpallah kami tiga beranak berpelukan.

IKLAN

Pulang dari sekolah, dari jauh lagi mereka sudah tersenyum riang bila nampak aku berdiri menunggu di hadapan gate sekolah. Berlari-lari lalu menangkap tangan dan berpimpinan kami menuju ke kereta sambil menghayun tangan.

“Ibu, boleh tak singgah kedai. Nak beli air ngan jajan”

Rindu. Rindu sangat.

Sekarang ni, bila aku membaca tentang bagaimana kawan-kawan bercerita tentang lelahnya mereka menguruskan anak-anak yang masih kecil, aku hanya mampu berkata di dalam hati,

IKLAN

“Nikmatilah moment-moment ini. Kelak kamu akan rindukan hiruk pikuk riuh rendahnya suasana ini. Penat yang sedang kamu rasakan ini tidak akan lama wahai teman. Tiba masa nanti anak-anak kamu akan pandai menguruskan diri mereka sendiri. Dan waktu itu kamu akan rindukan keletah mereka mencari-cari dan memanggil-manggil kamu meminta perhatian”

Waktu tidak akan bisa diputar semula. Nikmatilah setiap detik waktu yang sedang kita jalani ini dengan sebaik-baiknya. Kelak apabila kita rindukan kenangan-kenangan, pastikan ianya tidak diiringi dengan penyesalan.

Sumber : Azura Nasir

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Penat Jaga Anak Kecil Bukan Lama. Ibu Ni Pesan Hargai Momen Tu Kerana Akan Dirindui Kelak!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI