Berpantang maut sebelum ajal. Seorang doktor wanita melalui detik cemas apabila kereta Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot.
Situasi ini membuatkan penduduk yang tinggal di lokasi berdekatan terkejut dengan situasi yang menimpa mangsa.
Menurut rakan mangsa, Mohd. Azwan Jusoh, 38,, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh tajam.
Kejadian yang berlaku pada jam 4 pagi, mengakibatkan kereta mangsa remuk teruk.
“Saya dihubungi suami mangsa memohon pertolongan saya membantu isterinya yang mengalami kemalangan pada pukul 4.50 pagi.
Ads
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, hati saya berdebar apabila lokasi kemalangan dikerumuni ramai anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pada itu, mangsa dikatakan tidak mengalami kecederaan, mengalami trauma hingga ditenangkan kakaknya sebelum dibawa pulang ke rumah.
Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Kebahagiaan dalam rumah tangga adalah impian setiap pasangan. Namun sebuah perkahwinan itu sudah tentu ada cabaran buat pasangan suami isteri. Susah senang pastinya akan diharungi bersama pasangan tersayang.
Menyentuh mengenai perkongsian yang mengisahkan sebuah rumahtangga ini yang menggambarkan kasih seorang suami yang sentiasa ingin membahagiakan isteri. Biarpun kesukaran dihadapi suami tetap mengadapi dengan tenang. Sikap suaminya yang menyuruhnya memasak setiap hari, rupanya ada sebab yang tidak diketahui. Ikuti lanjut kisah ini yang meruntun jiwa kita sebagai seorang isteri.
Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.
Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya…
Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya…
”Hmm… Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni…”
”Ya sayang… Apa dia? Tanyalah… ” jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.
”Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke…?? ” soalku lembut.
”Ermm tak. Kenapa sayang??? ” pendek dan ringkas jawapan dia.
”Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang…
”Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat… saya kadang-kadang stress…”
Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.
Duit makan tengahari simpan untuk belikan hadiah
Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis…
”Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak…”
Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali…
”Hmm… Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari…”
3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu ‘rahsia’ tersebut.
”Pertamanya ialah kerana… Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang… ‘‘
Allah… aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa… dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi…
‘‘Kedua… kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni…”
Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami…
‘‘Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una ‘hadiah’ ketika mana abang pulang di waktu petang…”
Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku…
”Takpe… Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In sya Allah, abang masak sendiri k. Dah… jangan nangis…” Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan ‘berpuasa’ tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah… Ampuni aku dan rahmatilah suamiku…
Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri…
Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa… bersyukurlah…
Wallahu A’lam..
LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia banyak MENGALAH dari umur yang sangat muda. Dia membelanjakan semua duit, untuk beli HADIAH, untuk yang dia CINTA, hanya untuk melihat dia TERSENYUM..
Dia KORBANKAN masa. Bujangnya hanya untuk seorang WANITA…. Dia KORBANKAN masa mudanya demi isteri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.
Dia bina MASA DEPAN mereka Sekeluarga, dengan hutang dan membayar hutang, sampai stress..
Dia telah bersusah payah tapi masih dimarahi Isteri dan BOSS. Kehidupan Dia berakhir hanya untuk, MENGALAH demi, KEBAHAGIAAN orang lain
Kalau dia keluar rumah,kata org dia MERAYAU…Kalau dia tinggal dirumah,kata org dia MALAS….Kalau dia marahi anak2,kata org dia GALAK… Kalau dia tak marah, kata Org dia laki-laki yang TAK TEGAS…Kalau dia tak bolehkan isteri bekerja, kata org dia Seorang yang MENGONGKONG…kalau dia bolehkan isteri bekerja, kata org dia MAKAN gaji isteri.
Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAMI, Kalau dia dengar kata isteri,kata org dia GTBI, (Geng Takut Bini), Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG. Kalau tak mahu tolong wanita lain, katanya KEJAM..
Tapi di tengah terpaan, segala macam tuduhan,dia tetap TEGAR…. KUAT
Dialah LAKI-LAKI….
HARGAILAH setiap LAKI-LAKI dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa PENGORBANAN yang sudah dilakukan buat Anda.
Boleh dikirim ke semua LAKI-LAKI supaya mereka TERSENYUM dan kepada semua wanita supaya mereka SEDAR bahawa LAKI-LAKI itu amat BERHARGA…. walau seburuk apapun suami mu
Peluang mengerjakan haji dalam usia yang masih muda dianggap satu anugerah yang cukup indah buat penyanyi bernama Amira Othman ini. Empunya diri juga tidak menyangka terpilih mendapat rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci.
Amira, 26, atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman berkata, dia turut membuat solat istikharah ketika dipelawa sahabatnya, penyanyi, Wany Hasrita.
Menurutnya, dia masih berasakan dirinya seperti bermimpi dijemput menjadi tetamu Allah SWT bagi mengerjakan Rukun Islam kelima itu.
“Saya mahu betulkan niat untuk ke sana dan pergi bukan dengan bekalan yang kosong. Alhamdulillah, bangun pagi saya berasa lebih yakin dengan keputusan dibuat,” katanya kepada Harian Metro.
Amira yang juga pelakon berkata, dia bersama Wany Hasrita mendapat jemputan daripada Kerajaan Arab Saudi.
Dalam perkongsian terbarunya, penyanyi Amira Othman mengakui tidak pernah berputus asa untuk berdoa supaya dirinya selalu dijemput bagi ke tanah suci Makkah dan Madinah melakukan ibadah umrah dan haji.
Menurut Amira berkongsi amalan yang dilakukan olehnya supaya dirinya sentiasa mengingati tanah suci Makkah dan Madinah.
“Wallpaper phone saya gambar saya masa menunaikan umrah. Supaya saya selalu ingat dan doa inilah tempat yang saya nak sangat-sangat datang lagi.
“Siapa sangka Allah kabul terus menunaikan haji. Doalah banyak-banyak dari sekarang kalau awak nak pergi.
“Doa je sampai penat pun kena doa. Doa ni mustajab dan miracle. Tak ada orang sangka.
“Takkan ada seorang manusia pun boleh sangka. Hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang dilakukan Amira serta mereka mendoakan agar urusan ibadah haji Amira akan dipermudahkan.
Jodoh itu rahsia Allah, tiada siapa yang tahu. Begitu juga kisahnya buat pasangan ini yang selepas 21 tahun bercerai, namun siapa sangka jodoh mereka sangat kuat apabila bertaut kembali sebagai pasangan suami isteri buat kali kedua.
2002 Bawa Haluan Sendiri
Ikatan perkahwinan pertama dibina Hawazalina Mohd Othman, 46, dan Mohd Ezwani Ahmad Nazeri, 45, selama dua tahun terlerai pada Jun 2002 sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Hawazalina yang mengambil tempahan dan mengajar seni mengait berkongsi video di akaun sosial itu, baru-baru ini.
Hawazalina berkata, selepas berpisah mereka berkahwin lain dengan pasangan masing-masing, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.
Menurutnya, sepanjang perpisahan selama hampir 21 tahun, mereka tidak pernah berhubung atau bertemu kerana sudah mempunyai hidup sendiri.
“Saya berkahwin dengan bekas suami kedua pada 2008 sebelum berpisah pada 2019 dan kami mempunyai tiga anak, manakala suami pula berkahwin bersama bekas isteri keduanya pada 2007.
“Suami kemudian berpisah dengan isterinya pada 2018 serta turut mempunyai tiga anak dan kami tidak pernah berhubung ketika itu,” katanya yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Baca artikel menarik lain di sini:
Ucapan Takziah di FB
Hawazalina berkata, hubungannya dengan suami kembali terjalin pada 22 Februari lalu iaitu dua hari selepas ibunya meninggal dunia apabila Mohd Ezwani mengucapkan takziah di hantaran Facebook (FB) selepas diberitahu rakan mereka.
“Pada mulanya saya tidak mengecam wajah suami sebab susah terlalu lama tak berjumpa dan wajahnya juga sudah berubah sehingga adik saya yang mengecamnya.
“Suami kemudian mahu menjadi rakan di FB dan sejak itu kami mula berhubung dan ketika itulah kami baru tahu kisah masing-masing.
“Suami kemudiannya cakap, kenapa tidak kami bersatu kembali dan saya bersetuju dengannya,” katanya.
Setuju Perkahwinan Semula
Katanya, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju kerana mengakui percaya dan yakin bahawa Mohd Ezwani mampu menjaganya hingga ke akhir hayat selain perpisahan sebelum ini bukan kerana mereka mempunyai masalah.
“Perpisahan kami sebelum ini kerana faktor sangat peribadi, tetapi sepanjang perkahwinan kami sebelum ini suami seorang yang baik dan bertanggungjawab. Saya percaya suami masih sama seperti 21 tahun lalu.
“Semua anak dan keluarga kami juga menerima keputusan (perkahwinan semula) ini. Sejujurnya memang agak kekok kerana sudah lama tidak bertemu, tetapi apa yang saya harapkan perkahwinan semula ini akan kekal selamanya hingga akhir hayat kami,” katanya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.