Sudah berlalu beberapa hari sejak pemergian Ratu Elizabeth II, siapa sangka salah seorang selebriti tanah air kita dapat menyaksikan perjalanan terakhir mendiang Ratu Elizabeth II?

Alif Satar, selebriti yang versatil dan digemari ramai, telah berkongsi pengalamannya dan keluarga ketika bercuti di England dan Scotland di akaun Instagramnya. Dikatakan bahawa Alif dan keluarga berada di Edinburgh, Scotland dan dalam misi mencari makan tengahari apabila kejadian yang tidak dirancang itu berlaku.

Pengalaman Sekali Seumur Hidup – Alif Satar & Keluarga Saksi Perjalanan Terakhir Ratu Elizabeth II 

“Semalam, we left our hotel at The Gleneagles for Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kitorang pun tinggal kereta and walked into the city nak cari lunch.. sekali,tengah kami dok berjalan cari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi) tengok2 jalan semua tutup, nak cross seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai.. rupa-rupanya it was the late Queen’s coffin dan entourage” kata Alif di satu hantaran Instagram yang disertakan satu video menunjukkan kejadian tersebut.

Pengalaman Sekali Seumur Hidup – Alif Satar & Keluarga Saksi Perjalanan Terakhir Ratu Elizabeth II 

Ramai pengikut Alif memberitahu bahawa Alif dan keluarganya sangat bertuah untuk menyaksikan beribu-ribu rakyat berkabung dan berbaris sepanjang laluan perarakan keranda baginda di Scotland. Untung Alif dan keluarga kerana dapat menyaksikan sendiri detik yang bersejarah ini yang mungkin akan berlaku sekali sahaja seumur hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

IKLAN

 

Semoga artikel hari ini memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca semua. Kami di Keluarga mendoakan agar Alif Satar dan keluarganya sentiasa sihat dan kekal bahagia.

Sumber: @alifsatar

KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.

IKLAN

Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!

Pengalaman Sekali Seumur Hidup – Alif Satar & Keluarga Saksi Perjalanan Terakhir Ratu Elizabeth II 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

IKLAN

Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Pengalaman Sekali Seumur Hidup – Alif Satar & Keluarga Saksi Perjalanan Terakhir Ratu Elizabeth II 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI