Lain orang lain caranya untuk menyimpan duit. Ada yang suka untuk simpan di bank, malah ada yang rasa lebih mudah simpan di rumah sahaja. Namun apakan daya, sememangnya mudah ketika menyimpan duit di rumah bertukar duka apabila hasrat seorang lelaki untuk menunaikan haji tidak kesampaian apabila wang simpanannya berjumlah RM15,000 lesap dalam sekelip mata setelah dimakan anai-anai.
Memetik laporan Detik.com, lelaki terbabit, Samin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah Indonesia telah mengumpul wang tersebut hampir tiga tahun lalu malah wang simpanannya itu juga sudah mencecah 49.8 juta rupiah iaitu bersamaan RM15,000.
Lebih menyedihkan apabila mengetahui lelaki terbabit mahu menggunakan wang tabungannya itu untuk menunaikan haji namun siapa sangka, hasratnya tidak kesampaian.
Ketika kejadian, Samin yang berusia 53 tahun tersebut mendakwa dia menyimpan wang di dalam dua tabung yang berbeza dan kedua-duanya mempunyai jumlah simpanan yang hampir sama. Namun hanya satu tabung sahaja yang terselamat, selebihnya musnah dimakan anai-anai.
Ads
Tambah Samin lagi, dia berasa curiga setelah melihat anai-anai di dalam tabung simpanannya itu.
Menurut Samin, dia tidak mahu menyimpan wang tersebut di bank kerana mahu menjimatkan masa dan tenaga. Bukan itu sahaja, dia berpendapat lebih selamat jika disimpan sendiri.
“Untuk jimat masa dan tenaga. Kalau saya pergi ke bank untuk simpan RM60 setiap hari, ia akan memerlukan masa dan tenaga. Saya juga perlu menjaga anak-anak di sekolah.
Ads
“Harap-harap wang itu boleh ditukar oleh Bank Indonesia, harap wang itu dapat ditukar untuk daftar haji.” katanya.
Difahamkan, jumlah wang yang terselamat adalah kurang 68% daripada jumlah keseluruhan. Menerusi laporan hari ini, pihak bank telah menyerahkan wang terselamat yang berjumlah 20 juta rupiah bersamaan hampir RM6,000 kepada Samin.
Perkongsian daripada suami ini ada betulnya tentang ragam orang perempuan bila dipuji oleh suami dalam bab menyediakan hidangan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
Isteri saya pandai memasak. Ramai yang puji masakan dia. Tapi ada satu benda yang dia buat saya tak boleh makan. Benda tu ialah sambal belacan. Saya rasa sambal belacan dia ada sesuatu yang mentah.
Saya pernah tegur dia, saya cakap kenapa sambal belacan ni rasa mentah ? Dia jawab sambil merengus, “makan jela”. Jadi selepas itu saya tak makan dah kalau dia buat sambal belacan. Saya malas nak bergaduh. Sebabnya orang perempuan ni kadangkala 10x kita puji masakan dia, dia tak nampak. Tetapi yang kita tegur sekali tu lah yang akan berkesan dalam hati dia.
Selepas anak kedua saya dilahirkan, emak saya ada datang ke Istanbul menziarahi kami. Saya minta mak saya buatkan sambal belacan. Sebab saya memang suka makan sambal belacan emak saya buat. Lepas tu isteri saya mengomel pada mak saya yang dia selalu buat sambal belacan tetapi saya yang taknak makan.
Lama juga saya fikir macam mana nak bagitahu dia yang dia sebenarnya pandai masak, cuma saya memang tak boleh makan sambal belacan dia. Pada suatu hari saya dapat idea. Saya tunggu mood dia betul-betul ok. Kami sedang bersiap sedia untuk makan tengahari. Saya pun buat-buat seperti bercakap dengan anak-anak.
“Sedapnya umi masak, bestkan dapat makan sedap hari-hari. Tapi itulah, banyak-banyak yang umi masak, cuma satu je yang abi tak boleh makan, sambal belacan yang umi buat”. Lepas dengar saya cakap macam tu, dia senyum je sambil cakap “yela nanti umi buat sambal belacan macam abi suka”.
Percaya atau tidak dialog tersebut telah berlaku pada 2 tahun lepas. Dan baru-baru ini kami ada buat majlis rumah terbuka untuk komuniti Malaysia di Istanbul. Isteri saya ada buatkan sambal belacan, dan sambal belacan yang dia buat itu sangatlah sedap tidak terperi. Kalau tak percaya boleh tanya tetamu yang hadir baru-baru ini ke rumah kami.
Bulan depan cukup ulangtahun ke 5 perkahwinan kami. 2012 kami berkahwin, 2015 saya baru jumpa ayat yang betul untuk menegur dia dan 2017 baru saya dapat merasai sambal belacan yang sangat sedap. Itulah dia namanya perkahwinan. Bukan kahwin je terus ‘happily ever after’. Ada banyak perkara akan mengambil masa. Kadangkala sangat lama. Tambahan pula jika tidak bercinta sebelum kahwin.
Itu baru satu bab, bab sambal belacan. Belum bab-bab lain. Jika orang tanya apa itu perkahwinan ? Saya akan jawab “sumpah ! Perkahwinan adalah satu perjalanan yang sangat panjanggggg!” Perkahwinan bukan seperti drama pukul 7 petang. Bukan juga seperti yang dipamerkan oleh instafemas. Kita nak bahagia bukan sahaja depan kamera tetapi juga disebalik kamera.
*Berkahwin atau tidak, bercerai jadi duda atau janda, ada anak atau tidak, yang penting kedudukan kita disisi Allah SWT.
Apabila sebuah keluarga itu bahagia tentu disertai dengan kehidupan yang harmoni sekali gus akan memberi kesan kepada kehidupan dalam masyarakat.
Bayangkan semua keluarga hidup bahagia tentu dan pastinya akan menyerap dalam kehidupan harian. Sekali gus aura kasih sayang ini akan santuni kehidupan kita tanpa mengira bangsa dan agama untuk hidup bermasyarakat aman damai.
FITRAH KASIH SAYANG
.
Sebenarnya kita dilahir ke dunia ini dengan rasa cinta dan kasih sayang. Jadi perasaan kasih dan sayang ini merupakan fitrah yang diciptakan dalam diri setiap manusia.
Jika bukan atas sifat kasih sayang, seorang ibu tidak mungkin sanggup berkorban melahir dan membesarkan anak-anaknya, seorang bapa tidak mungkin akan berpenat lelah mencari rezeki untuk kelangsungan hidup keluarganya, seorang guru tidak akan bertungkus lumus mendidik pelajarnya dan seorang sahabat tidak akan bersusah payah menggembirakan sahabatnya serta jiran yang bertegur sapa jitan tertangga.
CAKNA KASIH SAYANG KIKIS PERASAAN MEMBENCI
.
Kasih sayang yang menebal dalam diri, pengikis kepada perasaan benci antara sesama manusia lantas membentuk kehidupan masyarakat yang sejahtera. Malah, cakna kasih sayang itu akan lahirlah sifat sabar, prihatin, bertolak ansur dan toleransi, lemah lembut, sopan santun, pemaaf dan nilai-nilai positif yang lain.
Dengan in, secara tidak langsung akan menghindarkan tercetusnya sifat-sifat mazmumah dalam hubungan sesama manusia dan mengelakkan daripada berlakunya konflik dalam masyarakat seterusnya mengekalkan keharmonian.
Amalan doa pengikat kasih
Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk mendoakan keluarga, sahabat handai dan jiran tertangga termasuk negara. Ini lambang bahawa sikap mementingkan diri bukan ajaran dalam agama Islam.
Sehubungan itu, kita boleh amalkan doa kasih sayang untuk keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga agar hidup dalam harmoni tanpa prasangka.
AYAT 1
AYAT 2
.
Surah Taha ayat 1-8 juga elok diamalkan untuk melembutkan hati setiap orang yang melihat anda. Orang akan senang hati dan selesa apabila bersama dengan anda.
AYAT 3Ayat surah taha ayat 39 adalah tentang Nabi Musa, iaitu apabila setiap orang memandang Nabi Musa, maka mereka akan merasa sayang kepadanya. Jadi, boleh diamalkan untuk kebahagian keluarga dan masyarat.
Ayat 4 Amalkan ayat untuk ketenangan dengan niat untuk baik untuk kesejahteraan.
Nyata, setiap ayat Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri. Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk keluarga, adik beradik, jiran tetangga serta masyarakat negara ini. Dengan doa yang dimohon, dapat membantu kita hidup lebih bermuafakat dan aman damai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap generasi ini ada sikap mereka yang tersendiri. Hakikatnya masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Menariknya dalam memahami perbezaan setiap generasi itu sebenarnya sangat penting dalam hidup bermasyarakat. dari situlah kita kenal dan faham pendekatan dan corak pemikiran setiap genarasi yang ada disekeliling kita. Malah tidak dinafikan, memahami tentang generasi manusia hari ini akan menjadikan kita sebagai ibu bapa lebih faham dalam melayan perangai anak-anak kita.
Jurang perbezaan generasi ini seharusnya sama-sama disantuni agar membentuk persefahaman yang lebih harmoni dan untuk lebih memahami tentang generasi ini, ayuh kita baca perkongsian daripada Akhtar Syamir ini untuk info bersama.
Baru-baru ini, ada satu ayat baru yang sedang viral di internet iaitu “Ok Boomer”. Ia diucapkan kepada orang yang mempunyai pemikiran yang ketinggalan zaman dan tidak mahu meninggalkan mentaliti lama.
Sebelum itu, marilah kita fahami perbezaan nama generasi manusia setakat ini.
Baby Boomers: Lahir di antara tahun 1944 dan 1964. Sedang berumur 55-75 tahun.
Gen X: Lahir di antara 1965-1979. Sedang berumur 40-54 tahun.
Gen Y: Gen Y atau Millennials, lahir di antara tahun 1980 dan 1994. sedang berumur 25-39 tahun.
Gen Y terbahagi kepada dua iaitu :
Gen Y.1 = berumur 25-29 tahun dan
Gen Y.2 = berumur 30-39 tahun.
Gen Z: Generasi terbaru yang lahir di antara tahun 1995 and 2015. Sedang berumur 4-24 tahun.
Apakah signifikasi dari generasi ini? Bukankah umur itu sama apabila sampai ke tahap yang sama? Contohnya seseorang yang berumur 50 tahun, pastilah mempunyai pemikiran yang sama dengan orang lain yang sudah berumur 50 tahun pada 10 tahun dahulu bukan?
Jawapannya tidak. Pemikiran seseorang tidak diukur pada umur sahaja tetapi yang lebih pentingnya ialah melalui generasinya. Kenapa? Kerana mereka melalui zaman yang berlainan.
Sebagai contoh, 45 tahun akan datang, Gen Z yang berumur 15 tahun pada tahun 2019 ini akan berumur 60 tahun. Mereka akan ingat game PUBG, COD Mobile dan Fortnite. Tetapi tidak bagi Baby Boomers yang berumur 60 sekarang.
Kerana pada 40 tahun yang lalu, PUBG, COD Mobile dan Fortnite tidak wujud lagi. Mereka mungkin akan ingat penyanyi Sanisah Huri keluar dengan album yang baru pada tahun 1974.
Seterusnya, apakah kaitannya Baby Boomers dan pemikiran Dinasour?
Sebelum saya terangkan, perlu saya nyatakan yang saya tidak memandang rendah atau memperlekehkan sesiapa. Yang saya tekankan di sini ialah sikap orang lama yang tidak mahukan perubahan dan tidak sudi menerima perkara yang baru. Mereka mahu kekal dengan cara yang lama yang boleh dikatakan lapuk serta tidak relevan dan tidak cekap. Kita boleh kesan orang sebegini di dalam sesebuah organisasi atau di tempat kerja.
Tetapi, tidak semua Baby Boomers sebegini. Ramai juga yang saya kenal bersikap terbuka dan boleh menerima perubahan. Cuma, masih ramai juga yang liat dan mengekalkan Pemikiran Dinasour mereka. Ada kalanya, Gen X juga mempunyai tahap pemikiran sebegini. Walaupun kalau diikutkan umur, masa mereka belum sampai lagi.
Apakah Tanda-Tanda Pemikiran Dinasour?
1. Mempunyai mentaliti “banyak itu bagus”. 2. Tidak mahu percaya akan “online banking”. 3. Masih membayar bil dengan beratur di kaunter. 4. Masih membeli topup dari kedai walaupun duit ada di dalam bank. 5. Membayar insurans kereta di “booth” insurans berdekatan JPJ / pejabat Pos sedangkan ianya boleh dilakukan online. 6. Tidak rasa ada keperluan untuk mengubah cara kerja yang sudah berpuluh tahun dilakukan. 7. Mengutamakan banyak kerja dari kerja yang sikit tapi cekap dan cepat. 8. Masih menyimpan satu salinan “hardcopy” sedangkan salinan “softcopy” sudah ada. 9. Tidak boleh menerima kenyataan yang orang baru di tempat kerja lebih berpengetahuan dari dirinya yang sudah berpuluh tahun bekerja. 10. Menganggap orang yang boleh menyiapkan kerja dengan cepat dan cekap sebagai “tiada kerja” kerana hanya fokus kepada masa terhasil dari kepantasan kerja orang itu. 11. Masih mengutamakan tulisan tangan sedangkan ianya boleh ditaip. 12. Menganggap 5 langkah untuk menyelesaikan 1 kerja lebih baik dari 1 langkah untuk menyelesaikan 5 kerja. 13. Merasakan yang orang lain perlu ikut cara dia kerana dia lebih tahu. 14. Tidak kreatif tetapi tidak mahu menerima pandangan orang lain. 15. Terlalu selesa dengan keadaan sekarang dan mencemuh sebarang perubahan terutamanya di tempat kerja. 16. Sistem baru = menyusahkan. 17. Tidak mahu belajar, hanya merungut. 18. Tidak mahu berlatih guna mouse dengan betul. Menggunakan jari yang sama untuk “Left Click” dan “Right Click”.
Dan banyak lagi. Jika anda tahu tanda-tanda yang lain, sila kongsikan di komen.
Nasihat saya buat Baby Boomers dan orang yang mempunyai Pemikiran Dinasour ini, berubahlah. Jika tidak mahu berubah, jangan menyekat orang lain untuk berubah. Perlu terima kenyataan yang zaman anda sudah berlalu, terlalu banyak perkara yang baru sedang dan telah berlaku. Konsep minimal itu sangat penting. Melakukan kerja dengan cekap jauh lebih penting dari melakukan kerja dengan banyak.
Kongsikan maklumat ini supaya lebih ramai yang sedar akan tahap pemikiran masing-masing.
Anda di generasi yang mana? Adakah anda sudah mula berfikiran Dinasour walaupun belum sampai masanya? Adakah anda kenal orang yang berfikiran Dinasour?
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...