Bila mana melibatkan kes suami tidak ambil peduli kisah isteri, mengabaikan isteri dan memperlakukan sesuka hati kepada isteri, hal ini sebenarnya perlu difikirkan oleh lelaki bergelar suami.
Jangan mempersoalkan berapa banyak tugasan yang isteri harus lakukan sebaliknya cubalah memahami mereka setiap hari. Tulisan lelaki ini, Ahmad Affzan Abdullah banyak benarnya. Mohon suami buka mata!
Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya.
Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya.
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak.
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga.
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan.
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga.
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur.
Ads
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit.
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan.
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja.
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas.
“Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh.”
Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan.
Ads
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai.
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu.
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita.
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy?
Dalam Quran kata, “Ar rijalu qawwamuuna ‘alannisaa'”
Ads
Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung.
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu.
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri.
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang.
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya.
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh.
Sematkan azam baru. Buat yang terbaik untuk pasangan kau. Segala apa usaha yang kau buat, yakinlah Tuhan nampak dan Tuhan akan balas. Insya-Allah takkan sia-sia. Tak perlulah kau mengadu letih di media sosial sebab lama berdiri teman isteri membeli-belah.
Kredit: Ahmad Affzan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengacara, Maria Tunku Sabri memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di P Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.
Terdahulu, pengacara popular, Maria Tunku Sabri kuarantin di rumah. Namun, terpaksa dikejarkan ke PKRC setelah bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19.
Terbaru menerusi facebook miliknya beliau mengakui tidak berkongsi sebarang kisah mengenainya sejak di bawa ke Maeps akibat kesihatannya.
Menerusi videonya yang terbaru beliau, memberitahu dirinya memerlukan rehat yang secukupnya.
Sebelum mengakhiri rakaman video, Maria dilihat mengalirkan air mata mengenai kesihatannya.
Dia turut meminta pengikutnya dalam Instagram supaya mendoakan kesejahteraan dirinya agar sembuh daripada Covid-19.
Assalamualaikum Keluarga dan Sahabat yang saya kasihi
Maafkan saya tiada posting khabar berita dari saya didalam MAEPS sebab saya nak rehat dan pulihkan sakit yang kita tak nampak sebab dalamam luaran badan nampak susut apa nak buat sakitkan.
Kuman dalam darah semakin mengganas
Bacaan oxygen dan darah tinggi normal cumanya kuman dalam darah semakin mengganas.
Saya Maria Tunku Sabri mohon maaf jika saya ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja halalkan makan minum saya selama ini ya baiklah saya berehat ya sejujurnya saya dah letih dan penat.
Semoga Maria Tunku Sabri terus diberikan kesihatan dan kesembuhan sedia kala.
Bas ekspres bawa pelajar UMPSA rempuh belakang treler LPT 1. Sebuah bas ekspres yang membawa seramai 28 penumpang termasuk 20 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terlibat dalam satu insiden mencemaskan apabila kenderaan itu melanggar belakang sebuah lori treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) menghala ke Timur, awal pagi tadi.
Bas Ekspres Bawa Pelajar UMPSA Rempuh Belakang Treler LPT 1
Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas milik LA Holidays Travel and Tours Sdn. Bhd. yang sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Terminal Sentral Kuantan.
Keadaan bas membawa 20 pelajar UMPSA yang remuk di bahagian depan selepas merempuh belakang sebuah lori treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah Timur, awal pagi ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, hasil siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh lelaki berumur 38 tahun itu telah melanggar bahagian belakang sebuah lori jenis Nissan MK262 yang sedang berada di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
“Ketika insiden berlaku, lori berkenaan sedang bergerak lurus di lorong kiri sebelum dilanggar dari arah belakang oleh bas yang membawa penumpang termasuk pelajar universiti tersebut,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan melibatkan semua individu terlibat termasuk pemandu dan kelindan lori, serta pemandu bas itu sendiri. Kesemua penumpang telah dipindahkan ke bas gantian untuk meneruskan perjalanan ke destinasi mereka di Kuantan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu bas yang gagal mengawal kenderaan ketika berada di lorong yang sama dengan treler tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA, Haykal, memaklumkan bahawa semua 20 pelajar UMPSA yang menaiki bas berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pelajar tiba di kawasan Masjid UMPSA, Kampus Gambang sekitar jam 3.56 pagi dan disambut oleh pasukan MPP yang turut membantu memastikan setiap pelajar dihantar pulang ke kolej kediaman masing-masing dengan selamat,” katanya.
Jika anda penggemar masakan tomyam tentu dalam masakan daun limau purut dijadikan salah satu bahan asas wajib ada. Namun, kadang kala, hidangan kurang rasa enak apabila rasa pahit pada masakan tomyam.
Tahukah anda, bahawa salah satu penyebab kuah tomyam rasa pahit adalah disebabkan oleh daunya. Rupanya daun limau purut ni mempunyai dua jenis mengikut bentukknya.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Daun berbentuk 8 adalah daun limau purut (kafir lime leaf) digunakan untuk masakan. Sebelah kiri pula tak sesuai untuk masakan yang mengakibatkan rasa pahit.
Saya nak berkongi sedikit ilmu buat semua . Ini daun limau purut. Bau tetap sama.. tp mempunyai bentuk yg berlainan.. dan rasa nya juga berlainan..
Daun limau purut yg berbentuk 8 lebih sedap dan wangi tiada rasa pahit wlopn batang tengah daunnya x di buang.
Jenis tak pahit
Daun limau purut yg berdaun lebar di atas dan kecil sedikit di pangkalnya tu masih berbau wangi dan sedikit pahit wlopn btg di bahagian tengah daunnya dh di buang.
Jenis pahit
Sy pernah guna kedua2 jenis daun limau purut ni.. tp sy x suka daun limau purut yg lebar diatas sebb masakan boleh jadi pahit.. pernah tukang jual anak2 pokok bagitau tentang jenis pokok limau purut ni..baru tau..kenapa selama ni sy masak boleh jadi pahit.. ini di sebabkan tersalah memilih daun..
Dan kedua2 jenis ni ada di tanam kt rumah mak sy di kampung.. buahnya pula klo jenis yg berdaun lebar tu lebih besar dan yg berdaun 8 pula…buah kecil sikit..
Beza dari segi duri pula.. daun limau purut berbentuk 8 durinya lebih kecil dan kurang berduri.. manakala daun limau purut yg lebih lebar di atas kecil dipangkal.. durinya lebih panjang dan batangnya berduri
Maaf la sekiranya perkongsian sy ni ada kekurangan dan kesilapan atau sebaliknya.. saja berkongsi utk sahabat kebun yg pernah kena mcm saya bila guna daun limau purut dalam masakkan terasa pahit. Jadi selepas ni boleh la perhatikan pokok limau purut sahabat jenis yg macam mana.