Sambal tumis jika sedap membuat kita makan nasi bertambah. Sambal tumis bukan aje sambal ikan bilis tetapi sambal masak sotong, udang dan ayam antara menu yang popular untuk hidangan seisi keluarga.

Walaupun nampak mudah masak sambal tumis ni tetapi jika salah skill memasak tentu lain macam rasanya.

Nak tahu rasa sambal tumis lebih sedap, apa kata ikuti petua masakan peniaga nasi lemak ini. Malah turut kongsi petua cili kisar tahan lama.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Masak sambal tumis nmpk simple tapi kenapa rasa lain2 dan warna sambal ada yg merah ada yg hitam? Ada yg sedap ada yang tak sedap.

Pada perniaga nasi lemak ambik la petua ni supaya sambal tumis ampa lebih sedap dan org makan pn jd ketagih.

Pengalaman berniaga nasi lemak

Pengalaman berniaga nasi lemak akak share kat pada semua. Tapi sekarang akak tak berniaga dah pencen dah.

Buat stok cili kisar

Nak tau petua masak sambal yg lebih enak? Jom buat siap² cili kering kisar, senang nak masak, jimat masa dan yang paling penting sambal atau sayur yang hampa masak lagi sedap klu hampa buat cili kisar camni. Nak-nak klu sambal tumis ikan bilis,sambal ikan,sambal ayam,sambal sotong, ketam atau udang. Serius mmg sedap. Tp yg plg penting masa kita kat dapur sgt² jimat..nak masak cili kisar dah siap dh, ambik bawa keluar dr peti ais trs masak. Akak dr dulu mmg suka bt siap² cili kisar ni sb nak jimat masa memasak.

Bahan-bahan: 


1.Cili kering lebih kurang dalam 3@4 genggam. (Potong 2 lps tu basuh bersih²..dan rebus 10minit).

2.Bawang besar 2 biji. Ambik yg plg besar saiznya pun takpa. ( bawang besar merah yang besar ye..bukan bawang kecik..jgn derhaka)

3.Bwg putih 2 ulas

4.Minyak masak 6 sudu besar (kena letak ye sb nanti biji² cili tu cpt hancur dan halus).

IKLAN

5.Ikan bilis segenggam(siang dulu bersih² ya).

6.Air secukupnya masuk kat cili tu masa blend.

Cara penyediaan:
Mula² hampa rebus cili kering tu dlu 10 minit..lps tu blendkan dgn, bhn² diats.

Tahan Sebulan cili kisar

Siap blend letakkn cili kering sbiji dan 5@6 keping asam keping ats permukaan cili kisar tu utk bagi cili kisar tu tahan lama kalau simpan sebulan lebih pun elok lg tak masam.

IKLAN
Done cili kering kisar..nak guna nt keluarkan dulu cili kering dan asam keping tu dlu..kacaukan rata dlu sb bila simpan dlm fridge air yg kita blend tu akan turun ke bwh sb tu kena kacau dlu..lps tu baru ambik sikit utk masak..lps ambik ltk balik asam keping dgn cili kering tu balik ats permukaan cili kisar tu tadi.lps tu simpan balik dlm fridge.. cili kisar yg korang ambik nk masak tu pulak.. masukkan air 100@200ml.. tgk pada bnyk cili yg korang guna utk masak la..klu bnyk boh 200ml air..klu sikit boh 100ml air kacaukan2 rata ye.nak tau 100ml tu bpa lbh krg sukatan 1/2cwn air. 200ml lbh krg 1 cwn air..KENA BUAT MCM NI baru sambal tu nanti x kering sgt sb kita blend ikan bilis dlm cili kisar tu.lps minyak dh panas terus tumiskan je cili kisar tu..bila cili dah btl2 garing boh sikit je air asam jawa, sikit je tau, lps tu masukkan lah sotong/ketam/udang/ikan/ayam atau ikan bilis dan garam secukup rasa..gula boh last skali tau kacau2 sekejap trs ttp api tau.
Tips : ikan bilis,ikan,ayam dan udang tu goreng dlu baru ltk dlm sambal..baru sedap.
Boh dlm peti ais..nak masak ambik je..tp klu org berniaga..mmg xleh simpan mcm ni la..sb hari² kena bt sambal..so uolls dh blender masak je la trs..mcm kami ni blh la bt stok boh dlm fridge.sebulan lbih pn blh tahan klu buat cili kisar mcm ni.
Tadaaa…sambal sotong hasil dr cili kisar


NOTA KAKI :- Petua nak sambal lagi sedap.

Halia & belacan buat sambal rasa pahit.

Cara nak guna cili kisar rujuk pada gambar ye.Sambal tak yah letak halia dengan belacan ye. Sebab halia akan buat sambal tu rasa pahit-pahit cakap sekadar boh air asam jawa untuk menghilangkan rasa hanyir ikan bilis, ikan,,udang,ketam,sotong atau ayam. Belacan pun tak perlu letak sebab belacan akan hilangkan bau wangi cili kisar.

TAK perlu belacan untuk menghasilkan sambal tumis lebih sedap. Boh air asam jawa,gula 3 sudu besar dgn garam secukup rasa itu sudah memadai utk menghasilkan masakan sambal yg sedap. Tapi harus diingatkan cili kisar tu kena pastikan betul² garing sebelum boh air asam jawa tu.

Petua masak sambal ni nak sedap cili kena betul-betul garing ye.

Gula pulak boh last tau. Dah boh gula tu terus tutup api dan angkat terus ye jangan biarkan sambal tu dalam kuali. Itu petua sambal tu nampak merah dan tak hitam & lebih wooowww

Untuk peniaga-peniaga nasi lemak lepas ampa goreng ikan bilis tu dan bila ikan bilis tu dah masak angkat terus ikan bilis tu dan terus masukkan cili kisar ni. Masak sampai sambal betul² garing. Memang lama masak sambal untuk orang yang berniaga nasi lemak ni.Sebab  skali masak cili berkilo-kilo. Kerap kacau. Merecik jangan citer habis dapur. Sukatan cili dan bahan-bahan ampa gandakan je sukatan bahan² tu.

Selamat mencuba. Semoga jadi panduan untuk menjadikan masakan lebih enak. Boleh juga jadi panduan untuk mereka yang baru nak mula berniaga.

Kredit: Rose Perodua