Penjara Kajang mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah seluas 161.3 hektar Dan beroperasi sepenuhya pada pertengan tahun 1985. Pada mulanya penjara Kajang hanya menempatkan seramai 30 orang banduan yang dibawa setiap hari pada penjara Kuala lumpur pada bulan Oktober 1980. Pembinaan Penjara Kajang telah menelan lebih kurang RM65 juta.
Menjadi seorang banduan pastinya memberi pengajaran, malah penjara Kajang sendiri banyak mengubah penghuni-penghuninya ke arah lebih baik.
Namun tahun tahukah anda, ada seorang hamba Allah ini, pernah mendapat layanan istimewa di penjara tersebut. Malah layanan yang diterinya saling tak tumpah seperti berada dirumahnya sendiri. Siapakah gerangan tersebut? Kisah ini diceritakan dalam video panjang yang dikongsikan di sini. Tinton video untuk mengetahui kisah seorang VVIP serta layanan istimewa yang diperolehi di penjara Kajang.
VIDEO
Penjara atau bilik tahanan untuk VVIP tak sama seperti bilik banduan biasa.
Jangan terkejut, Bilik penjara VVIP mungkin aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam. Dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas.
Makan dan minum harian pula kos tahanan VVIP tidak sama seperti banduan biasa atau orang awam. Secara purata, makanan dan minuman untuk banduan biasa rm30 sehari satu kepala, Manakala untuk banduan VVIP boleh cecah RM100 hingga RM150 sehari satu kepala, ia bergantung pada permintaan banduan VVIP tersebut, yang akan mohon melalui peguam beliau. Dari segi kualiti bilik, akses dan keperluan harian.
Jadi kepada yang semua sedang sedih dan kecewa, jangan risau banduan VIP ni diberi layanan berbeza. Dan layanan berbeza tersebut, lebih mewah berbanding kehidupan orang awam di luar sana.
Pelakon, Nad Zainal selesa memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta yang lebih mahal kos pendidikannya.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi pandangannya melalui TikTok mengenai keputusannya dan suami untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan.
Menurut Nad lagi, pendidikan awal sebenarnya bermula dari rumah, dan beliau percaya bahawa disiplin serta nilai yang diajar di rumah adalah perkara yang paling utama.
“Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta.
“Jawapannya mudah, jimat dan saya yakin, didikan serta disiplin awal itu bermula dari rumah,” ujar Nad.
Selain itu, Nad yang berusia 34 tahun itu juga menegaskan bahawa ramai individu yang berjaya dalam hidup mereka adalah “produk” dari sekolah kerajaan.
Tambah Nad lagi, keputusan menghantar anak ke mana-mana sekolah haruslah dibuat mengikut kemampuan keluarga masing-masing.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong pandangan Nad, dengan menekankan bahawa peranan ibu bapa di rumah adalah yang paling penting dalam mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa, mereka adalah contoh yang pertama dalam kehidupan anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Saya inginkan maklumkan bahawa telah pulih, tapi tak sepenuhnya.”
Perkara itu dikongsikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menerusi twitter,miliknya @chedetofficial.
Katanya, kini telah pulang ke rumah namun berulang alik ke hospital untuk menjalani beberapa rawatan.
Anggota parlimen Langkawi dan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu ini juga mengucapkan terima kasih yang mendoakannya dan berkata bahawa dirinya tidak lama lagi dia akan pulih sepenuhnya.
Dalam pada turut sebuah kenyataan media daripada Pejabat Dr Mahathir pada Jumaat (4 Feb) memaklumkan mantan Perdana Menteri Malaysia itu dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu dan kemudian kembali ke IJN untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
Ramai yang mendoakan kesihatan dan bersyukur Mahathir kembali sihat.
Biasanya bila anak menyambut ulang tahun kelahiran terutama yang pertama kali, pasti golongan ibu yang paling teruja sekali.
Bermula dengan perkongsian imbasan momen melahirkan, sambutan majlis hari jadi sampailah ke acara membuka hadiah, ‘mak-mak’ paling teruja sekali.
Pengacara dan pelakon tinggi lampai, Ain Edruce yang terkenal dengan karektor bersahaja dan kelakar pun sama sahaja dengan ibu-ibu lain.
Ain selalu berkongsi pelbagai video lucu gelagatnya bersama suami dan anak sulung mereka, Soraya yang sering membuatkan peminat terhibur.
Baru-baru ini dia yang memuat naik video unboxing hadiah hari jadi anaknya dan macam biasa Ain sentiasa bersemangat dan teruja membuka 100 hadiah yang diterima semasa majlis sambutan majlis hari jadi.
Sebenarnya si comel Soraya menyambut ulang tahun pertamanya pada 19 Mei lalu tetapi majlis ulang tahun dibuat pada 22 Mei dan Ain baru berkongsi video mereka sekeluarga membuka hadiah-hadiah tersebut di channel YouTubenya.
Kebanyakan hadiah yang diterima terdiri daripada pelbagai alat permainan untuk Soraya. Menurut Ain, dia sememangnya kurang membeli alat permainan untuk Soraya selama ini.
Jadi pelbagai hadiah permainan yang diterima tersebut amat dihargai dan pasti akan digunakan oleh Soraya.
Bagaimanapun reaksi Ain yang bersemangat membuka hadiah-hadiah tersebut sementara suaminya Amirul yang terkenal bermuka selamba dalam semua video mereka menjadi perhatian peminatnya.
Ramai yang menonton video di YouTube Ain berasa lucu melihat gelagat Ain dan merasakan dia yang terlebih gembira membuka hadiah-hadiah tersebut berbanding Soraya yang masih tak faham apa-apa lagi.
Orang kata biasanya pasangan suami isteri yang berlawanan karektor ini bahagia hidupnya. Mungkin itulah antara rahsia bahagia Ain Edruce yang happy go lucky dan “gila-gila” sementara suaminya pula pendiam dan macam tiada perasaan itu.
Untuk rekod, Ain Edruce berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 19 Mei 2021.
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.