Jika dulu, kerap kelihatan wajah pelakon dan usahawan, Saharul Ridzwan di kaca televisyen berlakon dalam drama bersiri. Kini, bapa kepada tiga orang anak itu akui sudah lebih dua tahun tidak melibatkan diri dalam bidang tersebut.
Memetik Harian Metro, Saharul berkata ada sahaja tawaran berlakon namun dia mahu memberi fokus pada perniagaan Qaabila Skincare diusahakannya.
“Saya masih meneruskan karier lakonan dan jika ada tawaran berlakon drama atau naskhah menarik, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.
“Buat masa ini, saya sibuk untuk mengembangkan bisnes yang juga jaminan untuk masa depan saya dan keluarga.
Ads
“Saya juga sudah berasa selesa dengan rutin kerja sekarang yang bermula jam 9 pagi dan selesai jam 5 petang terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” katanya.
Ads
Semakin banyak wajah baru muncul di TV kini, Saharul berkata dia sudah tidak mengikuti perkembangan industri seni sejak dua tahun lalu.
“Pada pemerhatian saya, banyak yang sudah berubah dalam industri hiburan tanah air ketika ini. Apa yang saya nampak banyak garis panduan yang sudah dilanggar oleh pembikin filem ketika ini. Contohnya, penerbitan filem yang mempersendakan agama seperti Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi sebelum ini,” katanya.
Baru-baru ini tular dimedia social mengenai isu bankrap yang melibatkan golongan sector awam dan swasta. Difahamkan ia berlaku disebabkan pinjaman peribadi dengan pelbagai tujuan.
Antara tujuan adalah untuk membeli kenderaan, ubah suai rumah, percutian dan simpanan kecemasan. Namun natijahnya peminjam tidak mampu membuat bayaran balik mengikut waktu yang ditetapkan kerana perbelanjaan melebihi pendapatan.
Merujuk kepada perkongsian penasihat kewangan, Zulkifli Shafie mengamalkan cara hidup sederhana adalah cara terbaik untuk menguruskan kewangan cara berhemah. Ikuti perkongsian beliau mengenai pengurusan kewangan yang betul.
Walaupun banyak pilihan makanan, selalunya menu rahmah (harga tak lebih RM5.00) juga yang kena selera saya. Sejak dulu sampai sekarang.
Dulu pilih menu rahmah sebab itu jer yang mampu. Satu lauk, sayur sikit, letak kuah dan air suam. RM3.00. Itu harga menu rahmah kira-kira 15 – 20 tahun dulu.
Tapi sampai sekarang saya masih lagi pilih menu rahmah, sebab memang itu yang kena dengan selera saya.
Harga seketul hati ayam, dua ketul pedal, telur masin separuh, nasi separuh (tak larat makan sepinggan), dan air suam. RM5.00 semuanya. Alhamdulillah.
Kos sara hidup masih rahmah Walaupun harganya rahmah, pada saya ini sudah cukup mewah. Mewah dan menyelerakan. Alhamdulillah.
Kalau kita perhatikan, kos sara hidup selalunya tak besar. Yang besar tu kos gaya hidup.
Kos makan kenyang, kos pakaian, kos tempat berteduh, kos bergerak dari point A ke point B masih lagi rahmah.
Pilih Menu Rahmah
Tapi kos gaya hidup memanglah tak pernah rahmah.
Harga secawan kopi berjenama tu boleh makan kenyang sehari. Kos lepak di tempat-tempat ‘healing’ tu pun mungkin cukup untuk tambah tabungan 10% daripada gaji setiap bulan.
Bukan salah nak lepak ataupun healing sesekali di tempat-tempat macam tu.
Sebelum fikir nak lepak di tempat macam tu, pastikan adakan tabungan sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan gaji dulu… Dan mampu menabung sekurang-kurangnya 30% dari gaji setiap bulan.
Pra-syarat nak bermewah Kalau tabungan pun tak ada, hutang pun sesak nak bayar, kos nak nak masuk sekolah dan nak renew road tax insuran kereta pun jenuh kena korek tabung sana sini, lupakanlah dulu “gaya hidup” tu dulu.
Selagi tahap kewangan masih lagi “kais sebulan makan sebulan”, itu belum masanya lagi nak bermewah-mewah.
Lebih baik fokus menabung dulu, kumpul harta dan bina kekayaan dulu.
Bila dah sampai tahap jumlah simpanan dah cukup 1 – 2 tahun gaji, passive income pun dah boleh cover kos gaya hidup (walaupun tak bekerja), bermewahlah dan bersyukurlah atas nikmat yang Tuhan limpahkan kepada kita.
Selagi belum sampai ke tahap itu, berjimat-jimat dulu… Tapi bukanlah selama-lamanya.
Jadi bersabarlah dulu.
Sumber: Mohd Zulkifli Shafie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi Liza Hanim melahirkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya, Marissa Qaireen, telah berjaya mendapat tawaran bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (Tingkatan Satu) tahun 2022.
Perkongsian berita tersebut dimuatnaik penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu menerusi laman Instagramnya.
“Seminggu dah pengumuman ni. Seminggu juga la masih terasa macam mimpi, Allahuakbar!
“Alhamdulillah. Syukur Kak Ngah dapat tawaran. Yang diimpikan sedari awal menjadi kenyataan. Ni baru permulaan, dan sesuatu yang sangat baru buat kami sekeluarga.
“Betulla bak kata mak pak dalam whatsapp group sekolah; anak-anak ok je, nanti mama yang nangis bucu katil nanti. Ahak ahak ahak,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan semoga dipermudahkan segalanya.
Selain Marissa, Liza dan suaminya yang juga anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin turut dikurniakan empat cahaya mata lain iaitu Marsya Qistina, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Mohamed Al Fateh.
Sebagai manusia biasa, marah dan tengking anak tanpa sengaja itu adalah perkara yang biasa. Ada waktunya kita penat dan ini selalunya kita hilang kawalan. Normal!
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, sebolehnya kita usahalah untuk baiki diri kita dengan anak-anak. Ini sebaiknya.
Walaupun saya banyak berkempen nak ajak orang jadi mak yang tenang-tenang, tapi percayalah. Saya sangat faham bila ada yang mengadu terjerit, termarah, terover-react kat anak.
Kita manusia kot. Tau penat. Ada turut naik emosi. Ada hormon dalam badan yang tak boleh nak dikawal pakai remote. Ada banyak fikiran yang bercampur baur.
Bila otak dah mula rasional, emosi dah mula stabil, waktu tulah baru datang semua rasa bersalah kat anak. Dan kat pasangan yang kita marah.
Kadang-kadang, marah kita tu, tak sepadan dengan situasi. Benda kecik. Tapi jeritnya macam salah tak boleh nak diampun. Silap tak boleh nak dibaiki.
Ya. Marah boleh beri kesan buruk. Kita mudah dapat sakit jantung. Orang sekeliling pun makin menjauhkan diri.
Pun begitu, marah bukan bermakna kita manusia yang teruk. Boleh jadi petanda kita ni manusia yang normal.
Bila dah terlajak beremosi, tepuk bahu, pujuk diri. “Hey, it’s ok. Kita cuba lagi.”
Langkah hari ini ialah, maafkan diri, akui silap dan kita usaha perbaiki. Perasaan bersalah itu juga petanda bahawa kita ibu yang baik. Ibu yang berusaha. Ibu yang mengakui silap. Dan bersedia untuk betulkan kesilapan.
Berita baiknya, bila kita rasa bersalah, kita masih ada peluang untuk REPAIR. Kita sentiasa layak maafkan diri dan mula semula.
Tidak mengapalah anak-anak nampak versi diri kita yang tak sempurna. Asalkan mereka nampak kita berusaha.
Mereka akan belajar dan meneladani keberanian kita memohon maaf, merendah diri dan bermuhasabah.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...