Home Kekeluargaan Perabot Dan Baju Rosak Diserang Anai-anai, 5 Petua Berkesan Hapus Anai-anai Di...

Perabot Dan Baju Rosak Diserang Anai-anai, 5 Petua Berkesan Hapus Anai-anai Di Rumah

Kehadiran anai-anai di kediaman kita sememangnya satu ancaman besar. Mana taknya, bukan hanya perabot dan kayu-kayu habis di makan anai-anai ini bahkan baju-baju yang tersimpan kemas di dalam almari juga turut musnah.

Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.

 

Petua Halau Anai-anai

1. Tembakau

Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

Perabot Dan Baju Rosak Diserang Anai-anai, 5 Petua Berkesan Hapus Anai-anai Di Rumah

2. Garam Dapur

Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

3. Air Kapur sirih

Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.

Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

Perabot Dan Baju Rosak Diserang Anai-anai, 5 Petua Berkesan Hapus Anai-anai Di Rumah

4. Air Cucian Beras

Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

5. Minyak Tanah

Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

Selamat Mencuba!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI