Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni.
Begitulah juga dengan pengacara dan pelakon, Elfira Loy yang bersyukur memiliki keluarga bahagia. Malah beliau menyedari apa yang dikecapinya kini adalah hasil percaya pada rezeki dan sikap tidak berkira.
Luahan hatinya itu dikongsi menerusi instagramnya sempena meraikan sambutan hari jadinya.
“Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis , kalau el ada Rm100 , el bagi 100 semua kat diorang . El lagi sangup takde duit dari tengok orang lain takde duit.”
“Sebab el sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia. Until now , i still believe that whatever i have now is not mine tapi milik semua orang. Bila bila je boleh hilang. Sebab tu whatever i do , el mesti fikir orang lain dulu.”
Elfira yang menyambut ulang tahun yang ke 27, turut mendapat komen daripada warganet yang setuju dengan pendapatnya yang utamakan keluarga dan sikap tidak berkira. Antara komen adalah
“Betul tu, moga mencurah rezeki buat keluarga.
“Moga El, dimurahkan rezeki.”
Ads
Untuk makluman, Elfira berkahwin dengan pasangannya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khakaf
Situasi anak-anak bergaduh kerana berebut barang adalah perkara normal yang berlaku dalam kehidupan seharian bagi ibu bapa yang ada anak lebih seorang.
Tetapi jika terlalu kerap bergaduh, ibu dan ayah pun boleh ‘naik angin’. Bila sudah rasa nak ‘meletop’ biasanya ibu atau ayah pasti akan minta anak sulung untuk beralah dengan adik-adik.
Situasi menjadi semakin tegang kerana abang atau kakak sulung tak berpuas hati dengan arahan tersebut sedangkan kesalahan terang-terang dilakukan oleh si adik.
Jadi, benarkah anak sulung perlu sentiasa mengalah dengan adik-adiknya dalam semua perkara?
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, jawapannya adalah tidak benar bagi persoalan di atas.
Kita perlu sentiasa menggalakkan anak-anak kita dan cucu-cucu kita untuk berkasih-sayang sesama mereka tetapi menyuruh anak untuk mengalah semata-mata kerana anak itu lebih tua adalah bukan sebahagian dari berkasih-sayang ini.
Ia boleh menimbulkan konflik dan ketidakpuasan hati sesama adik beradik sehingga ke tua.
Apabila seorang anak mahukan atau rebutkan sesuatu yang dimiliki oleh anak yang lain, masalahnya bukanlah pada tuan punya barang itu, tetapi anak yang cuba merebut itu perlu difahamkan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul.
Anak-anak harus diajar erti pemilikan atau hak milik.
“Itu kakak punya”.
“That is your sister’s”
“Ini adik punya”
“This is yours”
“Ini saya punya”
“This is mine”
Kemudian ajar anak meminta izin, bukannya ajar anak merebut.
“Itu kakak punya. Minta elok-elok daripada kakak.”
“Itu abang punya. Cakap baik-baik dengan Abang boleh tak adik pinjam.”
Ini secara tidak langsung mengajar anak adab menghormati hak milik orang lain , adab meminta dan tidak berperangai seperti Zionis.
Cara sebegini tidak mengurangkan sedikit pun kasih sayang sesama adik-beradik tetapi ia lebih mewujudkan rasa hormat dan tahu batasan.
Anak juga tidak merasa ‘entitled’ ataupun hanya kerana dia muda dia berhak dapat apa sahaja yang dimahukannya.
Anak sulung tiada obligasi untuk mengalah.
Sekiranya dia tidak mahu mengalah kerana barang itu hak dia, maka terpulang kepada dia.
Tetapi sekiranya dia secara sukarela melepaskan apa yang dimilikinya, puji dia dan hargai apa yang dilakukannya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Sedangkan terpisah dengan pasangan buat jangka masa pendek pun sudah memendam rindu, apatah lagi bila berjauhan dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi buat pasangan yang baru berumahtangga.
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang terpaksa berjauhan dengan suami dan paling mengejutkan mereka tidak pernah berjumpa walaupun sudah 7 bulan berkahwin.
Kisah ini dikongsikan oleh individu tersebut yang dikenali sebagai Natasya di laman Tiktoknya yang memuat naik video dirinya menunggu ketibaan suami di lapangan terbang dan terus bergegas mendakap erat tubuh suaminya sejurus lelaki itu keluar.
Dalam kapsyen perkongsian, difahamkan mereka tidak pernah bersemuka, dan bercinta tanpa pernah berjumpa.
Aku tak pernah jumpa dia depan-depan hanya bercinta tanpa berjumpa.
Bukan itu sahaja, pasangan itu juga difahamkan telah bernikah secara dalam talian ketika wanita itu berada di Malaysia, manakala lelaki tersebut berada di Australia.
Aku nikah ‘online’ tanpa berjumpa, lepas nikah 7 bulan tak dapat jumpa dan tinggal sekali sebab dia dekat Australia aku dekat Malaysia.
Meskipun mengakui bahawa hubungan jarak jauh itu bukan sesuatu yang mudah untuk mereka, wanita itu yakin bahawa suaminya itu jodohnya dan bersyukur jodoh mereka terpelihara.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan ketabahan pasangan itu, selain ada yang turut sebak melihat detik manis berkenaan.
Lumrah manusia takkan terlepas dari banding membanding. Betul tak?
Termasuklah dalam keluarga sendiri, dah jadi kebiasaan ibu bapa membandingkan anak dengan kanak-kanak lain, bukan? Tapi tanpa sedar, perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak.
Sesetengah ibu bapa mungkin berasakan perbandingan yang dilakukan itu mungkin akan meningkatkan lagi keinginan anak untuk berjaya.
Hakikatnya, membandingkan anak dengan individu lain bukanlah cara terbaik membantu mereka memperoleh kejayaan. Sebaliknya, ia lebih banyak mendatangkan kesan negatif terutamanya melibatkan keyakinan diri dan emosi anak.
Berikut adalah 3 perkara yang perlu ibu bapa fahami:
#1 Anak miliki keunikan tersendiri
Setiap individu dilahirkan berbeza, kan? Waima, anak kembar sekalipun mempunyai keperibadian yang tersendiri.
Begitu jugalah anak anda. Mereka mempunyai keunikan dan cara pemikiran yang tersendiri.
Benarkan mereka untuk berfikir secara kritis dan membuat keputusan sendiri, tetapi dalam masa yang sama bimbing mereka untuk berada pada landasan yang betul.
#2 Anak bukan objek
Anak tidak sepatutnya dianggap sebagai objek mahupun aksesori untuk mempamerkan rasa bangga dalam lingkaran sosial ibu bapa.
Dengan membuat perbandingan, anda telah menetapkan sasaran yang tidak realistik tanpa melihat tahap kemampuan si kecil.
Ini juga dianggap cara ibu bapa mengeksploitasi anak untuk kepuasan anda sendiri sekali gus menyebabkan kekecewaan pada emosi anak dan merosakkan kehidupan mereka.
#3 Pendidikan adalah hak anak
Sekiranya anda mampu menempatkan anak di sekolah yang baik dan mahal, ia bukan sebagai bantuan yang perlu dibalas oleh anak.
Sebaliknya, pendidikan merupakan hak anak dan ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyekolahkan anak.
Tujuan utama pendidikan diberikan adalah untuk anak menjadi individu bertanggungjawab dan berdikari.
Kesan negatif perbandingan kepada emosi anak
Adakalanya, tanpa sedar anda telah membandingkan anak dengan kanak-kanak lain dan menganggap ia bukanlah 1 isu besar.
Walaupun anak mungkin tampak seperti tidak kisah dengan perbandingan yang dibuat tetapi kesannya mungkin tidak dapat dilihat daripada pandangan mata kasar manusia.
Sebaliknya ia mengakibatkan kesan negatif melibatkan mental dan emosi anak, seperti:
1. Wujudkan persaingan adik-beradik
Jika anda sebagai ibu bapa membandingkan anak dengan adik-beradiknya, ia mungkin menyebabkan persaingan tidak sihat.
Lebih membimbangkan sekiranya wujud rasa dendam dan sikap agresif antara mereka.
2. Mula menjauhkan diri
Apabila anak sering dibandingkan dengan kanak-kanak lain, kaum keluarga mahupun adik-beradiknya sendiri pastinya mereka akan berasa tergugat.
Lama-kelamaan anak akan mula menjauhkan diri daripada anda dan ahli keluarganya. Ia menyebabkan wujudnya masalah tingkah laku atau menjejaskan perkembangan mereka apabila dewasa nanti.
3. Menyekat bakat
Sekiranya anak mula merasakan diri tidak dihargai apabila sering dibandingkan dengan individu lain, ia boleh mengakibatkan bakat anak tidak dapat berkembang dengan sebaiknya.
Akhirnya, ia hilang begitu saja.
4. Cenderung wujudkan rasa tidak peduli
Apabila mereka mula menyedari bahawa ada individu lain lebih dihargai orang tuanya, sudah tentu boleh menjejaskan emosi anak.
Pada akhirnya, anak mungkin berasa tidak diendahkan dan tidak akan berusaha untuk membanggakan anda.
5. Elak interaksi sosial
Anda mungkin menganggap perbandingan yang dilakukan sebagai kata-kata pembakar semangat. Sebaliknya bagi si anak, ia seperti ejekan dan sindiran yang sering diulang-ulang.
Apabila sering berdepan situasi itu, anak akan mengelakkan interaksi sosial dengan individu di sekeliling.
6. Mengurangkan keyakinan diri
Jika sebelum ini, mereka adalah anak yang periang dan berani mencuba apa sahaja, tetapi sikap tersebut mungkin akan hilang kerana telah wujud kepercayaan bahawa mereka tidak dapat melakukan apa pun dengan baik.
7. Memusnahkan harga diri
Tumbesaran anak dari sudut mental dan emosi mungkin terjejas apabila si anak mula mempercayai tidak mampu memberikan prestasi yang baik.
Lebih malang lagi apabila terpahat dalam minda mereka bahawa walau apa pun yang dilakukan, ia tetap tidak akan mampu mencapai jangkaan ibu bapanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.